.4 hari lagi Aleesya Eryna genap 7 bulan !

Salam.

Empat hari lagik genap 7 bulan umur intang payung kite. Alhamdulillah, dapat tengok anak membesar depan mata. Dari dia 2.95kg sampai lah dah 7.4kg (Masa 6 bulan). Mungkin sekarang dah hampir ke 8kg. 

Dan sekarang Aleesya Eryna dah pandai duduk! Yeyyy! Alhamdulillah. Dan dia dalam proses nak merangkak. Mungkin dia jenis budak yang tak pandai mengengsot kedepan. Dia pusing 360 darjah lepas tuh dia angkat badan, angkat punggung, alih alih dah duduk. Sekarang ni, dah pandai merangkak sikit sikit. Alhamdulillah.

Seronok tengok dia membesar. Walaupun macam kesian bila tengok dia bersusah payah nak merangkak. Slowly.. Tapi steady. Sampai lah dia berjaya pegang mainan dia tuh. Hihii. Mami sayang Aleesya Eryna sesangat. Abah pun sayang Aleesya Eryna. Semua orang sayang. :')

Kesayanganku.

<3 <3 <3

6months 3 weeks 6days.

Semoga Aleesya Eryna membesar dengan sihat.
Aminnn.

Till the next entry.
TATA~~~