.yahoo! shaye sudah besarrrr...


Salam.

Sejak sejak ada anak ni, jarang nak tulis belog pasal diri sendirik. Memanjang pasal anak. Dekat FB pun sama. Dah jadik faveret topic dah sekarang. Ngeeee. Tengok kawan kawan yang sebaya pun sama. Semua sibuk dok cerita tentang anak masing masing. Cepatnya masa berlalu~~

Oh yer. Tadi kite pergi klinik, Aleesya check up 2 bulan. Alhamdulillah. Berat dia dah naik sikit dari 3.96kg bulan lepas, sekarang 4.85kg. Kite pulak turun berat walaupun sikit. Kehkeh. Dari 42kg ke 41.9kg. Yahooo~ Dah mula rasa seronok sebab seluar jeans dah muat pakai! Hihi. Tadi masa pergi check up pun iolss dah pakai jeans uolss. Hihi. Best bila fully breastfeed ni. Makan banyak pun tetap kurus. ^__^

Actually, memang lah gumbira sebab dah turun berat badan dan hampir kembali ke berat asal TAPI MAKIN TAK KUAT pulak nak dukung anak sendirik. (T___T) Haish. Hari hari kena training. Nak tak nak kena jugak kuatkan diri. Jangan ingat mami badan kecik tak kuat dukung anak okeyh! :-P

Tadi Aleesya kena inject 2bulan. Macam biasa, mami takut nak pegang. Takut terlepas dari tangan. Husband kite yang pegang. Masa nurse inject tu, kite tengok muka Aleesya relaks je. Pastu tetiba huwaaaaaaaaaa menangis kuat. Pastu dia senyap, pastu menguap. (-.-) Pastu husband kite terus pujuk pujuk dia dan dia tak nangis dah. Kejap sangat nangis. Pastu setel amek ubat semua, terus balik. Dalam kereta, dia diam jer, tidur. Bila dia tak mengaruk, kiteorang amek kesempatan pergi beli nasi bungkus dan isi minyak kereta pastu baru balik rumah. Hihi.

Muka budak 2 bulan Hihi.

<3 <3 <3

To my dear Aleesya Eryna binti Mohammad Noor Irfan,
Walaupun mami nampak macam kakak kakak..
Walaupun mami nampak macam tak serius..
Walaupun mami nampak macam garang kadang kadang..
Walaupun mami nampak macam kasar..
Tapi mami sayang kamu sangat sangat..  Sayang sangat...:')

Nanti dah besar, bukak belog mami ek. Klik tab My Lil' Baby. Pastu baca lah apa mami nko merepek dalam belog ni dari zaman bercinta dengan abah kamu, zaman bertunang, zaman kahwin dan zaman saat saat nak melahirkan kamu. ^___^ Baca tau. Tak baca nanti mami tumbuk kang. :-P