Customer yang menjengkelkan.

Salam.

Nak share cerita sikit. Sebenarnya dah lama pendam. Nak cerita ke tak. Hmm..cerita jer lah. Huhuuu. Kite dah lama start bisnes online ni. Mula mula dulu, jual Al-Quran pelangi. Asalnya, cuma beli untuk hantaran kahwin. Tapi tetiba rasa tergerak hati nak jual pulak. :)

Pastu jual barang barang baby. Al-Quran Pelangi pun masih kite jual. Dan kite pun ada jual Tabita Skincare. Dah ramai sangat beli tabita skincare ni dengan kite. Mungkin, kite jual dengan harga yang agak murah dari seller lain.

Murah salah, mahal pun salah. Kalau mahal, sibuk mintak diskaun. Bila jual murah, asyik lah tanya. Ori tak ni? Kenapa murah? Ori tak ni? Blerghhhhhhhhhhh. Tensen ai tau tak nak jawap soalan yang berulang banyak kali. Annoying sungguh. Kadang kadang, soalan soalan customer ni memang mintak maki. Nak jer kite reply whatsapp dia orang, NAK BELI, BELI, TAK NAK SUDAH!!!!!!!!!

Huh. Ai is menyampah. Bukan ai nak layan sms/whatsapp dia seorang jer. Ramai lagik customer lain yang nak beli. Dalam 2 minggu lepas, ada seorang pompuan nak beli Tabita Skincare ni. Asyik repeat soalan jer. Dia cakap, dia takut kena tipu sebab dia pernah kena tipu, so maybe dia berhati hati lah. 

So, kalau jual harga mahal, barang tu original ker? Hihiii. Let say kite jual Set Exclusive Tabita RM 230 termasuk pos. Dia macam tak percaya. Dah tuh, kalau aku jual RM 300, kau nak beli ker? Berganda ganda aku untung. Haha. Kite rasa, harga yang kite letak, berpatutan lah. Tak membebankan customer dan kite pun ada sedikit untung. Tak nak lah ketuk duit customer.

Lagi satu, kalau customer asyik tanya barang original atau tak, kalau lah seller tuh jual barang fake pun, tetap dia akan cakap original. Bodoh lah kan kalau dia nak cakap barang dia jual fake. So, kalau nak yang betul betul original, pergi kedai, beli sendiri. Jangan beli online. DAH AKU RASA GERAM, MENYAMPAH RASA NAK CEKIK PUN ADA. Punya lah marah sampai caps lock. Haha.

Kite dah ada beberapa orang regular customer, yang kalau stok dia habis, mesti dia akan carik kite. Ada seorang stewardess siap repeat order dan beli 2 set tabita skincare terus, sebab dia cakap, dia tak nak terputus bekalan. See? 

Ok. Sekian sahaja cerita customer yang menjengkilkan. Nanti kite cerita lagik. Aleesya baru bangun. Hihiii. Ok baiiiiiii~~~