.dah buat ultrasound and.... it is a........... ;-)

Salam.

Heeee. Pagi tadik selesai pregnancy check up untuk bulan ni. ^_^ Kite dah 20weeks. Alhamdulillah. Semua nya ok ok sahaja. Dah buat ultrasound, dah nampak gender. And it is a........ Tetttt. Rahsia. Tapi tak confirm sangat lah sebab kecik lagik kan. Kadang scan ni bukannya betul sangat. 

Ada member tuh bila scan nampak pompuan. Scan lagik bulan depan nampak laki. Scan lagik laki lagik. Last last..... Supriseeeeeeeeeeeee. Tadik tanya doc, kalau nak scan 4D katne kalau kat Muar ni. Beliau cakap, buat 4D dekat Tey Maternity. Sesiapa yang duduk Muar, kalau nak tau, klinik ni sebelah Wetex Parade. Skang baru 20weeks (5 bulan). Nanti kalau dah 7-8 bulan, baru nak buat 4D. Baru lah nampak kan kan kan? Eii tak sabar nak nengok. Haha.

Sempat lagik kumpul duit. (-.-") Kalau 4D, kos dia mahal sikit. RM180 kawan kite cakap. Kalau setakat 2D dalam RM35 - RM40 aje. :-D Kalau kat gomen, FOC. 

Hahahaha. 
Comeyyyy.
*gambar ni kite google aje*

Tak sabarnya nak buat scan 4D !

Alalalala omeynyeeeee.... Ni baby kite. 

Scan tadik. Kiri tuh kepala dia, pastu kanan tu badan dia. Nampak tak tulang belakang dia? Hehe. Hasben kite? MESTI LAH DIA ORANG PALING GEMBIRA selain dari kite. Asek cakap dengan baby aje. Betul ke tak betul laki aku neh? HAHAHA. :-D

Masa timbang, berat badan naik. Err..ada ker orang pregnant berat badan tak naik? (-.-) Berat kite dari 41kg naik ke 43.6kg. Wowwwwwwiiiiiiiii Junior Juice.. Macam tak percaya. Tuh lah, asek makang tak benti benti. Tapi bila scan, nengok baby baru jek 340gram. Alalala cenonetnyaa. Omey macam mommy dia. Hoho. Maknanya yang bebanyak naik tuh sebenarnya lemak dalam perut mommy. Hukhuk. (T_T)

Ok. Kali ni short update sebelum kite offline blog beberapa hari sebab busy dekat rumah Bapak Mertua dekat Melaka hari Ahad sebab nanti Pakciksss Ipang kaweng. *baca dalam satu nafas* Ada 3 pengantin uols. Hihi. Pastu terus stay dekat rumah beliau sebab hari Isnin nanti bapak mertua nak pergi Haji. So, ikut pergi hantar sampai Kelana Jaya. Yey!

Oh ye. Entry sebelum ni kena hacked dengan hasben sendirik. Cheh. Ntah apape jer entry beliau. (-.-") 

Ok bai. 
Minggu depan kite update lagik! 
^_^