Projek Mini Watercooler Masjid - Menderma Sambil Beramal ^^

Salam.

Hai korang. Selamat berpuasa. Hihi. Dah 2 hari kan. Alhamdulillah kite berjaya sempurnakan puasa semalam walaupun rasa macam nak duduk aje dalam peti ais (-.-") Maklumlah, bila fully bf mommy ni, memang kena banyak tenaga. Alangkan time bulan tak puasa pun, baby baru minum, mami dia dah menggelupur lapar. Haha.

Ohh yer. Blog pun lama tak update. Busy mommy ler katakan. Kah!

Ok. Hari ni kite nak share something yang best! Semalam, ada seorang kawan kite mintak tolong war warkan benda best ni. Memandangkan sekarang ni bulan puasa, jom lah sesama kite tambahkan pahala puasa.

*****************

Assalamualaikum wbt & Salam ukhwah.. 

| Update Projek Mini Watercooler Masjid | 

Alhamdulillah, sehingga hari ini, 29 Jun 2014 (1 Ramadan 1435H), jumlah kutipan dana/sumbangan adalah sebanyak RM 2245. Target kutipan sebenar adalah sebanyak RM 3300, di mana kita masih lagi kekurangan dana iaitu sebanyak RM 1055.

Walau bagaimanapun, watercooler pertama sudah berjaya di beli (di uruskan oleh pihak masjid) dan telah dipasang seperti di dalam gambar. Alhamdulillah. ^__^

Atas permintaan beberapa pihak, tarikh sumbangan/kutipan dana akan dilanjutkan sehingga 18 Julai 2014 (Jumaat)/ 20 Ramadhan 1435H. Bagi yang berkeinginan untuk menyumbang/ berkongsi pencen akhirat bersama-sama, masih boleh berbuat demikian sebelum atau pada tarikh tersebut. 

Afiqah Suhaimi 
Maybank : 1540 2656 0139 
Email : fiqah_greenlife2020@yahoo.com 

Illani Razak 
 Maybank : 1520 2338 1424 
Email : illani_razak@yahoo.com 

Jazakumullah khair (may Allah reward you with kindness)

Assalamualaikum. p/s: maintenance akan di jaga oleh pihak masjid & saya sendiri akan follow up dari semasa ke semasa. In shaa Allah.

*****************

InsyaAllah, selagi watercooler ni berkhidmat kepada umat islam dekat masjid tuh, pahala kite akan berpanjangan. InsyaAllah. Aminn. :')

Seringgit pun ok. Sepuluh ringgit apatah lagik. Takkan bankrap kalau derma sedikit. Malah, Allah SWT akan bagi lagik kite rezeki. Mungkin bukan dari segi duit terpijak, tapi mana lah tau tetiba masuk dalam akaun bank kerrr... Hihihi. Joke**

Ok Bai korang. Jangan puasa yang yokkkkk tauuuu. **pesanan kat diri sendiri jugak. Blerghhhhhh. (>__<)

MISSION COMPLETED!! 
TERIMA KASIH KERANA MENDERMA.
SEMOGA ALLAH SWT AKAN MEMBALASNYA. 
AMINN.

.cara call Mekah & Madinah dari Malaysia

Salam.

Hai korang. Lama tak update belog. Busy kekononnya. Pakej sekali dengan demam. Phew. Ok. Entry kali ni kite nak share cara cara nak call orang yang tersayang di Mekah atau Madinah dari Malaysia.

Alhamdulillah, dua minggu lepas Mama & Abah kite dah selamat menunaikan ibadah umrah. Gerak dari KLIA 26 May, touch down Malaysia semula 8 June. I iz jelly sebab tak dapat ikut. Tabung ayam tak penuh lagik. InsyaAllah, bila dah penuh nanti iols nak ikut jugak.

Sebelum berlepassss...


 ^________^

Mama Abah sampai je Madinah, terus call kiteorang dekat rumah ni. Abah ada beli simcard dari sana. Lepas tuh kite yang kat Malaysia ni pun feeling feeling nak call oversea gak. :-P So, kite beli lah no pin I-Talk. Kite beli RM10 je. Guna Maybank2u. Beli RM10 dapat cakap 8 minit aje. (T___T) Ok lettew. Dapat la tanya khabar. Doang pergi sana nak buat Ibadah, bukannya nak gayut tepon. Hihihi. 

Cara cara dia senang je. Memula sekali, register no I-Talk ni dekat henpon korang. Yang bestnya, dia takkan tolak kredit korang walaupun 1 sen. Dont worry.

1) Dial 1 800 87 3535. Ikut arahan utk masukkan no pin. Yang ni nak register. Buat sekali jer. 
2) Pastu bila nak buat call, jangan terus dial num arab tuh, sebab nanti dia akan pergi call area Kelantan. Kite dah pernah kena dulu. (-.-") Kena masukkan code antarabangsa dulu tau. 
3) Contohnya, no arab tu +966565844680 (+966 tu adalah code antarabangsan dia. Nombor selebihnya adalah nombor orang tu la kan)
4) So bila operator suruh masukkan nombor penerima, korang kena dial 00966565844680, + tuh digantikan dengan 00. 
5) Lepas dial, operator akan sambungkan talian dan dia akan cakap berapa minit korang boleh bercakap. Kalau korang cakap lebih dari minit yang diberi, automatik panggilan akan terputus.
6) So, kalau kredit I-Talk dah habis, boleh topup balik. Beli lagi no pin I-Talk dan reload je. Cara reload, call jer 1 800 87 3535, dan ikut arahan. 

Senang aje kan? ;-) Sepanjang Mama Abah dekat Mekah & Madinah, hari hari contact. Kalau tak call, Mama Abah akan whatsapp. Skang kan zaman moden. Hihihi. Mesti ada wifi dekat hotel. Tak payah susah susah aktifkan roaming. Mahal tuh dah confirm. Ok? 

Ok, selamat mencuba! :-)

.dodoi anakku sayang [part 1]

Salam.

Sejak jadik mak mak ni, kemain banyak lagu yang kite nyanyikan untuk Aleesya Eryna kesayangan. Huhiii. Ntah apape lagu, bantai aje. Janji anak suka, senyum, sengih sengih. Mesti dalam otak dia cakap, Bising aje lah mami ni. Dah lah suara tak sedap. HAHA.

Dulu, masa tengah pregnant, husband ada nyanyi satu lagu untuk baby dalam perut. Kehkeh. Lagu tuh Mak dia nyanyikan untuk dia masa kecik kecik. Alaa takkan kite nak nyanyi pastu post video kat sini HAHA. Kite tulis lirik aje ek.

Tidur adik mak tidur.
Hari sudah malam. 
Burung sudah pulang. 
Abah halau ayam.

Jangan tanya kite kenapa lirik dia macam tu. Hihihi. Sampai sekarang, time nak tidurkan dia, mesti nyanyi lagu ni. Lepas dia tidur, kite bacakan doa tidur dan ayat kursi. Dan kroh kroh kroh, dia tidur nyenyak sampai pagi.

Pagi pagi lagik dah buat mami cair. :')

Cuma kadang kadang dia bangun awal nak susu pastu tidur balik. Ni ikut peel abah dia ni. Kuat tidur. Haha. (-_____-") Tapi bila anak tidur balik, haruslah mak pun tidur balik jugak. Kihkih.

Okbai. Nak lipat bajuuuuuuuuuu yang banyak walaupun anak tengah tidur, tapi banyak kerja nak buat dalam waiting list. Wuwuuu~~