.mami dah kemaruk!!

Salam

Kite post entry ni guna henpon. Kompem senget benget entry ni. Hahaa. Dulik ah! :-P

Sebenarnya tak sabar nak raya tahun ni. Tahun lepas, first time beraya dengan suami. Masa tu Aleesya Eryna dah ada dalam perut tapi tak nampak sangat sebab perut iols kecik. Huhuu.

Tahun ni pulak, Aleesya Eryna dah ada depan mata. Haruslah kite excited belikan macam macam untuk dia. Dari online shopping sampai lah offline shopping.

Kalau baju mami ada warna pink, anak pun kena ada. Kalau merah, anak pun mesti ada merah. Hihii. Dah ready 3 gaun, skirt ada 4 tak silap. Kasut ada 3. Short pant ada selai. Tu belum headband lagik.

Yang si abahnya pulak dah geleng kepala tengok mami. Hari hari ada je parcel poslaju sampai kat ghumah. Hihii. First raya mesti lah excited!!

Segala galanya untuk anak. Tak nak lah orang cakap, makbapak melawo, anak pulak selekeh. (-,-")

Tak sabar rasanya nak tengok Aleesya jalan kedek kedek. Skang dia dah pandai meniarap dan mengesot sikit sikit. Rambut pun dah tumbuh walaupun nipis nipis je.

Tu sebab mami belikan topi siap dah ada rambut. Hihii. Uols asyik cakap dia botak je. Sekali dah ada rambut nampak gegirl sangat. Sampai abah dia cakap mami dah kemaruk! Hahaa. Dah tak sabar nak tengok anak ada rambut. Hehee.

Ok. Nanti kite tulis lagik. Selamat berpuasa dan selamat berbukaaaa ;-)