.moses basket VS baby carrier

Salam.


Yuhuuuuuuuu. Nak cerita ni. Hihiii. Hari tuh kan kite beria-ia nak beli MOSES BASKET kan kan? Err..sesiapa yang tak tau moses basket tuh apa, boleh refer ENTRY INI.

Kite nakkkkkkkkkkk sangat bakul tuh. Dah lah comel, kiut miut pulak tuh. Harga dia pun kiut. (-.-) Lagi lagi yang rotan betul. Bakul saje dah 2-3 ratus. Tu belum perkakas kat dalam. Phew.

Ok. Baru baru ni kan birthday kite yang ke sweet-7-teen tuh kan. Hihii. Mama kite dah janji nak belikan moses basket tuh. Tapi masalahnya tak tau nak beli kat mana. Mama cakap nak bagi duit, pastu kite boleh beli online. Tapi macam risau pulak beli online barang mahal mahal. Takut tak elok. 

Sebelum tuh, dah bincang dengan Ipang, nak beli moses basket ke atau baby carrier? Dia harus lah vote for baby bouncer. Dia cakap, takkan lah rockers macam dia nak bawak bakul baby. Cam comel jer. Cam cantik je. Kuang asam betul. !@#$%^&* Dia cakap, takkan kite nak bawak pulak. Bakul kosong nak angkat pun tak larat, lagik lah bakul isi baby. Huhuu.

Lepas tuh, moses basket ni bukannya boleh pakai lama! Time newborn je boleh pakai. Nanti baby dah tembam, bulat dan sihat bagaikan juara, kompem dah tak muat! Pastu akhirnya bakul ini ke stor juga. Huhuu. Ok. Tak jadik beli. *sob sob sob*

Last last, masa hari kejadian birthday kite, Mama ajak pergi butik Anakku. Mama memang ade card dekat butik ni sebab masa Chacha kecik kecik dulu, selalu shopping kat sini. Pastu pilih pilih, kiteorang pun decide beli yang ini.....

Baby Carrier/Infant CarSeat

THANK YOU MAMA.
Alhamdulillah, rezeki baby. 
Birthday mommy, baby yang dapat hadiah. 
(-.-")

Harga dia RM299. Dapat diskaun RM269. Ok lah kan. Nak compared with moses basket, yang ni lebih berbaloi. Boleh buat car seat sekali. Boleh buat bouncer. Dah tak payah nak beli bouncer lain. Lepas tuh, boleh tenggekkan dekat atas stroller. Actually, baby carrier ni memang didatangkan khas dengan stroller sekali. Tapi masa beli ni, stroller dia out of stock. Stroller sahaja dalam RM400 lebih. Affordable. InsyaAllah, ada stok nanti dan ada duit lebih, memang nak beli set dia sekali ^^

Cantik kan?

Ni carrier jenama Mamalove. Under Anakku jugak. Masa kite beli carrier Anakku tuh, consider yang ni jugak sebab yang ni lebih murah. After less dalam RM199 camtuh. Tapi bila pegang, yang ni lebih berat. Walaupun pada kite, warna dia lebih menawan dan attractive! Huhii. Tapi berat! Kang dah letak baby, nak angkut dah tak kuat. Zzzzzzz.

Alaaa tak jumpa lah pulak stroller + baby carrier anakku yang set dekat google. Puas carik. Tapi lebih kurang macam gini lah stroller yang siap carrier tuh...

Yang Anakku punya tuh lagik menawan hihihi

Ok. Tu jer nak share. Tunggu baby keluar dulu baru fikir pasal stroller. Hihihi. Kbai! Ehhh lupa nak cakap. Esok kite ada appointment dengan doktor orthopedic pasal kes kite yang kite cerita kat entry INI hari tuh. Wish me luck. Normal ker Czer? Wallahualam. Esok baru tau. :')