.honeymoon at Cameron Highland ;-)

Salam.


Amboi ! Kemaen nak honeymoon bagai. Padahal pergi Cameron dengan family kot. Huehue. Kiteorang pergi 3 kereta. 2 dari Johor, dan satu dari Penang. 

Last pergi Cameron masa umur si Chacha satu bulan kalau tak silap. Maksudnya 7 tahun lepas. Dah lameeeeeeeeeee sangat. (-_-") Gila hebat Chacha tuh. Dah lah kecit lagik. Masa amek dia dari Mak Kandung dia, dah bawak naik kereta jejauh. Ipoh - Muar. Pastu umur sebulan dah naik Cameron. Cemana lah tak selalu buli Angah skang neh. (T__T)

Alaa malasnya nak cerite. Kite pendekkan je lah ek. (-.-") Kiteorang gerak hari Khamis, then transit dekat Klang, rumah Arwah Paklong Joe (Al fatihah... Arwah Paklong meninggal 4 hari lepas kiteorang datang rumah dia (T__T) Kiteorang tido dekat Klang. Pagi Jumaat, lepas breakfast baru gerak ke Cameron. Tapi tak terus ke Cameron. Singgah pulak Gopeng, rumah PakNgah. Lepas lunch, baru gerak ke Cameron. Main terjah je. Takde pun book tempat penginapan.

Sampai sana, Abah call kawan dia. Indian. Then, dapat rumah tempat tidooo. Yahoooo. Rumah teres besarrrrrrr sangat. 2 tingkat. Tingkat atas ada 3 bilik, tingkat bawah ada 1 bilik. Ada astro.

Pastu bila dah sampai Cameron, haruslah berjalan-jalan semua tempat. Penat. (T__T) Pergi Cameron Lavender, pergi Pasar Malam, pergi ladang teh Cameron Valley, pergi Mardi. Haish. Banyak sangat tempat pergi. Tak kuasa nak cerite semua. HAHA.

Gambar dalam DSLR. Adik kite tak transfer lagik. Nanti kalau dia dah transfer dan upload ke FB, baru seronok nak cerita. Skang ni pun, gambar tak cantik dari BB murah kite aje. (-_-)

Ok. Ni ade details untuk siapa yang berminat dengan 
Homestay dekat Cameron Highland. 

Ok bai.
Nak kena tidur awal. Esok hari first kite kerja.
Hureyy! Nanti kite cerite pasal kerja baru kite ek.

:-) 
Good night.