Jom Bercuti di Penang

Salam. 
Hai korang..  ^__^
Air Asia banyak membuat promosi tambang murah di serata tempat. Jadi saya telah membeli tiket penerbangan yang murah tu ke Pulau Pinang.  Kenapa Pulau Pinang? Seperti yang korang tahu Pulau Pinang  sememangnya terkenal sebagai destinasi negeri perlancongan di Malaysia. Percutian Di Pulau Pinang ini amat sesuai untuk dijadikan destinasi percutian solo, bekeluarga mahupun untuk berbulan madu. Ini kerana negeri Pulau Pinang mempunyai pelbagai aneka makanan yang teramatlah sedap. Food heaven orang kata. Selain tarikan makanan, Pulau Pinang juga terkenal dengan tempat- tempat menarik dan bersejarah. Disebabkan percutian ni adalah percutian bajet, saya telah memilih Alora Hotel kerana harganya murah, selesa dan bersesuaian dengan percutian low budget. Alora Hotel yang super budget ni merupakan one of the best hotel in Penang. Actually boleh je nak directly call pihak Alora Hotel. Tapi saya lebih selesa menggunakan Traveloka Apps.

Traveloka Apps

Untuk pengetahuan korang, Alora hotel ni terletak di B Tower Bayan Point, 19, Medan Kampung Relau, 11900 Penang. Jarak perjalanan jauh lebih kurang 5km dari Lapangan terbang Pulau Pinang. Masa yang diambil untuk sampai ke Hotel Alora Penang adalah lebih kurang 10 minit dengan menaiki kereta. Kedudukan hotel ini amat strategik ya. Stesen bas dan teksi pun dekat, senang untuk korang hendak  ke mana-mana. Kedudukan hotel ni juga agak strategik kerana mudah untuk akses ke Balik Pulau, Bayan Lepas, Georgetown dan tanah besar. Lokasinya juga berdekatan dengan Pulau Jerejak dan berhampiran dengan shopping mall seperti Quensbay Mall, Tesco dan Jusco.

Penang, Malaysia

Terdapat 3 jenis kemudahan bilik yang ditawarkan oleh pihak hotel iaitu standard room, deluxe room, dan family room. Bagi yang berkeluarga bolehlah pilih family room kerana sesuai dengan bilangan ahli yang ramai. Untuk penginap 2 orang boleh pilih deluxe room atau standard room ye. Actually, kesemua jenis bilik mempunyai kemudahan yang agak sama. Setiap bilik diberi kemudahan free wifi, televisyen, saluran astro, makanan ringan dan kemudahan membuat air teh dan kopi.  Yang membezakan setiap bilik-bilik di Alora Hotel ni adalah keluasan bilik dan jenis katil yang disediakan. Standard room yang berkeluasan 46 kaki persegi ini mempunyai 2 katil single. Manakala deluxe room yang berkeluasan 58.85 kaki persegi, pihak hotel menyediakan sebuah katil king dan family room pula yang mempunyai keluasan yang sama dengan deluxe room iaitu 58.85 kaki persegi. Bilik ini disertakan dengan sebuan katil single dan sebuah katil king. Yang bagusnya tentang hotel ni, walaupon hanyalah bertaraf 3 bintang tetapi suasana dan keselesaan bilik tidak mengecewakan. Kekemasan dan kebersihan bilik amat memuaskan hati. Perkhidmatan pelayan hotel juga baik, mesra dan tidak lokek dengan senyuman. Hotel ini juga turut menyediakan tempat parkir bagi penginap yang membawa kereta dan perkhidmatan lif.  Selain itu, jika korang  ingin mencari kereta sewa, korang bolehlah membuat tempahan di hotel ini. Nampak tak walaupun harga hotel ni murah tetapi terdapat pelbagai perkhidmatan disediakan. Mudahkan? Easy peasy..

Sedapnye pasembur!!!

Dah sampai Pulau Pinang, takkan nak memerap dalam bilik hotel je kan. Korang bolehla menyewa kereta atau menaiki bas untuk ke destinasi pilihan. Destinasi pelancongan yang terdekat dengan Alora Hotel ni ialah Tokong Ular. Tokong Ular merupakan tempat ibadat orang Cina namun menjadi pilihan kunjungan pelancong untuk melihat keunikan tokong dan melihat ular tidak berbisa dibiarkan secara bebas di kawasan sekitar.Selain itu korang boleh melawat tempat sejarah di Pulau Jerejak dengan menaiki bot. Georgetown pula terletak kira-kira 15 km dari Hotel Alora Penang. Jarak perjalanan yang mengambil masa ½ jam dengan menaiki kereta. Kat Georgetown ni macam- macam  tempat yang boleh dilawati antaranya Persiaran Gurney. Di sini terdapat macam-macam makanan menarik antaranya Nasi Kandar, rojak pasembur dan laksa penang. Dah dapat makan makanan Pulau Pinang, sememangnya hati korang akan berbunga-bunga okey. Dah kenyang tu korang bolehlah ke Penang Street Art. Dengan menyewa basikal atau berjalan kaki, korang boleh menikmati sekitar bandar Georgtown dengan melihat lukisan mural 3D di bangunan-bangunan di sekitar Jalan Seni ini.

Alora Hotel

Tapikan, dengar cerita, sekarang ni  Alora Hotel permenantly closed. So sad! :'( Walau bagaimanapun korang boleh look for more hotels nearby using traveloka website.  Banyak hotel yang selesa dengan harga yang rendah boleh didapati di sini Jangan lupa, visit https://www.traveloka.com/en-my/ to grab the best deal! 

Jom bercuti di Penang. 
InsyaAllah cuti sekolah nanti, saya nak ke sana. 
^__^