.stroller, carrier dan carseat pilihan yeeeeehaaaa~

Salam.

Time kite pregnant dulu, kite tersangatlah rajin dok survey itu ini. Kira budget ikut kemampuan untuk beli barang baby.

..........

Baru taip 2 ayat, anak dah bangun merengek. Huehue. Inilah kehidupan seorang mak. MAK MAK SANGAT! Kehkeh. :-P

Ok sambung cerita sebab anak dah tidur. ^_^

Hari hari kite survey barang baby, isi masa lapang. So, time nak beli nanti, takde lah nak kelam kabut sangat. Bila dah survey, dah tau mana yang elok. Masa dalam seminggu pantang hari tuh, husband pun dah start kerja semula. Dia kan kerja dekat Melaka, so dia lajakkan diri ke Bandar Melaka lepas dia setel kerja dan maka dengan itu, dia terlajak sampai ke Jusco. (-.-) Pergi Jusco sorang sorang tanpa bini yang suke shopping ittew. Zzzzzz.

Niat dia ke sana adalah untuk belikan anak kesayangan STROLLER. Kebetulan, masa tu ada sale. Sebelum ni, memang kiteorang ada bincang nak beli stroller yang ikut kemampuan kiteorang dan yang paling penting sekali, dapat sumbat dalam kereta kebal kami. (Myvi) 

Menerut cerita dia (dia cerita semula bila dia dah balik rumah), stroller jenama Sweet Cherry memang sangat murah dekat Jusco. Bila dah nampak stroller yang dia berkenan, dia call kite untuk confirmation sebelum beli tapi malangnya call kite, kite tak angkat pulak. Sejak sejak ada anak ni, handphone memang agak bersepah sikit (-_-) So, bila call kite tak angkat, dia main beli aje pastu warna stroller pun ikut dia punya suka. Huhuu.

Ok. Stroller pilihan adalah... *drum roll*

Sweet Cherry SCR 8

Harga sebenar RM549. Dan alhamdulillah, selepas less, dapat RM379. Jimat berganda ganda. Stroller ni boleh guna dari newborn sampai ke umur 4 tahun. Ada 2 warna, grey dan hijau. Husband pilih hijau. Stroller ni boleh pandang depan jer, tak boleh pandang ke belakang. Tu je lah yang tak bestnya. Yang lelain semua ok. Yang paling best, boleh muat masuk MYVI! Hureyyy~ Takde terjulur julur. Nak letak beg lain dalam bonet pun boleh muat lagik. Tak macam sesetengah stroller tuh. Bila dah letak dalam bonet Myvi, barang lain dah tak boleh sumbat. (-.-)

Macam kecik sangat aje Aleesya dalam stroller ni. 
Hihihi.

Masa dekat Jusco tuh (sambung balik cerita), husband kite ada beli baby carrier sekali. Alaaa carrier yang gantung dekat badan tuh. Beli jenama Sweet Cherry jugak. Harga dalam RM70 kalau tak silap. Lupa pulak. Tapi husband kite lah yang pakai carrier tuh time jenjalan. Kite tak kuat. Nak bawak diri sendirik pun tak larat Huhuu.

 
Sempat selfie dalam kereta walaupun carrier 
masih tergantung kat badan husband.
Hihihi.


Ada 4 cara pemakaian carrier ni.

Ok. Nak cerita pasal carseat pulak. Since baby kite still kecik lagik, memang lah dia tak pandai nak duduk lagik. Kebetulan, Mama kite ada belikan infant carseat jenama Anakku time birthday kite bulan Disember lepas. Memang sangat sangat berguna carseat ni. Kite letak carseat ni dekat seat belakang kereta. Dan kite duduk sebelah dia. Seat sebelah driver boleh letak beg baby, etc.

Harga RM200 lebih jer kalau tak silap.

Bila letak baby dalam infant carseat ni, dia memang selesa jer. Terus tidur. Kite pun tak letih nak dukung dia sepanjang masa. Kite pakaikan blanket pastu nyenyak jer dia tidur. Plus agak merbahaya kalau dukung dia time kereta tengah bergerak. Letak dalam carseat lebih selamat. ;-) 

Sweet dream sayang.

Ok. Tu jer kite nak share tentang stroller, carrier dan carseat untuk baby kami memandangkan kami adalah ibubapa-budget-kecik-tapi nak yang thorrrrbaekkk untuk anak. :') 

Sehingga berjumpa lagik. Tataaaaaaaaaa~~