Besen mandi atau bath tub, mana lebih sesuai?

Salam.

Antara barang terawal yang kite beli masa kelahiran Aleesya Eryna ialah besen mandi. Hihi

hiii. Kite beli besen mandi dia masa kite pergi expo baby kat Danga City Mall JB. Kemain ko, nak beli besen pun sampai kat JB. Maca lah dekat Muo takde jual besen. Kuikuikui.

Bila Aleesya dah besar macam skang ni, kemain banyak barang nak bawak setiap kali nak travel. Memang penuh bonet kereta kebal kite. Tak cukup bonet, siap letak dekat seat belakang lagi. (-.-") Siap kena perli, nak balik kampung sebulan hape. Heeeeeee.


Ni lah ghupe besen mandi anak kite.
Brand BabyLove
Harga set RM70+

Pernah cerita kat ENTRY NI dulu

Memang makan ruang sesangat besen ni bila nak bawak travel. Kite pulak jenis tak reti nak mandikan Aleesya kat sinki. Dia dah lah tak bole duduk diam. Zzzz. Kang terpeleot, bukan dia je jatuh, dengan kite sekali jatuh. Huaaaaaaa........

Ada satu hari tu, masa kite kat JB, husband ajak pergi jenjalan kat Pusat Bandar Pasir Gudang, pergi makan kat tempat faveret dia, kedai sup kat foodcourt tu. Lepas makan, jenjalan kat satu kedai kat Pusat Bandar tuh, nama kedai tuh Mr. DIY. Husband kite tu suka belek belek barang. Pastu tetiba terjumpa baby bath tub ni..
Comel kan?
Harga dia RM30+ jer.

Terus beli!

Tapi takde pam, kena pam sendiri guna mulut. Mulut dia lah tapi. Kihkih. Tapi tiup sekejap jer, dah jadik. So, bila Aleesya dah besar sikit cam sekarang ni, memang kite bawak bath tub ni jer bila nak travel. Bagus bath tub ni sebab Aleesya takkan terjatuh punya. Ada sekat kat bahagian tengah. Kite siap belikan dia bikini kat Mr.DIY tu. Dalam RM8 aje. Murah gileeeeeeeeeee. HAHA. Dari beli dekat Jusco, harga dah puluh puluh ringgit. Phew~ 

Heeeeeeeee.
Masa ni dia tak pandai duduk lagi.
Kemain Mami dengan Abah dia nak test.
Siap pakaikan bikini.
T__________T

Pada kite, memang bagus bath tub ni. Dah lah menjimatkan ruang kat kereta. Boleh bawak travel. Anak pun suka mandi dalam ni sebab lembut. Kalau besen kan licin dan keras. 

Ok. Nanti kite review pasal benda lain yang best pulak ek! Tata! ;-)