.intan irfan dah kawen ! - [review 4 : majlis bertandang]

Salam. 

Weeeeee.. Gambar tak cukup tapi nak hapdet jugak sebab dah rinduuuuuuuuu sangat dengan belog. (-.-") HAHA. Ektuali, majlis bertandang buat 3 minggu selepas majlis nikah, berinai dan sanding dekat rumah kite.

Memula, nak buat selang 2 weeks jer, tapi tarikh postpone lagik seminggu sebab Irfan punya abang punya bini, ada exam. Huhu. Ektuali, majlis bertandang tuh, bukan majlis kiteorang aje tapi ada 2 pasang pengantin. Irfan & Intan dannnnn Iskandar & Azizah. Iskandar tuh, abang kepada Irfan. Dia dah nikah bulan 12 tahun lepas. ;-) Buat sekali 2 pengantin, jimat kos. :-P

Majlis diadakan di Hotel TS, Pasir Gudang, Johor Bahru. Jemputan tak ramai. Cuma meraikan pengantin dan ajak sedara mara dan kawan kawan terdekat sahaja. Takde pelamin pun. Cuma makan makan sahaja. Hehe. 

Kalau time majlis kat rumah kite aritu dah meriah kebabom. Kali ni, buat sempoi sempoi saje Irfan kate. Tema kite kali ni, OREN ! Heeeee. Laki ai tuh nak oren oren oren. (-.-") Tapi kite suke pinkkkkkkkk ! So, bini dia pun terpaksa pasrah aje lah. Tapi, nasip baik lah ai neh comey. Pakai ape pong, kite tetap comey. Haha. 

Kite just tempah baju baru untuk majlis bertandang ni. Baju kite tempah dekat kawan kite, Wanie. Klik page  Jvan Java Couture neh. 

Err..gambar semua tak sharp. Semua dari camera henpong. Harap maklong. (-.-") Ni la pesen tak menyabo nak update belog. Hihihi.


Dengan adik lelaki kite.
Pokus kat baju kite yang santek tu je oke. :-P

Cantik kannnnnnnnnnn !
Upah pun tak mahal sangat. Hihi.
LEUNIEY Inspired. ^^ Hihihi

Dengan kekasih hati dunia akhirat.
InsyaAllah. :-)

Oh ye. Lupa nak cakap. Kali ni, kite amek mekap dari Andaman Liza dekat Taman Mawar, Pasir Gudang. Harga pun not bad, cuma RM120 sahaja. ^^ Suka mekap dia sampai laki kite cakap dekat mak dia, "Mak mak.. Bini orang lawa kan mak?" HAHAHAHA. Kembangggg kejap. Kak Liza tuh sendirik kasik kite adiah kawen. Yey! Dia bagi kite satu set alat mekappp. Wuwuwuuu~ Tapi belum try pakai lagik. KITE MANE RETI MEKAP SENDIRIK WOI. (T__T)

Dengan jiran Irfan di kampung... 

Yang pasangan baju putih tuh lah Abang Iskandar & Wife dia.

Dengan besfren suami kite, Abang Denoi & Isteri, Kak Hazlina. Doang neh sempoi gileeeeeee. Baru sekali dua jumpa, dah macam lapan kurun kenal. (-.-") Hihihi.  

Pengantin bego. :-P 

Team Bujang Senang dan Bujang Senang Alumni. :-P
Bujang senang neh terdiri dari sepupu sepupu Irfan.
Doang neh rapat sangat. ^^

Ni pahal ntah Si Intang neh macam tido..
Bulu mata berat sangat ke? 
HAHAHA. 

Pengantin bersama Takim (Sepupu Irfan)
dan ehem ehemnya. 

Yang budak kecit depan tu sepupu Irfan jugak, Acemaq. ^^

Yang ni pulak family besarrr Irfan. Baju hijau tu, Abah, sebelah dia, Mak Tiri Irfan. Yang hujung belah kanan tuh, Mak Kandung Irfan. :-) 

Isk. Gambar family kite takde lagik. SEBAB ADIK KITE LAMBAT BETUL NAK UPLOAD ! GGGRrr. (marah ni) Nanti hujung minggu ni, dia balik rumah, kite suruh dia upload ek. ^^

Dan akhir sekali, alhamdulillah..
Dah selamat bergelar PUAN selama 3 minggu 3 hari.
:-)