.dugaan ketika bertunang [part 2]

Salam.


Entry kali ni mungkin agak panjang. Dah lama tak bebel bebel pasal kehidupan seharian seorang Intang. Huehue. 

Emm.. Memang betul lah orang kate, time bertunang neh memang banyak dugaan. Banyak yang tak elok jadik. Kalau tak tahan dugaan dan cobaan, memang macam macam benda tak elok. Lagi nak dekat tarikh, lagi banyak sentap. Lagi banyak terasa dan kecik ati. Sampai rasa macam, Ah lantak kau lah. Malas layan.

HAHA. Tapi sebenarnya ayat tuh bukan ayat kite. Tu ayat si Ipang tuh. Tensen agaknya melayan kite yang asek sentap 88 jam sehari. (-.-") 

Tau tak, kite dengan dia tak contact langsung sampai 3 hari ! LANGSUNG TAK CONTACT. Memang hari ini dalam sejarah lah. Walaupun 3 hari, rasa macam bangga gile sebab tak contact. HAHA. Masa tuh memang nekad gile. Tanak contact, tanak message, tanak call. Tapi jap jap nengok henpong, kot kot lah orang yang kat sana nak meset kite. Tapi hampa. Dedua kerek. Heh! (T__T)

Peperangan dingin dan sejuk berlaku pada hari Isnin lepas. Lepas sentap malam tu, Selasa sampai lah ke Khamis, memang tak contact langsung. Sampai lah petang Khamis tuh, TERPAKSA sms dia, remind dia yang kite ada appoinment dekat Perodua, nak servis baby myvi yang ketiga. (-.-") Habes ah, kalah lah cenggini. 

Tapi rupanya, pagi Khamis tuh, Abah dah call Ipang sesiap suruh datang rumah kite Jumaat pagi, tolong hantar kereta kite pergi servis. Abah busy. Tak sempat nak hantar servis. Kite pulak memang tak reti. So, mintak lah tolong bakal menantu. Eiiii kalau tau Abah dah contact dia pagi tuh, tak payah lah kite mengalahkan diri sebab sms. Dah lah masa sms dia tuh, dia tak reply. Pastuh, call dia, dia tak angkat. Eii memalukan. Nyesal call! (T__T)

Pastu pagi Jumaat tuh, kite call dia pukul 7.30 pagi. Tak angkat. Ni kes tak bangun lagik lah ni. KOMPEM! Call banyak kali, last last yang pukul 8 pagi, dia reject call. Mesti dia baru tersedar pastu kelam kabut nak mandi. Dalam pukul 8.30 pagi, dia call cakap tengah panaskan enjin kereta dia dan kejap lagik dia nak gerak. Masa tuh gua dah panas hati bhai. Dah lah apppointment pukul 9.15 pagi. Then dia cakap, suruh call Perodua, lajakkan setengah jam. Then kite call Perodua, dapat booking pukul 10. Phew. Nasib baek.

Ektuali hari ni kite terpaksa cuti sebab kena jaga Chacha kat rumah dan hantar + amek dia dari sekolah. Mama ada kursus. Tetiba last minute Mama cakap, tak jadik pergi kursus sebab Mama tak sehat. So, kite dapat lah pergi servis kereta tuh sesama dengan Ipang. Kalau tak, dia jer pergi. Kite dok rumah jer. Hoho. So, tukar kerja. Mama dok rumah dengan Chacha. Chacha pun tak sihat. Dan dan tuh nak selseme. (-.-")

Ok. Sambung cerita. Dalam pukul 8.45 pagi, kite start enjin kereta dan terus menghala ke bandar Muar. Nak direct ke Perodua, takut pulak sesorang. Kang kena ngorat, ashane? :-P Pastu kite pergi lah cuci kereta segala sementara tunggu Ipang sampai. Kalau tunggu kat rumah, takut makin lambat. Sebab tuh tunggu Ipang kat bandar terus. 

Dia sampai Muar dalam pukul 10 pagi. Kentut betul. Gggr. Dah lambat sejam ! Tapi kan, bila jumpa, macam tak de pape berlaku sebelum neh. Dah lah sebelum neh, 3 hari tak contact. Alih alih, bila jumpa, ok jer. Tak paham betul. @#$%^&* Kite siap ngadu kaki kite sakit lutut berdarah sebab jatuh, dia pun cerita pasal itu, pasal ini. Langsung tak de gaduh. Pelikssssssss. (-_-)

Sementara nak tunggu kereta siap servis, kiteorang pergi pos kad kawen kat Pejabat Pos. Pastu pergi breakfast. Kereta siap servis dalam pukul 12 tengahari. Pastu terus balik rumah, bawak kereta asing asing. Then kereta Ipang park kat rumah kite dan kiteorang terus gerak ke UiTM Melaka pulak naek kereta kite untuk amek Baucer Buku 1 Malaysia (BB1M). Yeay! Bole soppink buku bebanyak.

Lepas amek baucer, pergi Jusco. Masuk Popular, terus blur. Tatau nak beli apa. Pastu keluar dengan satu plastik kecit je. Belikan Chacha Magazine Princess. Pastu terus balik Muar. Memula niat jugak dalam hati nak ajak pergi tengok muvee ke, sopping ke, tapi dalam keadaan skang neh, tak boleh membazir sangat. Majlis dah dekat. Lagipun, time tuh dah pukul 4 lebih. Kang abes muvee dah lewat, nak balik rumah pukul berapa plak. Ye dak?

Memula Ipang perasan kite macam tarik muka bila dia ajak balik time kat Jusco tuh. Tapi kite ok je. Ok pun sebab dia banje askem feveret kat baskin robin. Huehue. Senang ajer nak pujuk kite. Kehkeh.

Pastu bila dah sampai Muar, lalu kat simpang 4. Kalau belok kanan, pergi bandar. Belok kiri, balik rumah kite. Tapi dia belok kanan. Kite dah pelik. Aik mamat ni dah kenapa? Tadi beria cakap nak balik awal la, apa la. 

Pastu kite tanya lah dia, 

Kite nak pergi mana ni? Kata nak balik tadik? 

Pastu dia jawap..

Kite lepak minum minum lah dulu. Bukan senang nak jumpa Sayang. Takkan nak terus balik. Abang dah lah rindu dekat Sayang.

Pastu kite senyum je lah. Then dia cakap lagik..

Sweet kan Abang? Haha. 

Pastu terus kite gelak. Kite cakap, 

Eii geli lah. Apesal awak macam ni nih? Hahaha.

Then dia terus macam segan dan cakap..

Eh, Abang pun tatau kenapa dengan Abang ni. Eii.. Abang pun geli. Haha.

Pastu terus tukar cerita. Dedua orang dah segan sendirik. (-.-") Tapi perasaan masa tu susah nak kate. Rasa bahagia sangat. Ye lah. Dah nak kawen, asek gaduh je. Sesekali cakap jiwang jiwang, rase macam kelako pun ada. HAHA. Sebab dia bukannya jenis jiwang. Asek nak kasik orang sentap jer. Eii geram !

Ntah lah ek. Susah nak predict. Kadang ok. Kadang jadik tak ok. Kadang jadik sangat ok dan kadang langsung tak ok. Orang cakap, jangan jumpa selalu. Tapi kiteorang memang tak de jumpe selalu pun. Kalau jumpa pun, sebab ada hal penting. Bukan jumpe sesaje nak kuar tengok wayang ke apa. Big NO. Hukhuk.

*senyum sampai telinga*

Oh ye. Tadi pun dah decide nak honeymoon kat mana. Alhamdulillah. Dah beli tiket pun. Harap harap ada rezeki nak jejak kaki ke sana dan tiada aral melintang. Tak kisah lah pergi mana pun kan? Yang dekat dekat pun boleh saje. Ngeee. 

Doakan semoga semuanya berjalan lancar yer. Dan yang paling penting, doakan semoga Dak Intang neh jangan cengeng sangat, jangan cepat sentap, jangan jatuh jatuh lagik (Baru baru ni, jatuh time kerja sampai lutut berdarah. Saket woo.) dan banyak lagik jangan yang jangan. (-.-")

Ok bai. Panjang pulak entry neh. Lama tak tulis entry diari diari. Hoho. K nait. Esok kerja. Esok esok update lagik. Tata ^^