.lagenda si bongkok tanjung puteri

Salam.


Dua minggu lepas, masa cuti Hari Malaysia, Isnin 16 September, kite balik JB, rumah mak mertua. Ektuali, kite gerak awal. Hari Jumaat malam. Stay kat rumah mertua Sabtu, Ahad, Isnin. Isnin malam tuh dah gerak balik Muar dah.

Sabtu petang tuh, ada BBQ kat rumah atok hasben kite. Pastu hari Ahad, hasben ajak pergi kebun arwah atok dia dekat Kampung Linting. Kite tak pernah ke sana. Ni first time pergi.

Dari rumah atok ke Kampung Linting ada lah hampir sejam. Nak ke Kampung Linting tuh kena naik bot. Zzzzz. Risau sangat kena naik bot sebab last naik bot dekat Krabi masa honeymoon dulu. Hihi. Tapi yang tu speed boat. Siap muntah banyak kali. Apa pun tak boleh. (-.-")

Untuk ke Kampung Linting, kena naik bot dari Tanjung Belungkur ke Tanjung Surat. Kampung Linting ni dekat Tanjung Surat. Macam satu pulau kecit lah. Bayaran untuk naik bot ni murah jer. Singgit untuk seorang. Hihi.

Masa bot goyang-goyang, terjerit lah jugak.
Padahal bukannya ada ombak pon. 
HAHA.

Hahaha dekat je. Tak sampai pon 1 kilometer.

Kata hasben, dulu dulu, kena naik bot dekat sejam jugak daripada Kong Kong. Kong Kong neh nama tempat ye adik adik. Bukan nama binatang. Yang binatang tu King Kong (-_____-) Sekarang, dah buat kemudahan pengangkutan yang dekat sikit. Dari Tanjung Belungkur. Tak sampai 5 minit pong. Tapi pening lah jugak. Maklum lah, tak biasa naik. Kuikuikui.

Ni kat Jeti Tanjung Surat. ^_^

Bila sampai sana, kiteorang terus ke rumah Pakcik Karim. Pakcik Karim neh anak angkat arwah atok hasben kite. Dia memang orang situ. Dah kahwin dan beranak pinak dah. Masa borak borak, kite tanya lah, ramai ke yang duduk dekat perkampungan ni? Doang cakap, lebih daripada 100 rumah. Huhu. Banyak jugak ek. Sekali tengok, macam sunyi jer.

Dari jeti Tanjung Surat ke rumah Pakcik Karim jauh sangat. Kena naik kereta ataupun motor. Kiteorang naik van. Sorang RM2. Memang sendat lah van neh sebab kiteorang ramai. Lebih 10 orang. Haha. Sep baek masa nak gerak tuh, tetiba Pakcik Karim pun sampai. So, beberapa orang dari kami naik kereta dengan beliau. Kami pergi ramai ramai. Ada lah dekat 5 kereta. Semuanya terdiri daripada adik, abang, mak, sepupu, dan pakcik makcik hasben kite. 

Lepas letak barang dekat rumah Pakcik Karim, kiteorang pergi ke pondok dekat area kebun arwah atok hasben. Tapi pondok tuh dah roboh. Sebab memang takde orang duduk dan jaga.

Ni je lah yang tinggal.

Lepas dah tengok tengok kawasan, doang ajak pergi rumah rakit. Jalan kaki je dari rumah Pakcik Karim ke rumah rakit. Doang nak memancing dan mandi mandi dekat alur bakau. Dulu, tempat ni lah jadik jeti bila bot sampai dari Kong Kong. Rumah rakit neh rumah rakit Pakcik Karim. First time naik! Haha. Selalu tengok dari jauh. Rumah rakit ni nampak kecit tapi dalam dia ada bilik tidur, ada toilet, ada dapur. Pastu kat bilik dia ada TV! Cuma takde astro je. Haha.

Masa doang semua syok syok mancing, kite dah ngantuk. Tumpang tidur jap dalam bilik kat rumah rakit tuh. Tapi tak dapat tidur lama sebab sejukkk. Dia punya atap bocor. (-.-) Dalam pukul 3 lebih, kite balik rumah Pakcik Karim. Masa tu gerimis. Dah tak larat dah. Kelaparannnnnnn... Hehe.

Bila sampai rumah Pakcik Karim, isteri dia dah siap masak dah. Ada asam pedas ikan duri & ada ketam masak blackpepper. Semuanya fresh sebab amek direct dari laut. Kite makan tambah banyak kali. Ngaaaa. Acaner tak gumuk. (-__-)

Kat belakang tuh lah rumah rakit.  

Ni kat atas rumah rakit.

Me & hasben,
Dedua mengandung.
Ngaaaaaa......

Dalam pukul 6, kiteorang pun gerak balik. Macam pagi tadik, naik van ke jeti Tanjung Surat then naik bot ke Tanjung Belungkur dan naik kereta masing masing, balik ke pangkal jalan. Hihi. Kite balik rumah mak mertua kat Pasir Gudang dulu. Isnin malam baru gerak balik Muar.

Bila balik Muar, hasben cerita lah pasal lagenda Si Bongkok. Pernah dengar tak kisah neh? Tatau lah lagenda atau sejarah. :'D Hasben cakap, sebenarnya kubur Si Bongkok tuh dekat lereng bukit Tanjung Belungkur. Bukan dekat Tanjung Puteri macam dekat lagu tuh. Dia cakap, ada seorang tua dekat Kampung Linting tuh yang cerita kisah Si Bongkok tuh dekat dia.  Memula kite ingat hasben kite tipu sebab dia kalau cerita tipu pun muka serius. (-__-) Pastu kite google. Sekali betul ek. Haha. Ni antara belog yang kite jumpa pasal kisah tuh

TAPI KITE TAK TAU LAH MANA SATU CERITA YANG BETUL. WALLAHUALAM. :')

Ok. Jom nyanyi reramai lagu kat bawah ni. Klik SINI. Haha.

Tambak Johor Tanjung Puteri
Selat Tebrau airnya biru
Di Pantai Lido tepian mandi
Sepanjang masa di hari minggu
Atas bukit Tanjung Puteri
Taman hiburan indah berseri
Pemandangan menawan hati
Jalan tambak hubungan negeri
KORUS:
Tanjung Sekijang nun di kuala
Tempat nelayan mengail gelama
Istana Hinggap di Kuala Danga
Pantai berkelah keluarga diRaja
Dari Tebrau orang berakit
Singgah Stulang membeli kopi
Pusara Si Bongkok di lereng bukit
Di tepi pantai Tanjung Puteri

Ok! Lenkali kite update lagik ek. Babaiiiiiiiiii. (^_^)