Sweet Escaped - Temerloh, Pahang

Salam.

Hai korang.. Lama kite tak update belog ni. Banyak sangat cerita delay. Rasa sekarang ni nak aktif update belog macam zaman bujang dulu. Aci tak..  Huhiiii..

Lepas habis kontrak cikgu ganti bulan lepas, terus balik Melaka. Tapi hasben kite cakap, Shiaaaannnnn mommy dah lama tak dapat pergi jenjalan. Mana tak nye, kite cuti Jumaat Sabtu. Hasben pulak Sabtu Ahad. Celah mana nak hip hip horreyyyyy... Huhuu.

Kat rumah, posing dulu sebelum gerak.

Dress up Aleesya Eryna over sangat kauuu. Haha.
Memula decide nak jenjalan kat Port Dickson, tapi time tuh jerebu teruk. Check IPU kat website Apim, cuma Pahang je yang clear dari jerebu. Kalau ada pun, sikit sikit jer laa. So dari Muar ni kite orang direct ke Pahang.

Lambat sangat Abah ni drive.
Meh adik ganti. :-P

Alih alih sampai Temerloh. Kihkihh. Ingat nak ker Jengka, hasben nk tunjuk tempat kerja lama dia tapi rasa macam penat pulak duduk dalam kereta lelame. So, larat sampai Temerloh aje. Sampai kat Temerloh, gugel dulu hotel. Kite orang check in kat U-Design Hotel. Semalam dalam RM95 camtu.

Suke dia dapat baring kat katil hotel setelah
dekat 3 jam duduk dalam kereta. Huhuuu.

Sebelah hotel ada macam Mall kecik. 
Pergi pusing pusing jap. 
Aleesya nampak kereta ni terus nak naik. 

10 minit RM5.
Nanti Abah beli satu ek. Main puas puas kat ghumah.
Hihiii

Malam tu kite orang jalan jalan dekat Car Boot Sale area bus stand Temerloh. Tapi Aleesya cam terbatuk-batuk. Maybe ada kesan jerebu sikit. Tak shopping banyak pun sebab tak lama. Cuma beli perfume. The next day plan nak ke pasar tani kat sepanjang sungai pahang tapi tak jadik sebab sesak sangat. Macam leceh pulak nak redah ramai orang. 

Kite orang just pergi Deerland dan Kuala Gandah. 
Bestttttt sesangatttt. 
Huhuuu.

Kat Deerland tuh, masuk murah jer. Sorang RM6. Bayi FOC. Huhuu. Kat Kuala Gandah tuh pulak, FOC. Tak payah bayar langsung. Kite orang pergi dua tempat tuh je. Tidur semalam aje kat Temerloh sebab esoknye tu hasben ada hal.

Sebelum check out.
Ok. Jom sambung jalannnnnn~

Dalam Deer land, ada banyak bintang lain selain Rusa. Ada rabbit, snake, birds.. Macam macam lagik. Sesuai lah bawak anak bini jenjalan.

Deerland.
Bagi rusa makan free jer. 

Rusa rusa ni gelojoh.
Hahaaa.

Boleh pegang ular sawa..
Memang TAKKKK lahhh nak pegang. 
Zzzzz!

BIRD!

Pusat Konversasi Gajah Kebangsaan, Kuala Gandah.

Yang kat Kuala Gandah pulak, tempat gajah. Ada banyakkkk gajah. Ada pertunjukkan gajah, boleh bagi gajah makan. Teruja si Aleesya dapat tengok elephant. Dulu pernah bawak dia ke Zoo Melaka. Tapi masa tu dia kecik lagik. Next time nak bawak lah dia pergi lagik.

Kat tempah gajah ni, bila nak bagi gajah makan, kena beli makanan dia. Beli tebu seiikat dalam RM3 jer. Best jugak bagi gajah makan. First timeeeee. Bestttttt. Ngeeeee. Entrance fees dia FREE tapi nak bagi gajah makan, bayar RM3. So, okey lah kan? Huuu.

Sejak ada anak ni, nak pergi mana mana pun pikir tempat yang sesuai dengan anak. Percutian kali ni memang sweet escape betul. Seronok dan tak banyak guna duit. 

Siapa kata nak ber seronok kena ada duit banyak? Heeeee. Ok. Till we meet again. Nanti esok kite tulis lagik k. Byeeeee. ;)