Empat hari lagi....

Salam.

Oleh kerana Aleesya Eryna sangat sangat sangat suka kan karektor Upin & Ipin, so mommy decide untuk buat sambutan birthday dia dengan tema upin ipin.

Maka gigih lah mommy edit gambar untuk print sebagai edible image dan letak dekat kek, google lah segala tok nenek yang berdasarkan upin ipin. 

Memang Aleesya Eryna tak bagitau. nak celebrate birthday macam mana. Tapi masa mommy edit gambar dekat atas ni pon dia dah excited. 

Mommy beli set birthday party Upin Ipin dekat satu page dekat FB. Harga affordable. Semua yang dekat gambar atas ni termasuk lah piring kek, cawan, topi happy birthday, pam belon, total harga RM70 sahaja.

Mommy jadi excited sebab birthday kali ni Aleesya Eryna dah besar, dah pandai, dah cerdik. Kalau macam tahun lepas, mommy beli kek simple jer dekat kedai kek. 

Masa ni muka pun blur jer. Tak faham agaknya kenapa mommy dengan Abah excited bebenor. HAHA. Padahal mommy jer excited. :-P

Macam tak percaya jer lagik 4 hari birthday Aleesya Eryna. Dah nak masuk 2 tahun dah anak mommy sayang ni. To me, she will always be my baby. Sayanggggggggggg sangat. "Gaduh" macamana pun dengan mommy, tetap malam malam tidur peluk mommy. Tetap bangun pagi senyum pandang mommy. Priceless. 

I love you honey bunny sugar plum. :-*