.doakan yang baik baik saja ye :')

Salam.


Fikir banyak kali nak share cerita ni. Hmm share jer lah. Mana tau, ada yang sama kes dengan kite. :') Dan of cos cerita ni pasal my pregnancy.... Before tuh, nak cakap yang kite dah 35 weeks pregnant dan ada lebih kurang 5 weeks to go. InsyaAllah...

Isnin lepas, kite ada appointment dengan Jabatan Orthopedic, regarding kes kite yang kite cerita dekat ENTRY NI harituh. 

So dalam pukul 9 pagi tuh, kite dengan Ipang dah pergi Jabatan Orthopedic, Hospital Pakar Sultanah Fatimah atau Hospital Muar. Sampai sampai jer, pergi register dulu, tunjuk surat yang Klinik O & G bagi, then dapat no giliran dan mari lah start menunggu dalam kebosanan. Adalah dekat sejam lebih tunggu sebab ramaiiiiii sangat kat tempat ortho tuh. Dengan yang patah kaki, patah tangan, eksiden. Haish, macam macam kes la yang berkaitan dengan ortho.

Tunggu punya tunggu, giliran kite pong sampai. Macam biasa, Mama mesti ikut masuk bilik doktor untuk memudahkan kite nak explain masalah kite dekat doktor ittewwww. Huehue. Lepas explain masalah problem yang melanda, dan doktor himself suggest kite go for czer. Hmm~~ And I personally pon kalau disuruh buat keputusan tanpa nasihat doktor, will go for CZER.

Ramai tanya. 
TAK NAK CUBA UNTUK NORMAL DELIVERY KER? Nanti susah nak jaga masa pantang. Bla bla bla. Dan banyak lagik masalah yang mungkin akan timbul selepas Czer. :'(

Ok. Let me explain this. 

Kalau kite takde apape masalah, memang I'll go for normal delivery. Tapi kite memang tak boleh untuk bersalin normal. Kite kan ada masalah kaki yang tak kuat. Sejak lahir lagik. Dah pernah cerita dekat entry INI. Tapi tak pe lah. Cerita lagik. Masalah ni berpunca dari sistem saraf. Dari otak. Kaki kiri tak kuat. Anggota badan sebelah kiri kecik dan tak kuat sangat. Even kalau suruh kite genggam tangan korang kalau guna tangan kiri kite ni pun, korang takkan rasa sakit. Sebab memang lemah. :'( Kite bukannya eksiden ke apa. Memang problem ni dari kecik lagik, sejak lahir. Ada masalah dengan sistem sarah yang menyebabkan anggota badan kite lemah. BEnda ni melibatkan sistem saraf. Bukan dekat kaki je. Tapi seluruh badan. 

It's hard to explain.. Susah kalau tak de orang depan mata untuk menunjukkan kesakitan yang melanda. (T__T) Sebab benda ni, kite yang rasa. Nak jalan pun tak kuat. Hukhuk. Dan doktor dekat ortho tuh sendirik cakap, dia kata, ada risiko. Dan dia sendiri cakap, kalau dia, dia akan go for czer. Hospital yang kite refer ni adalah hospital kerajaan. Bukannya swasta. Kalau swasta, memang dia akan senang senang cakap suruh czer sebab nak kaut keuntungan. Kalau kerajaan, berapa sangat lah kena bayar... 

Orang boleh cakap, tapi mereka tak rasa. Memang boleh cuba untuk normal. Memang boleh cuba. TAPI RISIKO TINGGI dan siapa nak tanggung kalau cubaan itu gagal? And this is my very first pregnancy. Penat mengandung 9 bulan, kalau jadik apa-apa dekat baby kite macamaneeeeeeeeeeeeeeee???????? :'(

Even orang normal yang takde apa-apa sakit pun boleh gagal untuk bersalin normal, lagik lah orang yang ada masalah macam kite. Ada jugak 2-3 orang kawan yang try untuk normal delivery but end up with emergency czer. Kite tak nak lah macam tuh. Doktor Ortho cakap, zaman sekarang ni, kite diberi pilihan. Bukan doktor yang tentukan. So, kite pilih untuk ELECTIVE CZER dan bukannya emergency czer.

Malam tadik dah nanges, sampai mengigau-ngigau hasben kite cakap. Kite dok sebut sebut.. "Kite takot..kite takot.." time kite tidur tuh. Sebab sebelum tidur, dah bincang dengan hasben pasal hal ni. Dia cakap, pedulikan cakap orang lain. Kite takut nak bersalin. :'( Rasa macam diri ni dah tak kuat. Tangan dah start bengkak. Kaki pun sama. Mungkin sebab kaki nak tahan beban badan yang semakin membesar. Bayangkan dulu berat kite tak cecah pon 40 kg. Sekarang dah 50.2 kg. Could you imagine? Dah la kaki kite memang tak kuat, bila pregnant, memang lah bertambah tambah lemau. Nasib baik hasben kite setiap malam tolong urut kaki kite. Terima kasih hasben. Tak pernah nak merungut. I love you so much. Lillahi Taala. :')

Ok. InsyaAllah 27 Dec ni ada appointment dengan Klinik O&G. Nak bagi doang surat yang doc ortho tuh bagi untuk sokong pilihan kite untuk czer. InsyaAllah. Doc Ortho cakap, dia cuma boleh bagi advice, keputusan kite yang pilih. So, I'll choose for elective czer. Mama pun sokong. Husband pun sama. Thanks sebab faham keadaan kesihatan kite. :')

Kite tak tau bile kite akan bersalin sebab biasanya kalau czer, hospital akan bagi tarikh. Kalau dekat private, mungkin boleh pilih tarikh. Kalau government, dia tengok kekosongan. Kata doc ortho, biasanya 38weeks atau 39weeks which are 7 January or 14 January. (EDD 21 January)

Korang, doakan yang baik baik sahaja yer.. :')

35weeks.
And 5 weeks to go. 
InsyaAllah.