Berderau darah mami !!!

Salam.

Sejak jadi mak mak ni, tidur dah tak lagi lena, mandi pun tak basah sangat hihi. Ok tipu. Basah memang basah tapi kena mandi lelaju. Phew. 

Macam tadi kite mandikan dia dalam pukul 11 pagi. Memula dia dah bangun awal, tapi lepas minum susu, dia tidur balik. Bila dia tidur, haruslah mami pun sambung tidur jugak hihii.

So, lepas mandikan dia, time nak pakaikan dia baju tu, mata dia kuyu aje. Macam ngantuk lagi sebab before mandi tuh, dia main main dengan kite. So, lepas settle pakai baju, tepuk-tepuk sikit then dia terus tidur. So, masa ni la super mommy berperang! Kelam kabut pergi mandi sebab takut dia bangun pulak.

Masa sebelum mandi tu, otak dok fikir, nak mandi sekarang or tunggu Mama kite balik kerja. Kalau Mama dah balik kerja, dia boleh tengokkan Aleesya. Tapi terus decide nak mandi memandangkan mungkin Aleesya akan tidur lama sebab masa pakai baju pun, mata dia macam tak larat nak bukak.

Masuk jer bilik mandi, terus gosok gigi & cuci muka. Lepas tuh, lari pergi sekodeng Aleesya jap, takut dia bangun, tapi dia tengah tidur lagi. Lega. Lepas tuh, lari masuk bilik mandi balik, sabun sabun badan, tak syampu rambut sebab malam tadi dah syampu. Kalau syampu rambut, mesti ambil masa yang lama.

Settle bilas badan, masuk bilik jer, Aleesya dah dekat tepi katil!!!!!!!!!!!!! Sikit lagi nak jatuh. Kusssss semangat. Berderau darah kiteeeeeee......

Padahal sebelum tuh, punya lah nyenyak dia tidur. Ggggrrr! Masa dia dah dekat tepi katil tuh, dia siap senyum lagik. Haishhh.. Aleesya.. Aleesya...

Baby cot Aleesya dah bawak keluar dari bilik kite sebab dia tak suka tidur dalam tu. Mujur lah kite tak beli, baby cot turun temurun. Hihi. Aleesya ni jenis suka tidur ngempeng dengan Mami.

Nasib baik lah kite mandi laju laju, kalau siap syampu rambut segala, mau anak haku dah jatuh ke lantai. Sejak dia dah pandai merangkak nii, memang pagar bantal dah tak berkesan lagi. Buat lah kubu tinggi mana pun, dia tetap boleh panjat sebab dia tengah kemaruk nak berdiri.

7 bulan 4 hari.

Sebelum ni, kalau Aleesya tidur petang dan kite nak pergi ke dapur atau toilet, kite akan baringkan dia dekat tilam, dekat lantai. I is tak berani nak letak dia atas katil. Kalau jatuh......... T________T Rasa macam nak request dekat husband, nak beli pagar yang letak kat tepi katil tuh. Ntah apa nama.

Masa untuk main!!


Ok. 
Nanti update lagik. :)