.tindik telinga anakku - Aleesya Eryna

Salam.

Beberapa hari lepas, masa kite dekat JB (rumah MIL), kite ajak husband kite pergi tindik telinga Aleesya Eryna. Dah banyak kali kite ajak, tapi dia asyik delay masa jer. Yang menguatkan lagik kite nak tindik telinga baby kite bila anak kawan husband kite, Abang Deni & Isteri, Kak Hazlina dah tindik. Super comel uols!   Anak doang beza dalam 2-3bulan dengan Aleesya.

Pastu tuh pulak, Aleesya Eryna ni orang selalu cakap ikut muka husband kite dan ikut muka Abah kite. Muka garang, susah senyum. Pulak tuh, rambut dia nipis, lambat tumbuh. Orang asyik cakap dia macam baby boy jer. Padahal dah pakai riben besar gedabak dekat kepala.

Tambahan pula (ewah, ayat macam karangan pulak), kan dah nak raya ni. Mesti lah nak anak cecantik. Walaupun macam sedikit sakit bile kena tindik tuh. Wuwuwuuu~ 

Kejadian berlaku dekat Kip Mart Masai. Kat situ banyak kedai emas. Kedai pertama yang kiteorang pergi reject nak tindik Alees. Memula dia tanya, umur baby berapa. Sebab dia cakap 6 bulan keatas baru boleh tindik. Pastu kite cakap lah, Alees dah 6 bulan (Padahal kurang dalam seminggu aje nak 6bulan) Tapi dia tanak tindikkan. Dia cakap ruang kat telinga alees tu kecik dan terhad. Tak boleh nak tindik. K. 

Lepas tuh kite pergi kedai emas yang kedua. Kak Haz cakap, kalau doang tanak tindik jugak, pasrah aje lah. Tunggu lah telinga Alees membesar sikit.  Huhuuu. Sep baik doang ok. Doang cakap RM20 sekali tindik + earring. So, setujuuu.

So, Kak Haz tolong pegang Alees sebab kite takut Alees meronta. Husband kite dan husband Kak Haz pulak duduk jauh sikit dari kiteorang sebab kite tau husband kite ngeri sikit. Thats why dia asyik delay masa je bila kite cakap nak tindik Alees. Masa spray ubat bius, muka Alees dah lain. Kan spray tu sejuk. Tak lama tuh.... Huwaaaaaaaaaa dia jerit kuat. Sebelum tuh, pompuan kat kedai emas tu dah tanda kawasan telinga yang nak di tindik tuh. 

Lepas spray bius, terus doang ready nak tindik. Ada dua orang yang nak tindikkan. Doang tindik serentak. Kalau tindik satu satu telinga, kompem tak lepas sebab Alees dah jerit jerit nanges.  Setel je tindik, husband terus dukung Alees pastu terus diam. Nangis kejap aje. Mungkin dia terkejut sebab spray bius tu sejuk dan terkejut lah kena tembak kat telinga. Haha. 

Ada jugak anak kawan kite yang masa Mak Bidan sunatkan, dia tindik sekali. Masa tuh dalam hari. Macam Alees, dia sunat dekat Klinik Swasta. So, tak tau lah doktor tuh boleh tindikkan ke tak. Mak Bidan yang urut kite pulak takde pun offer pasal tindik telinga ni.

So sekarang, Aleesya Eryna dah big girl. Yeyyy!  Dah boleh melawa. Dah takde orang nak cakap dia macam baby boy lagik. Kalau ada jugak, memang orang tuh nak kena debik dengan Mami. Desyummmm!!!

*muahh*