.happy birthday intan !

Salam. 


Hehe. Entry basi. Yek. Busuk. :-P Yeyyy! Hari ni dah genap 27 tahun 3 hari umur kite. Tapi terasa macam masih sweet 7teen gituh. Kihkih. Perasan betul. (-.-")

Macam biasa, family kite mesti akan celebrate punya birthday setiap orang yang ada dalam rumah ni. Tak kira lah dah tua ker, kecik lagik ke, kek wajib ada. Walaupun kecit. Dan walaupun tak makan sangat pon kek tuh sebenarnya. (-_-) Membazir sungguh. Bak kata Mama, buat syarat jek. 

Happy Birthday to Me!

Tahun ni, hadiah birthday pun berasaskan baby. Cuma ada handbag cekelet tu je bukan berasaskan baby. Hihii. Tapi tak kisah pon. Sekarang ni, kalau nak beli barang barang sendirik pun fikir banyak kali. Baik beli barang baby. Lagi ada pekdah. Huhiii. Thanks to Mama sebab belikan baby carrier dekat Anakku. Warna pink uolss.. Nanti nak beli stroller yang set dengan carrier tuh sekali. Mari menabung! Harap harap sebelum baby kuar, tabung dah boleh pecahkan. (-.-)

Ok! Sekarang dah cukup 34 minggu kite pregnant. Phew. Ada lagik 6 minggu sebelum due date. Tapi ada orang cakap, 36 minggu dah boleh bersalin. Baby dah matang, paru paru semua dah ok. Dah kuat. Kalau 36 minggu, maknanya hujung bulan ni. 24 Disember. Kalau ikut due date sebenar, 21 Januari. Huhuu. Kite tengok #babyAE nak keluar time bila ek. Hihii. 

Tak sabar sebenarnya WALAUPUN TAKUT GILE. (T___T) Ok. Semua barang baby dah sedia. Tinggal tunggu baby kuar. Doakan selamat yer. Tak sangka, umur 27, baru nak dapat seorang cahayamata. Ewah. Orang lain umur 27 dah 2-3 orang anak. Huhu. Tak pe lah. Rezeki masing masing.

Pssst. Nextyear punya birthday, nak request holiday lah dekat husband. Dah ada baby. Syok sikit nak jenjalan. Hihihii. Ok babaiiiiiiiiiii !

** Makin rajin pulak husband update belog skang walaupun cuma chord gitar lagu rock (-.-)
** Stok Al-Quran Pelangi dan barang barang baby dah update. Boleh tengok kat FB kite