.honeymoon + photoshoot

Salam.

Wah, kemaen tajuk nak honeymoon segala. Majlis tak habes lagik dah pikir honeymoon. Kuikui. Ektuali, ni first time taip entry kat opis. Tapi time lunch hour oke. I tak salah guna kuasa. :-P

Semalam kan, kite dengan 2 orang besfren kite pergi round round dekat area Parit Jawa, Muar. Carik tempat untuk photoshoot outdoor time wedding kite nanti. Kite neh nama jer orang Muar, tapi tak penah pun sampai pantai kat situ. First time pergi. Kesian dekat diri sendirik.

Pantai yang kite pergi tu, bukannya pantai yang di komersialkan. Dia pandai biasa je. Ala ala kampung. So, should be fine for my outdoor photoshoot. Sebab kite tak hire pro-photographer. Bajet kecit. Cuma hire kazen tunang kite. Sebab dia freelance photographer. So, semuanya DIY. Boleh tak gituh? HAHA. Selagi boleh jimat, ai jimat. (-.-")

Sempat tak nak gemok sebelum majlis?
34 hari lagik.

LUPAKAN JE LAH INTANG.
(-.-")

Dua orang kawan baek.
^__^ 

Ada dua pantai yang kite pergi. Dedua oke. So, tengok lah nanti cemana. Photoshoot kat both tempat kerr.. Kena tengok masa jugak. Oh yer. Kite pun terfikir nak buat pre-wedding. Dah diskas dengan besties kite dan tunang kite konsep pre-wedding tuh. Cewah. Kemaen. Haha. InsyaAllah kalau takde aral melintang, Sabtu nanti. :-)

Oh yer. Berbalik pada topik honeymoon tadik, kite neh berangan nak honeymoon kat tepi tepi pantai. Tapi agak agak tak dapat pergi pantai yang best best, pergi pantai neh pun jadik lah. (T__T)

Hukhuk. Ok bai. Lunch hour dah tamat.

.dugaan ketika bertunang [part 2]

Salam.


Entry kali ni mungkin agak panjang. Dah lama tak bebel bebel pasal kehidupan seharian seorang Intang. Huehue. 

Emm.. Memang betul lah orang kate, time bertunang neh memang banyak dugaan. Banyak yang tak elok jadik. Kalau tak tahan dugaan dan cobaan, memang macam macam benda tak elok. Lagi nak dekat tarikh, lagi banyak sentap. Lagi banyak terasa dan kecik ati. Sampai rasa macam, Ah lantak kau lah. Malas layan.

HAHA. Tapi sebenarnya ayat tuh bukan ayat kite. Tu ayat si Ipang tuh. Tensen agaknya melayan kite yang asek sentap 88 jam sehari. (-.-") 

Tau tak, kite dengan dia tak contact langsung sampai 3 hari ! LANGSUNG TAK CONTACT. Memang hari ini dalam sejarah lah. Walaupun 3 hari, rasa macam bangga gile sebab tak contact. HAHA. Masa tuh memang nekad gile. Tanak contact, tanak message, tanak call. Tapi jap jap nengok henpong, kot kot lah orang yang kat sana nak meset kite. Tapi hampa. Dedua kerek. Heh! (T__T)

Peperangan dingin dan sejuk berlaku pada hari Isnin lepas. Lepas sentap malam tu, Selasa sampai lah ke Khamis, memang tak contact langsung. Sampai lah petang Khamis tuh, TERPAKSA sms dia, remind dia yang kite ada appoinment dekat Perodua, nak servis baby myvi yang ketiga. (-.-") Habes ah, kalah lah cenggini. 

Tapi rupanya, pagi Khamis tuh, Abah dah call Ipang sesiap suruh datang rumah kite Jumaat pagi, tolong hantar kereta kite pergi servis. Abah busy. Tak sempat nak hantar servis. Kite pulak memang tak reti. So, mintak lah tolong bakal menantu. Eiiii kalau tau Abah dah contact dia pagi tuh, tak payah lah kite mengalahkan diri sebab sms. Dah lah masa sms dia tuh, dia tak reply. Pastuh, call dia, dia tak angkat. Eii memalukan. Nyesal call! (T__T)

Pastu pagi Jumaat tuh, kite call dia pukul 7.30 pagi. Tak angkat. Ni kes tak bangun lagik lah ni. KOMPEM! Call banyak kali, last last yang pukul 8 pagi, dia reject call. Mesti dia baru tersedar pastu kelam kabut nak mandi. Dalam pukul 8.30 pagi, dia call cakap tengah panaskan enjin kereta dia dan kejap lagik dia nak gerak. Masa tuh gua dah panas hati bhai. Dah lah apppointment pukul 9.15 pagi. Then dia cakap, suruh call Perodua, lajakkan setengah jam. Then kite call Perodua, dapat booking pukul 10. Phew. Nasib baek.

Ektuali hari ni kite terpaksa cuti sebab kena jaga Chacha kat rumah dan hantar + amek dia dari sekolah. Mama ada kursus. Tetiba last minute Mama cakap, tak jadik pergi kursus sebab Mama tak sehat. So, kite dapat lah pergi servis kereta tuh sesama dengan Ipang. Kalau tak, dia jer pergi. Kite dok rumah jer. Hoho. So, tukar kerja. Mama dok rumah dengan Chacha. Chacha pun tak sihat. Dan dan tuh nak selseme. (-.-")

Ok. Sambung cerita. Dalam pukul 8.45 pagi, kite start enjin kereta dan terus menghala ke bandar Muar. Nak direct ke Perodua, takut pulak sesorang. Kang kena ngorat, ashane? :-P Pastu kite pergi lah cuci kereta segala sementara tunggu Ipang sampai. Kalau tunggu kat rumah, takut makin lambat. Sebab tuh tunggu Ipang kat bandar terus. 

Dia sampai Muar dalam pukul 10 pagi. Kentut betul. Gggr. Dah lambat sejam ! Tapi kan, bila jumpa, macam tak de pape berlaku sebelum neh. Dah lah sebelum neh, 3 hari tak contact. Alih alih, bila jumpa, ok jer. Tak paham betul. @#$%^&* Kite siap ngadu kaki kite sakit lutut berdarah sebab jatuh, dia pun cerita pasal itu, pasal ini. Langsung tak de gaduh. Pelikssssssss. (-_-)

Sementara nak tunggu kereta siap servis, kiteorang pergi pos kad kawen kat Pejabat Pos. Pastu pergi breakfast. Kereta siap servis dalam pukul 12 tengahari. Pastu terus balik rumah, bawak kereta asing asing. Then kereta Ipang park kat rumah kite dan kiteorang terus gerak ke UiTM Melaka pulak naek kereta kite untuk amek Baucer Buku 1 Malaysia (BB1M). Yeay! Bole soppink buku bebanyak.

Lepas amek baucer, pergi Jusco. Masuk Popular, terus blur. Tatau nak beli apa. Pastu keluar dengan satu plastik kecit je. Belikan Chacha Magazine Princess. Pastu terus balik Muar. Memula niat jugak dalam hati nak ajak pergi tengok muvee ke, sopping ke, tapi dalam keadaan skang neh, tak boleh membazir sangat. Majlis dah dekat. Lagipun, time tuh dah pukul 4 lebih. Kang abes muvee dah lewat, nak balik rumah pukul berapa plak. Ye dak?

Memula Ipang perasan kite macam tarik muka bila dia ajak balik time kat Jusco tuh. Tapi kite ok je. Ok pun sebab dia banje askem feveret kat baskin robin. Huehue. Senang ajer nak pujuk kite. Kehkeh.

Pastu bila dah sampai Muar, lalu kat simpang 4. Kalau belok kanan, pergi bandar. Belok kiri, balik rumah kite. Tapi dia belok kanan. Kite dah pelik. Aik mamat ni dah kenapa? Tadi beria cakap nak balik awal la, apa la. 

Pastu kite tanya lah dia, 

Kite nak pergi mana ni? Kata nak balik tadik? 

Pastu dia jawap..

Kite lepak minum minum lah dulu. Bukan senang nak jumpa Sayang. Takkan nak terus balik. Abang dah lah rindu dekat Sayang.

Pastu kite senyum je lah. Then dia cakap lagik..

Sweet kan Abang? Haha. 

Pastu terus kite gelak. Kite cakap, 

Eii geli lah. Apesal awak macam ni nih? Hahaha.

Then dia terus macam segan dan cakap..

Eh, Abang pun tatau kenapa dengan Abang ni. Eii.. Abang pun geli. Haha.

Pastu terus tukar cerita. Dedua orang dah segan sendirik. (-.-") Tapi perasaan masa tu susah nak kate. Rasa bahagia sangat. Ye lah. Dah nak kawen, asek gaduh je. Sesekali cakap jiwang jiwang, rase macam kelako pun ada. HAHA. Sebab dia bukannya jenis jiwang. Asek nak kasik orang sentap jer. Eii geram !

Ntah lah ek. Susah nak predict. Kadang ok. Kadang jadik tak ok. Kadang jadik sangat ok dan kadang langsung tak ok. Orang cakap, jangan jumpa selalu. Tapi kiteorang memang tak de jumpe selalu pun. Kalau jumpa pun, sebab ada hal penting. Bukan jumpe sesaje nak kuar tengok wayang ke apa. Big NO. Hukhuk.

*senyum sampai telinga*

Oh ye. Tadi pun dah decide nak honeymoon kat mana. Alhamdulillah. Dah beli tiket pun. Harap harap ada rezeki nak jejak kaki ke sana dan tiada aral melintang. Tak kisah lah pergi mana pun kan? Yang dekat dekat pun boleh saje. Ngeee. 

Doakan semoga semuanya berjalan lancar yer. Dan yang paling penting, doakan semoga Dak Intang neh jangan cengeng sangat, jangan cepat sentap, jangan jatuh jatuh lagik (Baru baru ni, jatuh time kerja sampai lutut berdarah. Saket woo.) dan banyak lagik jangan yang jangan. (-.-")

Ok bai. Panjang pulak entry neh. Lama tak tulis entry diari diari. Hoho. K nait. Esok kerja. Esok esok update lagik. Tata ^^

.al-quran pelangi untuk lelaki pulak yeay ! dan patern baru untuk wanita *wink*

Salam.

Alhamdulillah. Ramai yang order Al-Quran Pelangi dengan kite. Rezeki nak mendirikan masjid. Cewah. :-P Ok. Kali ni, kite nak update pasal beberapa Al-Quran baru. Yeay!

Yang first skali...
AL-QURAN Mushaf Al-Burhan Edisi MANAGEMENT DIRI 
(Versi Pelangi).
Tadaaaaaaaaaa.
Cantik gile kan?!
*sejuk je hati tengok al-quran ni*

SESUAI UNTUK LELAKI/WANITA YANG INGIN MENINGKATKAN KUALITI DIRI.

READY STOCKS: PINK, NAVY BLUE, TURQOISE BLUE, PURPLE, HIJAU, MERAH.
Ukuran : 10.5 cm x 15 cm
Bahan Cover : Baldu.
Harga: 
RM 100 termasuk pos seluruh Malaysia

Dimuatkan dengan:

1. Al-Quran Lengkap 30 Juzuk beserta terjemahan/tafsir.
2. Menggunakan Rasm Uthmani.
3. Kertas QPP, 656 Hal (Full colour)
4. Kertas yang berwarna warni seperti pelangi.
5. Menggunakan tajwid sistem warna.
6. Hadits-hadits tentang meningkatkan kualiti diri/kepahlawanan.
7. Membahaskan 10 ciri pahlawan sejati/peribadi unggul.
8. Membahaskan kisah 10 contoh pribadi unggul dalam sejarah.
9. Membahaskan 10 naluri peradaban dalam al-Quran dan Sunnah.
10. Terjemahan Kementerian Agama RI.
11. Design Cover yang indah dan bahan baldu yang berkualiti, susuai untuk lelaki dan wanita.


Warna tersedia utk pre-order :

Pink, Purple, Orange, Kuning, Navy blue, Turqoise Blue, Merah, Hijau.
.
.
.
.
.
.
Ok yang kedua pulak...

Mushaf Al-Burhan Edisi Wanita Tajwid - Pelangi 
(Al-Quran Wanita Pelangi – AWP)
COVER RIBBON
Cantik kan?
Siap ade riben dekat depan. Hihi.

Ukuran: A6 (10 x 15 cm) 
Cover: Baldu.

Ready Stocks : Navy blue, Pink, Brown, Hijau, Purple, Maroon.

Harga: RM 100 termasuk pos seluruh Malaysia.


Konten Keunggulan:

1. Al-Quran beserta terjemahan 30 Juzuk.
2. Perbezaan warna muka surat tiap-tiap juzuk.
3. Al Quran quantum wanita.
4. Tajwid 8 warna.
5. Fiqih wanita (Shalat, Shaum, Haji, Hamil, Waris).
6. 20 Sejarah wanita dalam Al Quran.
7. Gelaran wanita dalam Islam.
8. Agenda muslimah khatam Al quran.
9. Carta tentang wanita yg haram dinikahi.
10. Carta tentang ibadah rawatib wanita.
11. Carta tentang ibadah nafilah wanita.
12. Indeks ayat-ayat mengenai wanita dalam Al-Quran. 
13. Tips kecantikan mengikut sunnah Rasullulah.
14. 40 Hadits tentang wanita (Arba'in Nisaaiyyah).
.
.
.
.
.
.
.
.
Yang ketiga....

Mushaf Al-Burhan Edisi Wanita Tajwid 
COVER BUNGA
Yang ni cantik & murah ! ^^


Ukuran: A6 (10 x 15 cm) 

Cover: Baldu.

READY STOCKS : Navy blue, Pink, Purple, Turqoise Blue, Maroon. Dan Brown (cover original).

Harga: RM 75 termasuk pos ke seluruh Malaysia.


Keunggulan Mushaf Al Burhan Edisi Wanita Tajwid : 
1. Al Quran dan terjemah 30 Juz lengkap. 
2. Tajwid berwarna.
3. 744 muka surat berwarna dengan frame bunga.
4. Khat naskah rasm utsmani.
5. Al Quran quantum wanita.
6. Carta tentang ibadah rawatib wanita.
7. Carta tentang ibadah nafilah wanita.
8. Carta tentang wanita yg haram dinikahi 
9. Indeks ayat-ayat tentang wanita dalam Al-Quran. 
10. 40 Hadits tentang wanita (Arba'in Nisaaiyyah) .
11. Fiqih ibadah wanita.
12. Agenda Muslimah khatam Al quran.
13. Gelar wanita dalam Islam. 
14 Tips kecantikan mengikut sunnah Rasullulah.
15. 20 Sejarah wanita yang disebut dalam Al Quran.
16. Kisah tentang wanita pertama dan utama dalam lintasan sejarah Islam seperti Siti Khadijah r.a., Siti Aishah r.a., Ummu Salamah, dan ramai lagi..

Ok. Mesti tanya, kenapa yang ni murah? Yang sebelum sebelum ni mahal? Heee. Yang ni bukan versi pelangi ye sayang-sayangku sekelian. Kalau yang atas atas tuh, setiap juzuk warna berlainan. Yang ni sama je. 
.
.
.
.
.
.
Dan yang akhir sekali........ Al-Quran yang paling ramai customer. So far, boleh katakan setiap hari ada ye yang email dan whatsapp kite, tanya dan beli al-quran neh. Sebelum kite taip entry ni pun, ada seorang pramugara nak belikan Al-Quran untuk bakal isteri dia. How sweeeeeet. ^^ Dia beli 3 naskhah Al-Quran sekaligus. Alhamdulillah. Semoga gadis itu jodohnya. Aminn.

Kite ada buat review dekat SINI.

Mushaf Al-Burhan Edisi Wanita Tajwid - Pelangi 
(Al-Quran Wanita Pelangi – AWP)
COVER ORIGINAL


(STOK HABES. MAAF!)

Yang ni ada 4 pilihan warna.
Pink, purple, maroon dan biru turquoise.

Ukuran: A6 (10 x 15 cm)
Cover: Baldu.
Harga: RM 100 termasuk pos seluruh Malaysia.


Konten Keunggulan:
1. Al-Quran beserta terjemahan 30 Juzuk.
2. Perbezaan warna muka surat tiap-tiap juzuk.
3. Al Quran quantum wanita.
4. Tajwid 8 warna.
5. Fiqih wanita (Shalat, Shaum, Haji, Hamil, Waris).
6. 20 Sejarah wanita dalam Al Quran.
7. Gelaran wanita dalam Islam.
8. Agenda muslimah khatam Al quran.
9. Carta tentang wanita yg haram dinikahi.
10. Carta tentang ibadah rawatib wanita.
11. Carta tentang ibadah nafilah wanita.
12. Indeks ayat-ayat mengenai wanita dalam Al-Quran.
13. Tips kecantikan mengikut sunnah Rasullulah.
14. 40 Hadits tentang wanita (Arba'in Nisaaiyyah).
.
.
.
.
.
.
Ok! Pada yang berminat, boleh contact kite di....

email kite...

intanurulfateha@gmail.com 


atau sms/whatsapp kite di 

012-7186471 


atau BBM kite di 

29DDB1E

Jangan risau, Al-Quran ni akan berada dalam keadaan selamat bila sampai dekat korang semua. InsyaAllah. ^__^

.penyelesaian kepada-pompuan-tak-reti-lilit-shawl !

Salam.

Kite kan, suke nengok orang pakai tudung shawl atau pashmina yang tebelit belit tuh. Cantik tapi bile belit kat kepala sendiri rasa macam kena belit dengan..... (Please fill in the blank.) So, bila ada soang kawan kite, introduce satu jenis tudung yang di beri nama "Bokitta" terus kite rasa macam, eh terer jugak kite belit tudung walaupun tipu tipu. Haha.

Ektuali Bokitta nih adalah koleksi tudung dari Lebanon. Tudung ni sangat cepat dan senang nak pakai sebab dia dah siap jahit. Tak payah pakai kerongsang pun sebab dekat bahagian bawah leher tu kan, dia ada getah. So, getah tuh boleh stretchable. Tudung neh ala-ala tudung syria tapi tudung syria tuh biasa kan. Yang ni patern dia macam shawl atau selendang yang dah siap di belit. Tehee~

Ehem.
Bergaya dengan Bokitta pertama ku.
Klik SINI untuk tengok warna sebenar tudung.
*abaikan kawasan rumahku yang semak sebab tengah renovate*

Balik kerja tadik terus suruh Mama tolong snapkan gambar. Heee. Bokitta yang kite pakai neh jenis mini. Dia singkat sikit. Harga dia cuma RM89.. Ada jugak yang versi Maxi. Yang maxi punya, harga dia RM99 jer.

Kat opis tadik, kite tanya soang akak tuh. Cantik tak tudung kite? Then dia cakap, Cantik. Tapi akak tak pandai nak belit belit tudung. HAHA. Tudung neh pun bukan tebelit. Main sarung jer. Tak pakai pin atau kerongsang langsung. Sesuai lah untuk pakai pergi kerja bila bangun lambat. Huehue. 

Eh, comelnya saye. :-P

Banyak lagik corak dan warna lain. Dapat gaji bulan ni, nak beli lagik satu. TAK KIRA ! Heee. Kalau korang teringin nak beli dan pakai tudung yang sama, boleh LIKE page BOKITTA MALAYSIA dekat Facebook mereka. 



Btw, Bokitta ni dah pernah masuk dalam Utusan dan dah pernah keluar TV. Tapi kite jer baru tau pasal tudung neh. Kesian betul. (-.-")

Ok, selamat membeli belah !
(^___^)

.interview permohonan kahwin kat pejabat agama yang menggerunkan

Salam.


Seperti yang semua sedia maklum, kalau nak hantar borang permohonan nikah dekat Pejabat Agama Negeri Johor neh, mesti kena melalui satu intebiu yang menakutkan. Err..lagi menakutkan dari nak intebiu kerja tau uolss. Tu untuk kite jer kot. Tatau lah korang acane. Tapi kite memang takot bab intebiu segala neh. (T__T)

Banyak lah khabar angin yang mengatakan, soklan takde lah susah mane, tapi kalau dah gugup, apa yang tau, automatik jadik tatau. (-.-") So, sebelum pergi Pejabat Agama tuh, kite dah gugel soklan intebiu siap siap. 

kata kunci
*soalan temuduga kahwin negeri johor*
HAHA.

Bila kite baca belog yang dah review pasal intebiu tuh, lega sket lah sebab mejoriti semuanya tahu. Tapi tak leh lah over konfiden. Sebab kang, tak dapat jawap kang, memang malu lah.

Kite pergi Pejabat Agama petang, dalam pukul 2.30 dari rumah. Kite pergi dengan tunang kite. Tapi dia ngelat. Dia isi form Selangor. Ye laa.. Dia kan orang Selangor. Lahir sane. Tapi duduk JB. Ntah lah. Malas nak layan orang ngengade-padahal-takut-nak-intebiu-sebenarnye. Kikikiki. Time dalam kereta tuh, dah seram sejuk sakit perut semua ada. Takut punya pasal. Pastu siap buat sesi soal jawap dengan tunang kite pasal rukun nikah, ayat kursi, doa qunut dan laen laen lagik. Lagi orang cuak, lagik dia buat orang cuak. Apa pun tak boleh! @#$%^

Pastu, bila masuk je Pejabat Agama, kite pergi kat kaunter soang soang. Ipang tunggu dalam kereta je. Jumpa kerani pompuan-yang-muka-payah-nak-senyum. Dia yang akan proses permohonan nikah kite. Pastu bile dia semak, Surat Akuan Bujang kite, kite tak de buat salinan. Just ada yang original je. Pastu set permohonan Ipang pulak, pun kite tak buat salinan. Tapi kalau tak silap kite, kat check list, memang tak de pun suruh buat salinan. Then, dia suruh kite pergi fotostat dulu. Tapi sebelum pergi kedai fotostat kat tingkat bawah, dia suruh kite isi form intebiu dan intebiu dulu.

*ni lah form intebiu*

Form neh ada 6 bahagian. 

1) Dua Kalimah Syahadah
2) Bacaan Al-Fatihah
3) Bacaan Doa Qunut
4) Munakahat
5) Toharoh
6) Tanggungjawab Suami Isteri

Memula skali, yang peng-intebiu kite tuh, tanya kite. Sebutkan rukun nikah. Dalam hati cakap, Phew. Nasib baek tadik dah maen soal soal dengan Ipang dalam kereta.... Hihihi. Then dengan lajunya kite pun jawap.... Rukun nikah ada 5...

1) Pengantin Lelaki
2) Pengantin Perempuan
3) Akad Nikah
4) Wali
5) Dua orang saksi.

Then peng-intebiu tu tanya kite lagi.. Cuba baca tahiyat awal. Then dengan eksaitednye, kite terus baca.. Attahiyatul.. Then tetiba dia potong kite cakap, Baca bismillah dulu... Gulp! (-.-") Tuh la Intang. Kemaen lagi nak baca lelaju. HAHA. Then lepas baca bismillah dan tahiyat awal, dia terus tick dekat kesemua enam kotak, dia tulis LULUS dan dia SAIN. Yeay! Alhamdulillah. Syukur.... Pastu dia suruh kite sain jugak then suruh pergi buat salinan apa yang kerani cakap tak cukup memula tadik.

Lepas setel buat salinan, pergi kat kaunter balik then bayar RM17. Pastu dia suruh kite pegi jenjalan dulu sementara dia proses permohonan kite dan datang balik Pejabat Agama sebelum 5 petang. Time dah dah nak pukul 4. Pastu kite pergi bank, teman Ipang jap then dalam 4.40petang datang balik Pejabat Agama dan amek buku kaler pink dan set permohonan nikah yang dah disahkan dan set tuh nanti kite kena hantar dekat Tok Kadi yang akan nikahkan kite.

Phew. Alhamdulillah. Lega sangatssssssss! :') Skang, dah boleh 100% focus on wedding preparation. Yeay! Wish me luck ! ^^