.majlis aqiqah kesayangan kami ^_^

Salam.

Dua minggu lepas, kite buat majlis aqiqah untuk anak kite, Aleesya Eryna binti Mohammad Noor Irfan. Amboi. Kemain lagik nama bapak lagik panjang dari anak. Hihihi. Dan alhamdulillah, majlis berjalan lancar.

Kenduri buat kecik kecik aje. Sembelih seekor kamben. Tapi makan sedap sangat sangat sangat. Credit to Mak Li yang masak Nasik Arab yang super sedap dan pada kawan Abah, Wak Rahim yang masak lauk kamben, ayam, dan lain lain. Haish. Tak cukup rasanya. Macam nak makan lagik bila ingat makanan hari tuh. 

Masa majlis tuh, tak potong pun jambul Aleesya. Sebab Aleesya mana ada jambul. Keluar dari perut Mommy dia terus dah gondol hihihi. Tapi insyaAllah husband akan cukur jugak. Nak cukur sekarang macam tak berani lagik. 

Aleesya Eryna ni memang muka ketat manjang.
Tapi kalau senyum, boleh kena kencing manis !

Memula tuh, Aleesya pakai gaun warna putih. legging pink and headband pink. Maybe dia rimas, dengan ramai orang. Pastu dia nanges sekuat hati. Tak penah penah nanges camtu. Puas pujuk, bagi susu, duduk dalam bilik, bukak ekon semua takut dia panas. Last last tukar baju, baru diam. (-.-") Pakaikan dia baju biasa je. Huu.

Aleesya with my MIL.
"Kite tak suka pakai gaunnnnnnn!!!!" 
HAHAHA.

With Mama tersayang.
Orang kuat. 
You're my everything.

Abah kite kat mana ntah masa ni.
Busyyyy sangat sangat uruskan majlis untuk cucu tersayang. :')

With my kesayangan. 
Since study sampai lah dah jadik mak orang
Thanks datang jejauh.

Doang pun sama. 
Sanggup datang dari KL.
Memang tetamu yang tak pernah missed.
Time tunang, kawen sampai lah time ada anak!
Sayang korang ketat ketat !

Yang bagi bunga telur tuh ahkak kite.

Muah muah muah.

Cik mek molek Faqehah main dengan Aleesya.
(My Niece)

Dia memang pesen bergambar suka letak tangan kat pipi.

Comey lettew :-P

Family potrait.

Mami & Abah love you so much.
^__^

Semoga menjadi anak yang baik dan cerdik yer.
InsyaAllah 2 hari lagik cukup 3 bulan.
:')