.Permohonan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M 3.0)

Salam.


Berita baik untuk semua rakyat Malaysia. Cewah. Tak kira lah anda pembangkang atau penyokong kerajaan, mari lah kita sama sama isi borang permohonan BR1M ni hari ini! Dah boleh start mendaftar hari ini, 23 Disember 2013. Online saje yerr... . ;)

Macam tahun lepas, kite tak dapat isi sebab still dalam golongan student. Dapat baucer buku saje. (-.-") Habiskan baucer buku dekat Popular pastu beli cekelet cekelet yang ada dekat kaunter bayar kedai buku Popular tuh aje. HAHA

Alhamdulillah, tahun ni dapat RM650 sebab dah kahwin! Hureyyyy~ Kalau dulu, yang dah kahwin dpaat RM500 je. Ada pertambahan RM150. Ok lah tuh kan? Yang bujang dulu dapat RM250 sekarang dapat RM300. Hihihi. 

Bujang = RM300
Berkahwin dan pendapatan keluarga RM 3000 kebawah = RM650 + caruman i-BR1M RM50 = RM700
Berkahwin dan pendapatan keluarga antara RM3000 - RM4000 = RM450 + caruman i-BR1M RM50 = RM500

Ok! Caruman i-BR1M tu adalah Insuran Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia. Sumber SINI.

Ni syarat2 memohon...

• Syarat kelayakan permohonan BR1M 2014:
(i) Warganegara Malaysia
(ii) Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada isi rumah / ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah
(iii) Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah 
(iv) Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah
• Sila kemukakan salinan:
(i) MyKad bagi pemohon; dan
(ii) MyKad/MyPR/Pasport bagi suami / isteri (jika berkenaan)

• Semakan kelayakan dengan agensi / sumber lain adalah tertakluk pada ketetapan Kementerian Kewangan Malaysia.
• Penerima Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) tidak layak memohon BR1M 2014

Bagi sesiapa yang belum mendaftar,
boleh daftar dekat link bawah ni/




Selamat memohon ! ^_^