.cara call Mekah & Madinah dari Malaysia

Salam.

Hai korang. Lama tak update belog. Busy kekononnya. Pakej sekali dengan demam. Phew. Ok. Entry kali ni kite nak share cara cara nak call orang yang tersayang di Mekah atau Madinah dari Malaysia.

Alhamdulillah, dua minggu lepas Mama & Abah kite dah selamat menunaikan ibadah umrah. Gerak dari KLIA 26 May, touch down Malaysia semula 8 June. I iz jelly sebab tak dapat ikut. Tabung ayam tak penuh lagik. InsyaAllah, bila dah penuh nanti iols nak ikut jugak.

Sebelum berlepassss...


 ^________^

Mama Abah sampai je Madinah, terus call kiteorang dekat rumah ni. Abah ada beli simcard dari sana. Lepas tuh kite yang kat Malaysia ni pun feeling feeling nak call oversea gak. :-P So, kite beli lah no pin I-Talk. Kite beli RM10 je. Guna Maybank2u. Beli RM10 dapat cakap 8 minit aje. (T___T) Ok lettew. Dapat la tanya khabar. Doang pergi sana nak buat Ibadah, bukannya nak gayut tepon. Hihihi. 

Cara cara dia senang je. Memula sekali, register no I-Talk ni dekat henpon korang. Yang bestnya, dia takkan tolak kredit korang walaupun 1 sen. Dont worry.

1) Dial 1 800 87 3535. Ikut arahan utk masukkan no pin. Yang ni nak register. Buat sekali jer. 
2) Pastu bila nak buat call, jangan terus dial num arab tuh, sebab nanti dia akan pergi call area Kelantan. Kite dah pernah kena dulu. (-.-") Kena masukkan code antarabangsa dulu tau. 
3) Contohnya, no arab tu +966565844680 (+966 tu adalah code antarabangsan dia. Nombor selebihnya adalah nombor orang tu la kan)
4) So bila operator suruh masukkan nombor penerima, korang kena dial 00966565844680, + tuh digantikan dengan 00. 
5) Lepas dial, operator akan sambungkan talian dan dia akan cakap berapa minit korang boleh bercakap. Kalau korang cakap lebih dari minit yang diberi, automatik panggilan akan terputus.
6) So, kalau kredit I-Talk dah habis, boleh topup balik. Beli lagi no pin I-Talk dan reload je. Cara reload, call jer 1 800 87 3535, dan ikut arahan. 

Senang aje kan? ;-) Sepanjang Mama Abah dekat Mekah & Madinah, hari hari contact. Kalau tak call, Mama Abah akan whatsapp. Skang kan zaman moden. Hihihi. Mesti ada wifi dekat hotel. Tak payah susah susah aktifkan roaming. Mahal tuh dah confirm. Ok? 

Ok, selamat mencuba! :-)