Happy Birthday My Lil Daughter, Aleesya Eryna binti Mohammad Noor Irfan

Salam.

Macam tak percaya jer si kecik ni dah setahun. Macam baru jer rasa sakit nak bersalinkan dia semalam. Kihkih. Alhamdulillah, selama setahun ni, dia fully breastfeed. Satu pencapaian yang membanggakan. Ambil peluang yang ada sementara kite masih lagi suri rumah. :'D

Collage from 1 day to 1 year-old-baby-girl!!!

Tengok balik muka, ya Allah SWT, rindunyaaaaaaaa. Macam kejap aje dah besar. Sekarang ni, kalau nak cium, dia suka elak elak dengan tepis tepis. Dah macam ulat dah terlentok lentok hihihii.

Alhamdulillah, sihat tubuh badan. Dah start belajar makan since 6 months +. Aleesya bukan lah jenis yang makan banyak, tapi kite tetap bagi. Biar dia rasa sikit sikit. Bila dia makan sikit, kite terpaksa paksa dia minum susu banyak banyak. Takut berat dia kurang. Tapi kadang kadang, dia yang selak baju kite. Nak susu. :'D

Muka tuuuuuu... manja sangat tau.
Teruja dapat naik buai. :'D

Ni pic kat rumah abang ipar kite. Aleesya memang dari kecik, kite tak nak biasakan tidur buai. Masa dia kecik kecik dulu, husband yang dodoikan dia guna tangan aje. Bila dah besar sikit ni, dia suka ngempeng sambil kite nyanyi nyanyi dan selawat. Kejap aje dah tidur. :'D

Masa ni celebrate birthday in advance.

Konon konon, Aleesya jadik Princess Anna.
Faqehah pulak Princess Elsa.

Masa ni bulan 12 tahun lepas, sambut besday awal sekali dengan anak kakak kite, Nur Aini Faqehah dekat Penang masa pergi rumah kakak kite kat sana. Birthday Aleesya 22 January, Faqehah pulak 2 January. Beza 20 hari jer. :'D 

Pastu kelmarin, masa birthday Aleesya yang sebenar, dah cakap dengan husband, nak bawak Aleesya pergi Pizza Hut. Padahal mami dia yang nak makan seafood lasagna. Aleesya makan roti aje. >__< Lepas makan, pergi beli kek pulak. Nak potong kat rumah. Memang takde plan pun nak buat party segala. Lagipun Aleesya macam kecik lagik. Mesti dia buat muka pelik nanti.

Kan dah cakap, buat muka pelik.
Lagi lagi kena pakai topi tu.. hihih.

Sebenarnya, takde specific tema pun untuk birthday Aleesya.

Masa dekat bakeri, cuma ada 3 jenis kek kecik katun. Pororo, Hello Kitty dan Minion. So decide nak ambil kek HK sebab yang lain tuh tak macam gegirl sangat. Harga pun cuma RM24. Hihihii. Saja suka suka, buat syarat aje. :'D

Tuhan jer tau cemana sayangnya Mami & Abah dekat Aleesya Eryna.

Muka teruja nak terkam kek. 
Hihihii.

Happy ^__^

Mami doakan adik sentiasa berada dalam lindungan Allah SWT.

Aleesya - Protected by God.
Eryna - Cantik :')

I love both of you beyond words. <3

Take my hand. 
Take my whole heart too. 
For i can't help, falling in love with you









Semoga Aleesya Eryna binti Mohammad Noor Irfan menjadi
budak yang baik, cerdik, pandai, cantik, solehah...
Dan sentiasa di lindungi Allah SWT.

Selamat panjang umur...
Semoga sentiasa comel, manja dan disayangi semua orang.
Mami sayang adik selama lamanyaaaaaaaaaaaaaa.

Selamat hari jadi sayang.
I love you so much. :')