.nak beli moses basket !!!

Salam.


Apa benda moses basket neh? Huahuahua. Lately ni asyik dok google jer moses basket nih. Sebenarnya moses basket ni bukan lah satu keperluan sangat pun. Mak mak zaman dulu dulu tak de pong pakai moses basket bagai. Haha. :-D

Semalam ada sedara kite datang rumah. Dia baru je lepas pantang. Dapat baby boy. Dia datang dengan mak ayah suami & baby dia. Baby dia cute sangat letak dalam moses basket! Lagik lah bertambah tambah rasa nak beli moses basket neh. Bila tanya harga, dia cakap tak tau berapa. Mak dia yang belikan. Phew. Nak jugak~ Dia cakap, senang bila ada moses basket neh. Kalau pergi kedai makan ke, pergi mana mana, letak aje bakul ni atas meja. Hihihi. Selesa baby nak tidur. ^_^

Pastu Mama pun macam berkenan. Mama cakap, nanti Mama belikan. Untuk hadiah birthday kite tak lama lagik. Hureyy! ^_^ Since Mama nak belikan, boleh lah carik yang mahal dan cantik sket. :-P Kalau beli sendirik, kena budget harga. Huehue. Pastu husband pon cakap membazir. :'( Alaaa..kite nakkkkkk...

Moses Basket 


Comey kan.. ^_^

Bakul ni biasanya cuma baby yang newborn jer boleh masuk. Pastu bertahan sampai 4-5 bulan. Lepas tuh, kompem kaki terjulur. HAHA. Nampak tak pembaziran di situ? (-.-') Kite ada google, dan melalui pemerhatian kite, ada dalam 3 jenis moses basket yang kite jumpe. 1) Jenis rotan, 2) Jenis mengkuang, dan 3) Jenis yang kain. Kalau nak nengok dari segi ketahanan, rasanya yang jenis rotan lagik tahan lama. Boleh lah beli kalau bercadang nak 3-4 orang anak. Nanti anak anak seterusnya boleh pakai.

Harga pulak dalam RM200 keatas. Sebab rotan kan memang mahal. Kalau setakat mengkuang atau kain, dapat dalam RM140 hingga RM200. Sebenarnya kite lagik berkenan yang rotan. Huehue. Macam tahan lama jer. Tapi tengok lah. Mama nak belikan yang mana satu. Ai redha jer. Tapi yang penting, mesti pink!

Ada jugak moses basket yang jenis berkaki. So, boleh letak dalam bilik. Tapi kite dah ada baby cot. So, tak yang kot beli yang jenis ada stand dia. Macam lagik mahal jer. Tapi macam cantik aje. Haish. Geram~ (>_<)

Ingat nak beli online aje tapi takut tak elok pulak sebab tak dapat pegang dan tengok sendirik. Nanti nak ajak Mama pergi kedai baby lah! Ok baiiiii. Nanti cerita lagik. ;-)

#31 weeks and 6 days
#8weeks to go !!!