Backpacker with Baby - Hari PERTAMA di Krabi, Thailand 2016

Salam.

Bertemu kembali dalam rancangan, jalan jalan bersama Intang. Kihkih. Ok. Excited nak cerita. Beberapa hari yang lepas, kite pergi Krabi, Thailand, lagi sekali!! Last pergi time honeymoon dulu. Kali ni, honeymoon bawak anak pulak! 

Dulu bawak Aleesya Eryna jugak tapi time tuh Aleesya dalam perut mommy. Mana tak nya, kahwin bulan 3, honeymoon bulan 5. Kahkah.

Kali ni, umur Aleesya Eryna dah 2 tahun 3 bulan. First time bawak dia travel jauh, first time bawa dia naik aeroplane (mommy second time naik kihkih), first time naik van, naik boat, naik tuktuk dan naik motor jauh2.. Alhamdulillah, everything going smoothly seperti yang dirancangkan.

Ok, intro yang agak panjang. Kite mula dengan bismillah....

31 Mac 2016 - Khamis

Kite gerak dari Muar ke Melaka, pick up kawan kawan kite dekat Merlimau, Melaka sebab kiteorang akan pergi Krabi sama sama. Kawan kite yang kat Melaka ni nama dia Sue & Icin (laki bini). Lepas ambil dieorang, kiteorang pergi Money Changer dekat area Melaka jugak. Kite tukar duit RM 2000 jer, dapat dalam 17000 baht. Tapi orang MC tu pulangkan kita balance dalam RM30+. Tak sure berapa rate sekarang. Sebab hari hari mesti turun naik punya.

Dari Melaka, kiteorang terus gerak ke Shah Alam, lepak rumah cousin husband kite dekat Ken Rimba (Azim). Kiteorang mintak tolong cousin ni hantarkan ke Airport (KLIA2) sebab flight kiteorang pukul 7 pagi - 1 April 2016. Ada sorang lagi cousin husband (Taqim) yang akan follow ke Krabi, dia dari JB naik bus ke KL. So, total 6 orang yang pergi Krabi nanti,

Intan
Irfan
Aleesya
Sue (isteri icin)
Icin (suami sue)
Taqim (single)

Sebenarnya plan nak pergi dalam 14 orang, tapi atas sebab sebab tertentu. cuma 6 orang saja yang dapat pergi. Tak pe lah, next trip, boleh plan lagik. ;)

Tidur dan rehat sekejap dekat rumah Azim, pukul 4 pagi bangun mandi siap siap gerak ke KLIA2. Thank you so much Azim sebab sudi tumpangkan kiteorang tidur kat rumah kau dan tolong hantarkan ke airport.

Tiket flight Krabi return
RM 195 each without luggage

Murah kan? beli time promotion Air Asia. Huuu~

v
v
v
v
v
v
v
v

1 April 2016 - Jumaat

Flight ke Krabi pukul 7 pagi. Start fly dalam pukul 7 suku camtu. Sebelum tu kiteorang breakfast dekat McD. Kite dah siap siap buat web-check in kat rumah. Lepas web check in, terus print out tiket flight kat rumah. So, tak payah nak beratur pepanjang untuk check-in. Luggage pun takde sebab kiteorang backpacker. Bag semua bawak naik atas.

First time jejak kaki di KLIA2.
Dulu naik dari LCCT.

Nampak tak dia punya happy naik flight. 

The three of us :')

Touch down Krabi dalam pukul 7 lebih. Aik, kenapa kejap sangat? Sebab waktu Krabi ni awal sejam dari waktu Malaysia. So sebenarnya sampai Krabi pukul 8.30 pagi waktu Malaysia. Perjalanan dari Malaysia to Krabi dalam sejam lebih sikit jer. Bila sampai jer airport Krabi, kiteorang terus ke kaunter Shuttle Bus. Kaunter ni dalam airport jugak. Dah tak toleh kiri kanan. Sebab naik bus berganda ganda murah. Kiteorang pun takde nak kejar apa-apa sebab hotel ke ape semua kiteorang lum booking. Semuanya walk in. :-D

Sue & Icin depan bus Krabi. 
Masa ni kite dah selamat masuk bus haha.

The 6 of us. 
Tak nampak Aleesya sebab 
dia tengah tidur dekat pangku kite.

Masa beli tiket bus kat kaunter bus tuh, cakap dengan dia, nak ke Aonang. Harga tiket 150 baht. Lebih kurang RM15 - RM16 sekepala. Still murah nak dibandingkan dengan naik teksi. Kalau naik teksi, memang cepat sampai. Dalam setengah jam je dari airport ke Aonang. Tapi sebab kiteorang nak enjoy every moment, kiteorang decide nak naik bus. Dalam 45minit camtu dah sampai tepi pantai.

 
Dah sampai Aonang Beach.
Subhanallah..cantik sangatttttt!

Posing jap tepi pantai.

Kiteorang jalan kaki dekat tepi tepi pantai tu. Ada banyak kedai kedai yang jual pakej trip ke pulau. Tapi kiteorang decide nak carik hotel dulu. Jalan jalan cari hotel lama yang kiteorang duduk dulu, tapi hotel tuh dah tak buat service room for rent. Sekarang buat tempat urut. Haha. So, kiteorang tanya lah orang kat sana, hotel mana yang murah. Budget dalam 1000 baht ke bawah. Then dieorang cakap, area Sabai Mansion. (nama hotel)

So, kiteorang naik Tuktuk untuk ke area sana sebab nak jalan dengan beg, anak, boleh tahan penat. Dalam 1 KM jugak. Kalau lenggang kanggung, baik jalan kaki je sebab tak jauh mana. Lagipun memang berderet kedai best best dekat tepi tepi jalan tu.

Naik TukTuk ni 30baht satu kepala.
Kepala Aleesya tak termasuk.
Hihihi.

Posing sikit depan Tuktuk.
:'D

Ni kat kaunter hotel Sabai Mansion.
Dia ada bilik kipas, ada bilik aircond. 

Tapi macam tak boleh nego. Harga bilik with aircond 1200 baht which is more than our budget. Sebab kiteorang memang nak carik hotel murah. Sebab datang sini bukan nak duduk bilik je. Nak jalan jalan. Bilik just untuk tidur malam, mandi dan rehat.

Then kiteorang keluar dari Sabai Mansion dan ternampak KL House Aonang. Lepas discuss dekat kaunter, kiteorang decide nak sewa bilik dekat situ. 

Harga cuma 410 baht untuk satu kepala. Kiteorang ambil 2 bilik. Satu bilik kecil untuk Sue & Icin, satu lagik bilik besar sikit (queen bed for us) and with extra bed untuk Taqim. Kiteorang terus bayar 6150baht untuk 4 hari 3 malam.. Murah gile wehhh. Dah lah masa tuh baru pukul 9 pagi. Boleh terus check in!

Ada TV LCD, Peti Ais

Aleesya dah rasmikan dulu.

Orang bujang tidur bawah yer. Hehe.
Cc : Taqim

Lupa nak snap gambar toilet. Toilet dia besar, ada hot shower. Best laa. Bersih.. Harga pun murah. Sooo recommended! So kalau korang decide nak sewa bilik ni, cakap je dengan dengan driver bus, nak pergi hotel "KL House Aonag". Nanti dia turunkan korang betul betul depan hotel. 

Boleh klik SINI untuk tengok gambar hotel dan dalaman hotel. 

Dalam flight dari Msia-Krabi, stewardess akan bagi slip untuk korang tulis. Dekat slip tuh ada ruang kosong untuk korang isi nama hotel. Walaupun korang tak tau hotel mana korang nak duduk, boleh je belasah hotel mana mana je. Jangan tinggalkan ruangan kosong pulak.

Lepas letak barang dalam hotel, kiteorang keluar balik untuk sewa motor. Tempat sewa motor bebetul depan hotel kiteorang ni. Harga sewa motor cuma 200baht untuk sehari. Kiteorang sewa Scooby. Scooby ni motor yang jenis scooter tu. Ada jugak jenis motor lain. Ada jugak kereta. Tapi kiteorang nak feeling feeling naik motor dekat tepi pantai. Kahkah. Lagipun kos naik motor lebih murah.

Ni lah Taqim with his scooby.
Masih single :-P

Lepas sewa motor, kiteorang pergi isi minyak dulu. Isi dalam 50baht jer. Terus penuh. Lepas isi minyak, terus carik kedai nak lunch. Last makan kat KLIA2 kat McD tuh. Jalan jalan naik motor, jumpa satu kedai Muslim. Lauk sedap, tapi harga agak mahal. Haha. Makan nasi campur dua orang dah 230baht. Padahal ambil lauk simple simple.

Lauk sedap, walaupun agak pricey.

Lepas kenyang, balik bilik semula., Rehat jap. Petang petang sikit baru start motor ke Krabi Town. Jarak perjalanan dalam 45minit. So, kena recharge tenaga. Masa kite dengan Aleesya tidur, Husband & Taqim round round Aonang, nak carik pakej pulau yang murah dan berbaloi.

Last last dieorang dapat pakej ke Emerald Pool + Hot Stream Waterfall (untuk hari kedua kami di Krabi) dan pakej 7 Island Sunset (hari ketiga di Krabi) dengan harga 1400baht seorang. Gila murah. Kite dah survey awal awal, untuk pergi 7 island sunset tuh jer, dapat harga dekat 2000baht. Tapi tuh naik speed boad lah. Kiteorang naik long tail boat. Huhu. Lagik syok. Walaupun orang cakap naik speed boat lebih cepat sampai. (Pada kite sama je, sebab dulu kite dah pernah naik speed boat. Kali ni naik long tail boat. Sama je cepat sampai. So, better amek pakej yang naik long tail boat. Murah banyak compare dari naik speed boat)

Bila badan dah penat sangat, tidur pun tak sedar. Alih alih dah pukul 5 petang. Kelam kabut bangun, ketuk bilik sebelah (bilik Sue & Icin), ajak pergi night market kat Krabi Town. Siap siap mandi semua, gerak dekat pukul 6. Huhu. Kiteorang pergi Krabi Town ni tak ikut GPS pun. Ikut gerak hati dan ikut signboard. Agak agak pening, tanya dekat orang tepi jalan. Lagi satu, masa naik bus awal awal pagi tadi, kiteorang hafal jalan. 

Weee~
Aleesya terselit dekat tengah.
Kebas weh kaki naik motor lelame.
Tapi enjoyyyyy sangat.
Aleesya pun tak buat hal, behave sangat.

Ni dekat Night Market Krabi Town.

Dekat dalam kawasan night market ni tak boleh smoke tau. Nak smoke kena luar kawasan. Dan dalam kawasan ni jugak, ada toilet! Haha. Benda penting. Masuk toilet kena charge 5baht.

Posing sikit sementara tunggu yang lain shopping souvenir.

Turn Immy dengan adik pulak!

Happy girl ^_^

3 of us at walking street Krabi ^__^

Sue & Icin busy pilih souvenir haha

Harga souvenir, baju baju dekat night market ni jauh lebih murah dari kedai kedai area Aonang Beach. Baju sehelai boleh dapat 130-150baht. Yang harga 100 baht pun ada. Memang kiteorang borong habis lah. Haha. Dekat sini kite habis dekat 1000 baht. Dapat banyakkk gile barang. Kite beli fridge magnet, keychain, baju, seluar, makanan dan jugak serbuk green tea haha.

Lepas penat shopping, kiteorang beli makanan dekat night market tuh dan makan dekat situ jugak. Kite cam tak lapar sangat.  Lebih kepada haus. Beli mineral water dan orange juice. Husband makan nasi goreng kerabu. Sedap jugak, Kite just beli sate ikan (lokching). Memula beli satu set je, Aleesya makan banyakkk gile. Pastu husband pergi beli lagi 2 set, bawak balik hotel. Huhu.

Perut kenyang suka hati.

Ramai gilaaaaaaa orang dekat night market ni,

Kiteorang gerak dari night market balik ke hotel dalam pukul 10 malam. Bawak motor slow slow je. Tak boleh bawak laju sebab ada orang Thailand situ pesan, jalan sana licin, banyak kes accident. Alhamdulillah, kiteorang selamat sampai hotel dekat pukul 11 malam. 

Aleesya siap tertidur atas motor.. Tapi sampai hotel, mata segarrrrrrrrrrrrrrr pulakkk. Gggrr. Nasib baik wifi laju. Dia layan youtube aje la sampai tertidur. Immy? Krohh krohhh. Ngantukkk. Kena tidur awal sebab esok nak pergi jalan jalan lagik!

Summary
Flight ticket 
= RM 195 seorang return

Bus dari airport ke hotel area Aonang 
= 150 baht

Sewa Motor 
= 200 baht sehari

KL Hotel Aonang 
= 410 baht seorang sehari (kongsi bilik)
= total 6150 baht untuk 4 hari 3 malam
(5 orang, 2 bilik, 1 extra bed)

Makan (lunch)
= 150 baht seorang

Minyak motor
= 50 baht 

Souvenir @ Night Market Krabi Town
= 1000 baht

Tips : Senang kira, 1000 baht tu RM100. Buang satu zero dekat belakang jer. Plus minus lah rate dia. Gittewwwww... Huhuu

Nanti sambung part 2 pulak yer. 
Hari kedua di Krabi 
^__^

Goodnight kawan kawan Mommy
^____________^


Xoxo, 
IntanIrfanAleesya