.kos bersalin di hospital kerajaan

Salam.


Isk. Puas kite dok faham-kan artikel yang kite jumpa dekat satu blog neh. Tapi tak faham faham. Achaner tu? HAHA. Untung laaaaaaa sesiapa yang kerja government atau husband dia kerja government. FREE !!! Free kalau ada Guarantee Letter (GL). Waaaaaaa... Bestnyeee...

Memang teringin nak bersalin dekat hospital swasta. Dengar review dari kawan kawan, ibu ibu bersalin ni lebih di jaga rapi. Al-maklumlah, di bayar kan.. Tapi bila fikir yang bakal-mommy-penganggur-sejati ni tak berapa ada duit sangat dan kesakitan yang bakal di alami adalah sama, pasrah jer lah bersalin dekat hospital kerajaan. Heeee. 

Ok! Bila kite dok survey survey harga, bersalin normal dan czer sangat berbeza yer puan puan harganya. Kite cerita untuk mereka mereka yang tak ada GL seperti shaye. (T__T)

CAJ RAWATAN ACCOUCHMEN DAN BERSALIN
Warganegara Malaysia
Kelas
Pembedahan
Caesarean         
Bersalin Forcep    
Bersalin Breech      
   Bersalin Biasa   
RMRMRMRM
Kelas 1 800.00400.00400.00300.00
Kelas 2400.00200.00200.00150.00
Kelas 3100.0050.0050.0010.00

Cagaran Masuk Wad Hospital


CAGARAN MASUK KE WAD HOSPITAL
Warga Tempatan
KelasPerubatanPembedahanBersalin & Sakit Puan
RMRMRM
Kelas 1700.001100.00800.00
Kelas 2200.00400.00350.00
Kelas 320.0030.0015.00

Tuan/puan di wad akan dimaklumkan melalui Surat Tambahan Cagaran dari masa kesemasa sekiranya didapati bil hospital melebihi cagaran.
Sekiranya tuan/puan gagal menjelaskan amaun seperti yang dinyatakan dalam tempoh 24 jam, maka tindakan pindah wad ke kelas 3 akan dilakukan. 
Sila simpan resit ASAL bayaran wang cagaran supaya anda dapat menuntut baki caj yang dikenakan semasa keluar wad nanti.

Catatan
Bagi memudahkan proses bayaran balik cagaran [refund] kepada pesakit, RESIT ASAL hendaklah dikemukakan dan PENAMA DI ATAS RESIT SAHAJA yang boleh menuntut balik bagi cagaran tersebut. Sekiranya PENAMA tidak dapat hadir, surat wakil, salinan kad pengenalan penama bersama RESIT ASAL hendaklah dikemukakan semasa tuntutan dibuat.

Bayaran Harian

KelasWarga TempatanWarga Asing
Kakitangan & Pesara
Kerajaan
RMRMRM
Kelas 1
1 Katil
2 Katil
4 Katil

80.00
60.00
40.00

160.00
115.00
80.00
Percuma
Kelas 220.0060.00Percuma
Kelas 33.0040.00Percuma

 Kakitangan kerajaan/pesara diwajibkan membawa Surat Jabatan/Salinan Kad Pesara.

PERKHIDMATAN PESAKIT DALAM
Skim perkhidmatan ini menawarkan kemudahan seperti berikut:
Kelebihan untuk memlilih pakar
Laluan giliran khas untuk mendapat rawatan
Menikmati beberapa keistimewaan sebagai pesakit dalam

CARA MENDAPATKAN RAWATAN
Pesakit boleh mendapatkan rujukan dari mana-mana pegawai perubatan kerajaan atau pengamal perubatan swasta atau boleh juga hadir sendiri untuk mendapatkan rawatan di bawah Skim PPBP dan seterusnya berdaftar sebagai pesakit dalam [memasuki wad].
Sekiranya anda dimasukan ke dalam wad anda akan dikenakan bayaran seperti berikut :
Caj wad
Caj pembedahan/ujian makmal/radiologi
Caj Ubat
Admission kit (opsyenal)


BAYARAN CAJ WAD

Kelas

Kadar Sehari
[RM]

Eksekutif

300.00

1 Katil
2 katil
4 katil

160.00
130.00
80.00

KATIL JAGAAN INTENSIF/ KRITIKAL
Butiran

Kadar Sehari
[RM]

Katil jagaan rawatan harian
70.00

Katil jagaan intensif
(maksima 14 hari)
400.00

Katil jagaan koronari ([maksima 
14 hari)

400.00

Katil jagaan intensif neonatal
(maksima 14 hari)

200.00

Katil HDW (maksima 14 hari)

160.00

LAIN-LAIN CAJ
Butiran
Kadar Sehari[RM]
Dewan pembedahan sejam/sebahagian daripadanya
250.00
Bilik Bersalin
250.00

DEPOSIT
Pesakit akan dikenakan deposit mengikut kadar yang ditetapkan.
Minima RM3,000.00 atau 50% daripada anggaran keseluruhan caj rawatan yang mana lebih tinggi
Bagi pesakit yang membawa surat jaminan [GL] dari syarikat swasta yang berdaftar dengan KKM deposit tidak dikenakan

TAMBAHAN DEPOSIT
Deposit akan disemak setiap hari untuk memastikan bakinya tidak kurang daripada RM 1,000.00. Apabila berbaki RM1,000.00 Surat Peringatan untuk penambahan deposit akan dikeluarkan kepada pesakit atau waris dari masa ke semasa. Tambahan perlu dibuat dalam masa 24 jam dari tarikh pesakit menerima Surat Peringatan tersebut.
Pesakit boleh menarik diri dari meneruskan Skim PPBP ini dengan menandatangani borang yang sedia ada bagi tujuan tersebut dan menjelaskan bayaran tertunggak.

PEMBAYARAN
Pembayaran boleh dilakukan melalui kaedah ini :
Tunai
Kad Kredit
Bank Deraf

Huwaaaa korang paham tak? HAHA. Ai iz pening. Banyak sangat charge-nya. Ok. Jom scroll balik ke atas. Dan baca sama-sama dan pening sama-sama jugak. Hihihi. Oh yer. Kite amek info ni dari BLOG INI. Terima kasih untuk informasi yang bagus ini yer. ;-) 

KALAU TAK FAHAM, JANGAN TANYA KITE. Sebab kite pun tak fahammmmmmmmm. Huwaaaaaaaa pening pening. Haha.

Amacam? Korang nak bersalin kat mana dan dengan cara ape? Ok. Kite dah pening. (>_<) Kesemuanya menakutkan. Huehue. Ok. Selamat study informasi di atas. (^__^)

Anak buah-buahan shaye.
(^__^)


.a pre-mature baby

Salam.


Hai korang. Almost a week kite tak update belog. Busy pergi sana sini. Ok. Hari ni kite nak cerita pasal pre-mature baby atau dalam bahasa melayunya bayi pra-matang. Kite tak sure bayi pra-matang ni usianya berapa. Tapi yang penting, bayi ni dah cukup sifat. Kalau tak silap, usia dah cecah 6 bulan keatas. 

Hari Ahad lepas, kite pergi rumah Makteh kepada hasben kite dekat Putrajaya, ada kenduri doa selamat. Lepas tuh, ada salah seorang kawan makteh datang dan bawak baby girl yang comel sesangat. Bila borak borak dengan mak kepada baby tuh, dia cakap, baby dia dah 6 bulan dan masa lahir, baby tuh tak cukup bulan.

Kite tanya lah, mak dia, masa lahirkan tuh, usia kandungan berapa? Then mak dia cakap dalam 7 bulan nak masuk 8 bulan dah. Terpaksa buat czer sebab uri baby dah kat bawah. Benda neh akan membahayakan baby dan jugak mak baby. So, doc buat keputusan untuk czer untuk selamatkan kedua duanya. Alhamdulillah, mereka berdua selamat. ^_^

Masa lahir, baby tuh kena duduk dalam incubator selama 3 minggu. Mak dia cerita, nak pegang pun takut sebab kecik sangat. Berat pun dalam sekilo lebih. Kite tanya lah, Akak ada jatuh ker? Then akak tuh cakap, dia takde jatuh pon. Cuma bleeding jer. Cepat cepat dia pergi hospital..

Tapi kite suka nengok baby dia. Comel sangat. Kalau kira kira, kalau baby tuh cukup bulan, usia dia sekarang dalam 4 bulan. Sebab bila dia lahir tak cukup bulan, usia dia dah 6 bulan. Err..faham tak kite cakap neh? Hihii.

Bila kite balik rumah, bukak Facebook, ada salah seorang kawan kite pon baru je lahirkan bayi pra-matang. :'( Kite tak tau kenapa dan apa masalah dia. Tapi tengok dekat FB dia, dia dah lahirkan baby time dah 30weeks kalau tak silap. Semoga baby dan mommy kuat. :')

Jom kite sama-sama doakan supaya 
kawan kite dan baby dia selamat. 

Aminnn. :')

.promotion !! Adira Shawl Dual Tone for sale !

Salam.

Yuhuuuuuuuuuuuu... Siapa peminat shawl kat sini angkat tangan? Ok dah. Turun turun. Korang angkat pon bukannya kite boleh nampak. Hihii. Kite nak share something best dengan korang. Ada shawl cantik yang dijual dengan harga yang sangat berpatutan!

Oversized Adira Shawl Dual Tone

RM29 (tidak termasuk postage)
Size : 2 M X 0.8 M
Material : high quality chiffon
Item code : AAI

Sekarang ni ada promotion! Beli 5, percuma 1. Cantik kan warna warna shawl neh. Macam paddle pop. Rasa nak makan jer. (>_<) Pastu shawl neh labuh. Boleh tutup dada. Tutup aurat. Dapat pahala. Yey! 

Korang boleh JIMAT RM30 dengan pembelian 5 helai shawl. Dah lah jimat pastu dapat PERCUMA 1 sehelai lagik. PROMOSI ni UNTUK JANGKA MASA TERHAD saja! PROMOSI AKAN TAMAT PADA BILA-BILA MASA. Jangan menyesal sekiranya promosi sudah berakhir. Hihihi.

Korang boleh LIKE page Butik Echa dekat Facebook. Klik SINI yer. Banyak lagik produk lain yang dijual. Tapi buat masa ni, cuma shawl jenis neh je yang ada promotion. Kite pun nak beli sehelai yang ada kaler pink tuh. Sangat lah melting warna dia. (T__T) Nak nak nakkkkkkkkk.........

Boleh jugak contact tuan punya kedai di no : 
019-2318853
(sms/whatsapp/wechat).

Ok. Terima kasih. 
Selamat membeli belah! :')

.kena paksa minum air gula, apa rasa dia?

Salam.


Kite tak ingat masa minggu ke berapa, (malas nak recall balik hehe), kite kena minum air gula walaupun terpaksa. Mungkin ramai tak tau, kenapa pompuan pregnant kena minum air gula. Ok! Meh kite bagitau sebabnya. :-D

Masa awal awal buat buku pink dekat Klinik Kesihatan (KK), nurse tanya kite, mak ayah ada sakit kencing manis tak? Bila fikir sedalam dalamnya, Mama kite takde, Abah je ade. So, nurse tuh tick-kan lah column diabetis. Sebab, kalau ada family yang ada diabetis, kemungkinan kite pon ada diabetis jugak.

Alaa..kite tak tau nak explain macam mana. Kang memandai kang, salah info, mati kite. Hihi. Ni kite dah tolong carik info untuk korang baca. 

*artikel asal dekat SINI*

Nurse suruh kite puasa start pukul 10 malam, tapi masa pukul 10 malam tuh, kite still dekat Melaka, sebab siang tu ikut husband pergi kerja. Pastu drag masa sampai ke malam. Pukul 10 malam tuh tengah makan nasik lemak ayam + roti telur lagik. Gila banyak budak Intang neh makan. (-.-") Dah lah 2-3 hari sebelum tuh, kite banyak melantak cheese tart. Memang kompem banyak gula dalam badan. *nanges*

Sampai  rumah kite (dekat Muar) dalam pukul 12 malam. Masa tuh dah cakap dengan husband kite dah, yang kite kena puasa sebab esok pagi kul 8 pagi, kena pergi klinik. Kena minum air gula. Sebelum tidur, kite minum air oksigen kampeni husband dan makan beberapa biji vitamin untuk baby seperti biasa (Asid folic, B-Complex, dll).

Bangun pagi, macam malas jer nak pergi klinik. Malas malas pon, tetap kena pergi jugak sebab benda ni penting untuk kite dan baby. Kite pergi klinik dalam pukul 9.15 pagi. Pastu start minum air gula pukul 9.30 pagi. Satu gelas air gula pekat kena minum ok!

Rasa air gula dia macam ubat sket sket. Tak sama dengan air gula dekat rumah. Nurse buatkan air tuh suam suam jer. Minum seteguk, tarik nafas. Minum 2-3 teguk, tarik lagi nafas. Seksa ok. (T__T) Kata kawan kite, ada certain klinik yang air gula dia ada perisa. Blackcurrant lah, rebina lah, apa la. Ah tak kisah lah. Yang penting, tetap tak sedap! Haha.

Lepas setel minum air gula, nurse bagi balik rumah. Nurse cakap, "Angah, nanti datang balik lepas 2 jam eh. Kau jangan makan. Tidur jer tau. Rehat." Cuba bayangkan, dengan perut kosong, tak makan apa-apa, terus kena minum air gula. Dah lah kite skang ni jenis tak boleh kalau tak makan pagi. (T__T) Nasib baik husband kite tak kerja pagi tuh, dia mintak excuse sebab nak hantar kite pergi klinik. Alaa..lagi pun kerja sendiri, apa ada hal. :-P

Sebelum balik tuh, kite tanya Mama (Mama nurse dekat klinik yang sama), boleh tak nak minum air sikit? Seteguk dua jadik lah. Nak hilangkan sikit rasa mual. Then Mama cakap boleh, tapi sikit je lah. So, bila balik rumah jer, terus teguk air oksigen 2 teguk. Serius, tak tipu. Cuma 2 teguk je. Kite tak nak tipu tipu sebab nanti mempengaruhi bacaan air gula kite. Kite just nak hilangkan rasa gula yang melekat dekat tekak. Huehue. 

Bila sampai rumah, kite nak tidur. Tapi tak boleh. Bila baring je, rasa nak muntah. Nurse cakap, kalau muntah, kena repeat balik minum segelas air. Gila kau? Dah lah seksa. Pastu kalau bacaan tak ok, kena repeat minum jugak. Kite mengantuk gila la. Nasib baik husband tak kacau kite. Kite cakap dengan dia, kite nak rehat dekat bilik. Sian dia kena lepak tengok TV sorang sorang. Kite memang tak boleh diganggu langsung. HAHA. Macam apa sangat lah. Padahal minum air gula je pun. Tapi korang tak minum, korang tak tau cemane. :'(

Last last, kite tertidur jugak. Tuh pun, tidur sambil duduk dekat kepala katil. Nak baring memang tak boleh lah. Zzzzz. Oh yer. Lupa nak cakap. Sebelum kena minum air gula mula mula tadi, kena amek darah dulu. Selepas 2 jam, datang balik klinik, nurse akan amek bacaan lagik sekali. Nak buat comparison. So nanti baru dapat tau kandungan gula dalam badan tinggi atau rendah.

Selepas 2 jam, kite terus ajak Ipang pergi klinik semula. Amek darah. Then tangan kite dah sejuk sejuk dah. Lapar wehh. Dah la kena puasa, kena minum air gula, kena cucuk amek darah semua. (T__T) Lepas setel semua, terus ajak Ipang breakfast, makan bihun sup. Hihii. 

Bacaan gula dalam darah tuh tak dapat time hari tu. Dapat hari lain. Memandangkan Mama nurse dekat situ, Mama cakap, tak payah datang klinik lagik. Nanti Mama nengokkan bacaan dia. Beberapa hari selepas hari kejadian, keputusan air gula dah dapat.. Dan Mama kata....

Alhamdulillah, bacaan kite normal ! 

Wowwiiiiiii.
Sangat terkejut ok!!!!!!!! 

Kakak kite dulu siap kena repeat minum air gula. Sebab dia kantoi makan Secret Recipe beberapa hari sebelum minum air gula. Kite tak sangka kite lepas sebab kite dengan kakak kite, kite lagik super kuat makan benda manis. Hihii. Semalam, kite check up untuk yang ke 27weeks. Nurse pun cakap, bacaan kite normal. ^_^ Kite tanya dia, kena repeat minum air gula lagik tak? Dia cakap, dah tak payah. Hureyyyyy!!

Rahsia kite? Minum lah air oksigen. Hihii. Air oksigen ni tak sama dengan air R.O atau air mineral biasa. Memang dalam air dah ada oksigen tapi air ni ada tambahan oksigen lagik. Serius kite tak sangka bacaan kite boleh normal. Sebab kite ni jenis suka makan benda manis manis. Haha.

*nyummy*

Ayah mertua kite pergi haji. Sepanjang dia dekat Mekah, dia keep remind husband kite supaya suruh kite minum air oksigen untuk perkembangan baby dalam perut. :-) Kite memang consume air ni. Setiap hari minum. Kite dah jarang minum air masak atau air mineral biasa. Air ni lebih halus kandungan dia. Bila masuk dalam tekak, smooth jer. 

Air minuman Okxygen kini menjadi alternatif kepada bekalan oksigen untuk tubuh badan anda, dan ia diperakui menepati piawaian dan nutrisi antarabangsa. Ini kerana teknologi yang boleh menghasilkan air yang mempunyai oksigen yang terlarut dan stabil pada tahap yang lebih tinggi berbanding air minuman lain di dunia. Air ini amat tulen dengan kurang daripada 2ppm di mana hasilnya ialah air yang nyata halus dan sungguh menyegarkan selain rasa yang menakjubkan.

Ok. Untuk info lanjut tentang air oksigen, boleh KLIK SINI. Atau boleh contact/whatsapp husband kite untuk keterangan lanjut. 019-7799198 (Irfan) WOI, NI LAKI ORANG. JANGAN NAK MENGGATAL. *amaran berbentuk nasihat hihihi* Kalau segan, contact kite pon boleh. 012-7186471 (Intan)

Kite saja nak share benda best untuk kawan kawan semua. Tanak korang terseksa kena minum air gula sampai berkali kali. Hihiii. ^_^

Ok bai!


.ultrasound 4d done for #irfanintanJR

Salam.


Yeyyy! Akhirnya dah selamat dah scan 4d untuk baby kiteeeeeeeeeee. Heeee. Memula tuh kan, macam tak tau nak scan kat mana. Bila kite dok google, kat area Muar neh, macam cuma ada satu tempat jer yang boleh scan 3d/4d iaitu Tey Maternity Specialist.

Tey Maternity Specialist neh dekat sebelah Wetex Parade. Kite try call Tey Maternity Specialist tuh. Pastu receptionist dia yang angkat, orang chinese. Tengok nama klinik pun dah tau chinese punya. Kite tanya la, rate untuk scan berapa. Ye lah, cuak lah jugak bila main langgar jer masuk klinik tuh, japgi doang charge mahal. Wuu. (T__T)

Pastu rasa dia pun macam tak berapa mesra nak jawap soalan soalan kite. Hmm. Mungkin memang cara dia kot. Bila kite tanya harga, dia cakap, "Selepas buat ultrasound, baru tau harga." Hmmmmmm... Kang dia charge banyak kang, mana haku nak cekau duit. Isk. Nama pun specialist, mesti dia mark up harga punya. Huwaa. Tapi kite pernah terbaca dekat satu blog tuh, kakak tuh buat ultrasound, kena RM120. Ok lah jugak. Masih under budget. (Tapi kalau dapat lagik murah lagik best!)

Pastu masa kite balik rumah mertua dekat Melaka weekend lepas, Makteh hasben kite pun ada sekali. Pastu dia bagitau, dia pernah buat ultrasound 4d dekat Equine Park Seri Kembangan. Nama klinik tuh, Klinik Jameaton. Makteh cakap, dia buat cuma RM 100 jer. Tapi tuh dulu lah. Skang anak dia pun dah besar. Mana lah tau kot kot harga pun dah naik. Sesiapa yang nak duduk area Lembah Klang yang nak buat ultrasound boleh try buat dekat Klinik tu. Ni LINK BLOG dia. Korang pun boleh try google pasal Klinik ni. Ramai orang buat review pasal klinik neh. Kite tak call pun klinik tuh. Just baca review kat blog jer.

Pastu masa kite balik JB bebaru neh, kawan blog kite, Cik Pia tetiba sms kite. Ntah ape mimpi dia ntah. :-P Dia cakap, ada seorang kawan dia suggest, kalau nak buat ultrasound, buat dekat Klinik Dr. Anis dekat area Kempas, JB. Murah. Harga RM 100 jer. Heee. Pastu terus zupppppppp kite google pasal Klinik Dr. Anis tuh. Dannn jumpa Facebook Klinik Dr. Anis dia ! Yeyy! Kite terus PM Dr. Anis. Laju je dia reply. Hmm. Servis yang baik! ;-)

Masa kite sampai klinik, hujan gerimis. 
Excited nak buat ultrasound 4d!

So semalam, decide nak pergi klinik tuh sebelum balik Muar. Ye lah, dah alang alang dekat JB, buat lah sekali. Kite call dulu sebelum nak datang. Masa kite call tuh, dalam pukul 3.30 pm. Dia suruh datang pukul 4petang - 9 malam sebab hari Ahad, klinik memang bukak pukul 4 petang. Dia suruh datang jer, tak payah buat appointment.

Tapi kite sampai dalam pukul 6 petang. Heee. Sampai sampai jer, terus teruja nengok Klinik Dr. Anis neh. Everything in pink ! I loikeeeeeeeeee... Dah macam pergi Baskin Robin dah. Hihihi.

Ni kaunter pendaftaran.

Masa nak daftar tuh, nurse kat situ mintak IC kite. Pastu suruh kite isi satu form. Lepas isi form tuh, dia cakap nak amek gambar kite. (-,-") Haha. Maybe untuk letak dekat info kite kot. Memang canggih lah. Teruja jap. Haha. Masa kite sampai tuh, ramai jugak ibu mengandung. Lameeeeeeeeeeeeeee sangat tunggu turn kite. Sejam lebih jugak lah. (T__T) Tapi kite tengok, patient yang kat situ, semua sabar menunggu. Dalam hati kite cakap, kenapa doang sanggup tunggu ek? Ada dalam 5-6 orang patient sebelum kite. 

Ni bukan hari kejadian. Ni kite amek dari FB Klinik Dr. Anis.

Pastu bila sampai giliran kite, kite masuk lah dalam bilik Dr. Anis tuh. Husband pon boleh masuk sekali. Tu yang best tuh. Kalau kat gomen, tak boleh masuk kot. (Rasanya lah tapi). Bila dah masuk dalam bilik tuh, nurse suruh kite get ready atas katil. Pastu dia letak gel dekat perut untuk proses ultrasound. 

Pastu Dr. Anis pun sampai... Dia terus start scan.. Heeeeeee. Masa dia scan tuh kan, Ipang dah macam teruja. Dia pun berdiri dekat sebelah doktor, nak tengok dengan lebih jelas gambar baby kami dekat screen monitor tu. ;-)

Keadaan dalam bilik. 
Kat katil tuh lah kite kena baring.


Lama jugak time scan tuh sebab baby kite pemalu. HAHA. Dia tutup muka dia. Baby macam tengah sujud. Sebab masa tuh pun dah maghrib. (Oh ye. Klinik Dr. Anis ada surau. Agak agak tak sempat solat dekat rumah, boleh solat dengan sini.). Lama jugak lah nak tunggu baby alihkan tangan dan tunjukkan muka dia.

Kite dah sedih dah memula. Cakap dalam hati, "Takde rezki nak tengok muka baby agaknya." Pastu kan, tetiba Dr. Anis cakap, "Sabar, jangan risau. Baby ni kadang kadang amek masa sikit. Cuba pusing sebelah kanan." Pastu baby tak mau jugak alih tangan. Pastu dia dok main main tali pusat. Gggr. Tumbuk jugak budak kecit neh. HAHA. 

Tangan dengan kaki buat gaya tomoi, sama lah macam bapak dia tuh. Suka buat gaya tomoi. Pening kepala kite nengok. Selalu gaduh dengan Ipang sebab dia suka buat gaya tomoi sambil gerakkan badan! Kite tak sukaaaaaaaaaaa sangat sebab pening kepala tengok dia bergoyang goyang. Haha.

Pastu bila baby tak alih tangan jugak, Dr. Anis suruh kite pusingkan badan sikit ke sebelah kiri pulak. Then tak alih jugak. Pusing kanan balik. Heee. Lama jugak lah. Dekat sejam lebih! Last last baby alihkan tangan jugak. Yeyyy! Dapat nengok muka baby mamidedi. Heeee. 

Mulut ternganga time tidur. Dr. Anis siap tanya, "Ikut siapa lah agaknya tu ek." Haish. Malu jer. Haha. Nampak sangat mommy dia neh tidur mulut nganga. HAHA. Kadang kadang je lah woi! Haha. Comey jer nengok. Macam magik! Bila nengok ada baby dalam perut. Subhanallah...

Terima kasih sesangat dekat Dr. Anis yang sabar sesangat tunggu baby tunjuk muka. Dia bukan jenis doktor yang makan duit patient jer. Kite pernah baca certain blog yang baby tak tunjuk muka time scan 4d. Rugi je kan, bayar mahal tapi tak dapat tengok pulak kan.Walaupun cuma RM100. RM100 pun bernilai untuk bakal-mommy-yang-dah-benti-kerja neh. Wuuu~

Oh yer. Gender baby kite pun dah dapat tengok! Jelas. Terang dan nyata. Dr. Anis confirmed 99%. Wowwiiiii. Pasni dah tak payah nak susah susah shopping barang baby lagik! ;-) Alhamdulillah. Semuanya baik baik sahaja. :') Mulut, tangan, kaki, mata, hidung. Comey je nengok. Tengok dan dengar jantung dia berdegup. Laju! Dr. Anis cakap, baby memang jantung berdegup laju sikit.

Time scan tuh, Dr. Anis cerita, dia pernah dapat kes yang time scan, nampak mulut baby sumbing. :'( Sedihnya. Kesian sangat. Kata Dr. Anis, dah bersalin, baru boleh operate. Oh ye. Ada tips untuk mengelakkan bayi sumbing. DON'T SKIP untuk makan Asid Folic! Sebab akak kite dan sorang member kite pesan, asid folic neh bagus untuk mengelakkan sumbing dan kecacatan tulang belakang. Kite cuma berusaha, Allah SWT yang menentukan. Dah buat yang terbaik untuk baby. Yang lain, terserah pada ketentuan Allah SWT. 

Kite tanya Dr. Anis, apa beza antara 3d dan 4d. Pastu Dr. Anis cakap, 3d tu image, yang 4d tuh video. Hihii. Baru ku tahu perbezaan antara 3d dan 4d. Heeeeee. 

Kite dapat dalam 69 keping gambar baby 3d baby dan 26 video 4d baby. Semuanya Dr. Anis burn-kan dalam CD. Pastu dia suggest-kan kite untuk makan NeuroGainPB, untuk otak baby. Harga cuma RM55 jer. Kite tanya Ipang, boleh tak. Dia cakap, beli lah. InsyaAllah, nanti dapat anak yang bijak. ^_^ Kalau mommy dia belajar sampai degree, baby kena sampai Master atau PHD. Kalau Abah dia boleh belayar kapal sampai Europe dan Jepun, baby pon boleh further study or kerja dekat sana jugak. insyaAllah. :')

Comeykan bungkusan ubat. Hihi.

Sehari makan sebiji (dalam bentuk kapsul)

Ok! Sesiapa yang nak try buat ultrasound dekat sini, boleh contact Dr. Anis yekkk. HIGHLY RECOMMENDED. Dr. Anis ni muda, cantik, baik, mesra. Bestttt sangat! Since kite neh pon orang Melayu dan Islam, baik pergi klinik ni kan. Doktor pun perempuan. Tak malu sangat. ;-)

Dekat bawah ni, kite bagi details klinik dia ek.

Klinik Dr. Anis adalah sebuah klinik perubatan utk seisi keluarga. Diuruskan oleh Dr. Anis Nazahiyah Ismail (MBBS, West Australia), telah mula beroperasi pada September 2012.

Klinik Dr Anis.
25G, Jalan Kempas Utama 1/2,
Taman Kempas Utama,
81300 Johor Bahru.
07-5545231

Mon - Fri: 09:00 - 15:30, 17:30 - 21:00
Sun: 16:00 - 21:00

Harga ?
- Usg 3d/4D
- Consultation 
- Printed report 
- Canon printed photo
- Cd (video baby) 
RM 100 sahaja! 
.
.
.
.
.
.
.
.

Tadaaaaaaaaaaaa...
Tunjuk tepi je lah dulu.

Comey tak shayeeee?
Agak agak ikut muka Mommy ke Abah dia?
(^__^)

Gambar lain tunggu time kite dah selamat deliver nanti.
InsyaAllah.

Doakan baby kite sihat walafiat yer sampai kite selamat deliver.

Mamidedi love you.
#irfanintanJR <3

.maternity photoshoot #irfanintanJR [part 2]

Salam.

Kelmarin kan kite ada share 2 keping gambar maternity photoshoot #irfanintanJR kononnya kan kan dekat entry sebelum ni kan?  OP kite time shoot tu adalah dari  KantaBOLAT Photography

Memang dah lame sangat plan nak snap gambar camtu tapi Ipang macam tanak layan jer. Dia memang kemain susah nak bergambar dengan kite. Tolong amek gambar takpe, nak masuk dalam gambar, susah. Ada time time dia nak je. Tu pun kalau bernasip baik.

Kite memang dah plan, nak shoot Isnin lepas sebab adik kite dah balik time tuh. Pastu kite cakap kat Ipang tapi dia macam buat tak tau je. Buat buat tidur la, ape lah. HAHA. Plan nak shoot depan rumah jer since kite ada halaman rumah yang cantik, hasil kerja tangan Mama & Abah. Doang memang suka mengemas laman rumah, tak macam anak dia yang sorang neh. Kahkah. *kekening*

Ok. Meh kite share sket gambar laman rumah kite. Mama kite memang suka share gambar kat instagram. Kite cilok je dari instagram beliau. Teheee~








 Laman rumah ku yang kecit tapi penuh dengan pokok. Hihi.

Ok sambung cerita. Kan Ipang memula tanak layan, pastu kite cepat cepat tukar baju, pakai tudung, carik pape props yang ada. Sediakan baju baby untuk props. Oh ye. Baju baby kite beli dengan kawan kite. Murah je dia jual romper tu. Beli dekat ASAS COLLECTION. Boleh klik untuk ke FB dia.

Kite cakap dengan Ipang, jom laaaa amek gambar maternity. Amek dekat depan rumah je. Bukannya kena pergi jejauh. Sebelum neh, adik kite pernah suggest, kalau nak amek gambar, shoot kat Putrajaya best, cantik. Tapi untung sangat Ipang nak bawak kite ke sana semata mata nak buat Maternity Photoshoot. Memang tak lah. (T__T)

Lepas siap semua, terus pergi laman rumah. Sebelum tu, jerit kat Ipang yang tengah baring atas katil, Cepat siap, kite tunggu kat depan. Pastu tak lame tuh dia kuar pergi depan dengan muka yang tak ikhlas. Rasa nak terajang je. :-P Dia tak nak pun pakai baju yang kite dah siapkan untuk photoshoot. Haha. Pastu kite tanya dia, Kenapa tak tukar baju lagik? Sambil kite buat muka inesen. Pastu dia masuk rumah balik, tukar baju. YES. Kite menang. Haha.

Pastu, Mama Abah kite pon siap nengok kiteorang nak photoshoot. Since kite tak tau jantina baby lagik, kite bantai letak props baju baby lelaki ngan pompuan. Belasah je lah. Haha. Pastu tetiba mood Ipang dah ok. Dia cakap, dia nak tambah props, letak gitar. Hihi. See, Ipang neh kejap je moody. Pastu dah okey balik. Haha. Adik kite siap cakap, Angah, kalau aku jadik abang Ifan, tak ingin aku layan ko. HAHA. Kuangajaq punya adik. Haha.

Alalalala kiutnya kasut kamu.
Macam kasut mummy. :-P

Gambar ultrasound tu masa 20 weeks. 
Gender tak nampak sangat.
Skang dah 26 weeks.
Alhamdulillah. :')

Saje blurkan muke Ipang sebab 
nak highlight-kan muka kite yang comey neh. 
:-P

I love this picture too!

Ni kat tepi rumah je. Macam berkelah.
Kompem baju ni kena basuh bersih bersih pasni.
Huhue.

Ngeee.
Apa agaknye gender baby kami ek?
Ce teka?

End of this month nak try buat ultrasound 4D.
InsyaAllah, nanti baru dapat tau gender.
^___^

<3

Ish, perut Intang tuuu.... >__<

Pipi Intang tuuuu.... >__<

Sorang pura pura kiut.
Sorang lagik pura pura rawk. :-P

Heeee.

Amacam? Comey comey tak maternity photoshoot #irfanintanJR? Heheeee. Kalau korang berminat, boleh je contact adik kite dekat KantaBOLAT Photography atau whatsapp dia. 016-3234714. Kalau nak contact kite jer pun boleh.

Adik kite & team dia boleh shoot untuk apape majlis, nikah, sanding, aqiqah, couple, maternity and many more. Heeee. Adik kite duduk area Sepang. Kalau korang area KL, it should be ok. Area Melaka & Johor pun boleh. Area utara pun boleh. (^_^) Cakap korang kawan kite, nanti adik kite kasik diskaun. Heeeeeeee. Kata laluan : Angah yang cantik. Kehkeh.

Jangan lupa, like page KantaBOLAT Photography. Okbai !

Oh ye. 

Masa kite kawen dulu pon dia yang shoot. 
Entry Nikah.
 
Masa kite buat pre wedding pon same. 
Entry Pre-Wedding.

Jimat cost. :-P

Pasni baby dah keluar, boleh buat baby mami & dedi photoshoot pulak. Hihi. :-P Ok bai ! 

.maternity photoshoot #irfanintanJR


Salam.

Selamat hari raya koranggggggg ! Ok! Di hari raya yang mulia neh, kite nak cerita pasal maternity photoshoot. Orang sibuk balik kampung nak beraya, kite sibuk nak photoshoot bagai. HAHA. Ok. Ni cerita semalam. (Isnin, 14/10/2013)

Alaa..bukan selalu dapat peluang pregnant lagik lagik neh first pregnancy. Mesti excited lebih kan kan? ;-) Untuk kenang-kenangan. Kite amek photographer dari KantaBOLAT photography. Kite nak sangat amek maternity photoshoot. Tapi tapi tapi.... Nak amek yang pro-photographer, tak mampu pulok den. So, suruh jer lah adik kite snap-kan. KantaBOLAT tuh actually adik kite punya biz dengan member dia. Baru nak start. So, jadik lah model free jap. :-P


Dedi, #ourjunior, Mami

*love*

Banyak lagik gambar. Banyak lagik cerita. Nanti lah ek. Nak pergi beraya jap. Raya haji pun nak pergi beraya. OVER tau. :-P

Ok baiiiiiiiiiiiii !!!!!!!

:: Maternity Photoshoot #irfanintanJR Part 2 - Click HERE ::