.pengalaman menjadi mommy ^_^

Salam.

Phew. Genap 35 hari menjadi mami. Lagik 7 hari habis pantang. Yahuu~ Mama cakap, pantang 42 hari. Rasa macam lameeeeee sangat nak habis pantang ni. Dah tak sabar nak jenjalan. Perasaan menjadik seorang Mami? Huh. Macam macam ! Meh nak cerita... 

Budak manja.
<3

Seminggu terawal.
Malam malam bersengkang mata. Dah lah masa tuh baru jer balik dari hospital. Luka bawah kompem2 tak elok lagik. Nak jalan pun kepit kepit. HAHA. Pastu pakai kain batik pun tak reti. Jap jap nak terburai. -_- Pastu nak mandikan baby tak reti. Hari hari Mama yang mandikan. Nak susukan baby pun kekok lagik. Baby pun kekok jugak nengok Mami dia cenggini. HAHA. Tapi alhamdulillah, lama lama dah ok. 

2 minggu selepas.
Peh. Kemain eksen. Luka macam dah baik. Dah mula pakai seluar. Dah boleh jalan laju laju. Stokin malas nak pakai. Bengkung pun kadang kadang aje pakai. Badan dah rasa sihat sikit. Dah urut. TAPI tetiba kite demam. Memula ingat bentan, tapi bila nurse datang rumah, check, dia cakap kite bengkak susu. Walaupun baby kuat menyusu, tapi susu still banyak. Solution nya, kena pam! Kena kerap pam supaya susu tak menjadik keju -_- HAHA. Sehari je demam. Lepas pam, ok balik. Zzzzzz. 

Pastu dua tiga hari kemudian, demam balik semula. SEBAB? Bengkak susu lagik. Tuh lah, malas pam. Ok. Start dari hari tuh, hari hari pam. 2 jam sekali pam. Alhamdulillah, rezeki anak. Susu mencurah curah ke ladang gandum -_- Mami pun dah tak demam dah. Kalau tak, hasben cakap dia yang nak meroyan. HAHA. Sebabnya, kiri Mami nanges, kanan pulak baby nanges. Mana satu dia nak pujuk ntah pun dia tak tau. Haha. Nasip lah anak beranak kuat nanges. Hihi. :-P

3 minggu selepas.
Yey! Luka dah baik. Makan pun tak pantang sangat. Err..Apa yang Mama masak, Mama beli, ai bedal je. Tak bedal, lapar. Baby pun ok. Tak de lah cirit. Sebab kite makan tak pedas sangat walaupun makan asam pedas. KFC, McD, Pizza, Kek, pun kite dah selamat telan. Muehehe. Masa dekat hospital, hari pertama lepas bersalin pun doang dah bagi makan asam pedas. Ape ada hal. Kang dah tua sakit kang, sendirik mau ingat lah. Hehehe. Cuma kite pantang minum air sejuk lah. Kang minum air sejuk, satu badan sejuk. Oh yer. Kite dah buat kajian. Cewah. Bila kite minum air oksigen jer, susu terus macam banyak gila. Baru lepas pam, nak pam lagik. Hmm. Boleh jadik testimonial kepada bisnes suami ni. ^_^

4 minggu selepas. 
Yey! Anak shaye dah cukup sebulan. Puas mami pikir nak belikan hadiah ape. Pastu hasben kite cakap kite ngengade sebab budak tuh baru sebulan. Bukannya setahun. -_- Ala.. biar lah orang nak over pon! Kihkih. Tapi tak belikan pape pun. Cis. Tak pe, nanti mami belikan baju gaun baru yer. Kan kite nak jenjalan lepas habis pantang nanti. Hureyyy! *lompat bintang*

Semalam dah check up dekat klinik. First check up. Berat Aleesya time lahir 2.95kg. Sekarang dah 3.96kg. Berat Mami before pregnant 40kg. Before deliver 53kg. Sekarang dah turun kepada 42kg!! Doktor cakap, kalau fully breastfeeding, memang cepat turun. Hihi. Tak lama lagik dah boleh pakai jeans size 25 balik. Yeyyy! :'D

TERIMA KASIH.
- Tenkiu so much pada Mama yang jaga kite time pantang. Masakkan kite sedap sedap.
- Tenkiu so much pada Abah yang belikan makanan macam macam. Anak manja kamu ni memang ngengade.
- Tenkiu so much pada Chacha sebab jadik "pembantu" Angah. Kejap kejap, Chacha..tolong amekkan itu.. Amekkan ini. Kihkih.
- Tenkiu so much pada Along yang bagi macam macam tips. Menjawap segala soalan kurang bijak dari adikmu ini.
- Tenkiu so much pada Adik dan Yeop yang BAKAL shoot pic #babyAE :-P Cepat lah balik! Boring lah korang tak de. :'(
- Tenkiu so much dear family in law and friends yang datang melawat kami di rumah, bagi duit, bagi hadiah, bagi baju baby cantik cantik. Tenkiuuuu so much!!! 

And for sure tenkiu so much pada beloved hasben yang sesama bersengkang mata memalam buta jaga baby. Masa seminggu awal, hasben memang banyak membantu. Malam malam bangun tolong tukar kan Aleesya punya pampers. Kite tak boleh nak renyah sangat sebab luka still belum baik masa tuh. Lepas tuh, nipple crack pulak sebab baby tak pandai lagik menyusu. So, bila dah luka, terpaksa pam jer. Pastu bagi breastmilk guna botol. Memang masa awal awal tuh banyak simpan EBM jer pastu hasben panaskan dan bagi kat baby. Kite boleh lah tido! Yahooo~ Tak payah bangun malam. Kihkih.

Tapi sekarang memang direct feeding. Sangat sangat jarang bagi botol. Sebab tak nak biasakan sangat. Lagipun baby kecit sangat lagik. Biar lah dia manja manja dengan mami dulu. Ye dak? So, sekarang mami yang bersengkang mata malam malam susukan baby, tukar pampers. Abah dia tak bangun. Cis. Alasannya, esok pagi Abah kerja. K fineeee. Fineeee! (T___T)

Tapi yang bestnya, baby manja dengan Abah dia. Nak tidur, kena Abah dia dodoikan dulu. Kadang kadang selawat, kadang kadang lagu Hanya Aku - HyperAct. Kadang kadang lagu dangdut. Kadang kadang lagu rock. Sabar aje lah baby ehh. -_- Tapi memang dia nak tidur Abah dia dodoikan. Mami pegang jer melalak! Nak dengan Mami time nak susu aje. Nampak sangat....... (T___T)

Nasip baik Mami ada susu. Kalau Abah yang ada susu, pandang Mami sebelah mata pun tanak agaknya! HAHA. Tapi baby ngengade time Abah dia ada dekat rumah jer. Kalau Abah kerja, ok jer Mami tidur kan dia. Mengada ngada perangai mengalahkan Mami dia. :-P

Awal awal tuh, memang Mama kite jer yang mandikan baby. Kite tak berani sebab takut jatuh. Dengan baby pun lembik lagik badan dia. Setakat tukarkan pampers tuh berani lah. Tapi nak tunggu Mama mandikan, kena petang, kena tunggu Mama balik kerja. Kesian pulak budak kecit ni. So, hasben pun memberanikan diri mandikan baby. Mami dia ni penakut lagik. (-.-) So hari hari memang hasben mandikan baby. *proud* Pandai dia. Suka tengok the way he treat his lil daughter. Nampak sangat sifat penyayang dalam diri seorang rockers. Kadang kadang tuh, bila macam ada selisih faham sikit, bila anak ada, terus tak jadik nak ngamuk. Kehkeh. The power of baby. :') Aleesya pun manjaaaaaaaa sangat dengan Abah dia. Abah dia suka agah agah dia. Borak borak dengan dia. Sangat best bila tengok walaupun kadang kadang jeles nengok doang mesra sangat sampai abaikan Mami. Cis! -_-

Macam tak percaya pulak dah ada anak sendirik. Kuikui. Tapi apa-apa pun, i love my family, my husband and my baby. Rasa hidup ni dah perfect sangat. Alhamdulillah. Syukur.. :')

Okbaii! Kite nak start edit blog customer. Banyakkkk dah senarai yang queue. Sementara baby tidur, baik Mami bekerja keras! Ok tata uolss. Muah muah! ;-)