Mandi mandi di Kolam Air Panas, Gersik, Muar

Salam.

Awal tahun ni, kite satu family pergi mandi mandi dekat Kolam Air Panas Gersik, Muar. Tak jauh dari rumah kite. Dalam 10-15minit jer.

Memula plan nak mandi mandi dekat Kolam Air Panas Bembam Melaka, tapi bila baca review, ramai komplen, cakap tak memuaskan, kotor dan tak terjaga. So, daripada buang masa pergi sana, baik pergi mandi dekat tempat yang dekat sikit. Free pulak tuh. Kihkih.

Kiteorang pergi ramai sebenarnya. Sebab kebetulan adik kite yang Yeop tuh balik. Kite, Mama, Yeop & Wife, Adik, Chacha & Aleesya. Abah & Hasben kite kerja, tak dapat join.

Sebenarnya malas nak pergi tapi sebab adik kesayangan ni busan tak pergi mana mana time cuti sekolah, so bawak lah dia jalan dekat dekat.

Kiteorang siap bawak bekal, makan dekat sana. Pergi dalam pukul 8.30 pagi, kul10 lebih, balik. Seronok gak gather reramai. Next time boleh pergi lagik. Huhiiii.

Ok. Nanti taip cerita lain pulak. Byeeeeee~~