.HIV test untuk bakal pengantin

Salam.


Nak cakap poyo kat diri sendirik sebab hari tuh dok pung pang pung pang bising kat Super Tunang yang suka buat kerja last minute. Sekali terkena dekat batang hidung sendirik daaaa. Kahkah. Sebab Mama cakap, buat HIV test dekat klinik Mama kerja pun boleh. Kejap jer. So, relaks lah dulu. :-P

Cenggini lah rupa form ujian HIV untuk Negeri Johor Darul Takzim. ^^ Esok baru nak pergi buat test. Siap cakap dengan Mama, buat test kat rumah jer tak boleh ke? Malas lah nak pergi klinik. Hukhuk. Ok, jangan malas. Nak kawen ke tanak Intang woit! Gggr.

Pastu semalam, tetiba dapat gambar neh kat whatsapp. Memula pelik jugak, apesal lah jari mamat neh berdarah. Tapi sikit je, so takde lah risau mana. :-P Pura pura risau adalah. Kahkah. Sori yunk. Pastu kan, kite tanya lah dia, acane jari boleh darah. Pastu dia cakap, buat HIV test. Aiyoo~ Advance jugak. Ingatkan last minute baru nak buat. Cenggini lah bakal suami kite. Cekap dan efisyen. *tetibe (-.-")

Esok, lepas setel HIV test, sebenarnya dah boleh hantar form dekat Pejabat Kadi. Borang permohonan nikah pun kite dah isi. Tapi apa-apa pun, kena tunggu form dari Irfang jugak. Kalau tak, cemane orang Pejabat Kadi tuh nak proses. (-.-") 

Ektuali borang neh kaler biru. Tapi dah edit, jadik cekelet plak. HAHA. Borang nikah Johor memang tulisan jawi. Tapi ada orang kate, boleh tulis rumi. Tapi tak pe lah, tulis jer lah jawi. Tapi bukan kite yang isi borang neh. Tapi tunang kite yang isi. Dia terer sket sebab dulu dia sekolah agama. ^__^ Kalau uols nak tau, bakal suami ai neh kan Rocker Beriman. Kehkeh. 

Ok. Tadi tengok check list sebelum nak proceed borang HIV dan borang nikah ke Pejabat Kadi  Banyak gile benda nak kena kepilkan sekali dekat borang tuh. *nanges* Ok. Jom tengok sesame. Kite salin balik dari check list yang Pejabat Kadi Daerah Muar bagi.

----------------------

PANDUAN MENGHANTAR PERMOHONAN NIKAH

Dokumen yang perlu di bawa semasa mengemukakan borang permohonan nikah :

1) BORANG YANG TELAH DILENGKAPKAN SERTA TELAH MENDAFTAR PERMOHONAN ONLINE E-NCR HENDAKLAH DIHANTAR OLEH PEMOHON SENDIRI DALAM TEMPOH 90 HARI DARI TARIKH NIKAH & TIDAK KURANG DARI 14 HARI SEBELUM TARIKH NIKAH..

2) SILA SERTAKAN

a) - Fotostat 2 salinan IC pemohon
    - Fotostat 2 salinan IC pasangan
b) Fotostat 2 salinan IC wali (bagi pemohon perempuan)
c) Fotostat IC 2 orang saksi borang (saksi BUKAN dari kalangan keluarga terdekat/jurunikah/ketua kampung/penghulu dan kakitangan pejabat agama berkenaan) Saksi borang hendaklah terdiri dari orang LELAKI sahaja.) 
d) Surat akuan status diri (bujang/dara/duda/janda) daripada Penghulu/Ketua Kampung/Majikan yang beragama Islam. ASAL DAN SALINAN
e) Bagi pemohon duda/janda, hendaklah sertakan :
- Sijil cerai ASAL DAN SALINAN
- Surat pengesahan cerai (lelaki yang bercerai di Negeri Johor) ASAL DAN SALINAN
- Sijil kematian dan sijil nikah ASAL DAN SALINAN
f) Sijil kursus Pra-perkahwinan. ASAL DAN SALINAN
g) Laporan pemeriksaan HIV dari Hospital/klinik kerajaan SAHAJA.
h) Sijil nikah ibu bapa bagi pemohon perempuanASAL DAN SALINAN
i) Sijil kematian bapa (sekiranya bapa telah meninggal dunia bagi pemohon perempuan) ASAL DAN SALINAN
j) Dokumen kebenaran berkahwin di luar kawasan jika pasangan dari luar daerah/negeri. ASAL DAN SALINAN
k) Surat akuan pemastautin bagi pemohon yang berlainan tempat tinggal dengan alamat dalam kad pengenalan daripada : Penghulu/Ketua Kampung/Majikan (jika kakitangan kerajaan sahaja) ASAL DAN SALINAN
l) Surat kebenaran khas jabatan bagi kakitangan polis dan tentera. ASAL DAN SALINAN
m) Sijil memeluk agama Islam bagi saudara baru ASAL DAN SALINAN
n) Surat akuan sumpah berkenaan status diri sebelum memeluk Islam daripada Suruhanjaya Sumpah yang beragama Islam/Perintah Perceraian daripada Mahkamah Tinggi ASAL DAN SALINAN

----------------------

Phew. Lap peluh sikit. Kemaen banyak benda nak bawak ! Aaaaaaaaaa.... Stress. Tapi ektuali kalau bace balik sesatu, bukan semua kite kena bawak. Cuma yang a, b, c, d, f, g, h sahaja. Senang cakap, yang kite BOLD dan HIGHLIGHT kan dekat atas tuh.. Huehue. Ok! 

Yang a tuh salinan IC kite dengan Ifang. 

Yang b tuh pulak, salinan IC Abah kite. 

Yang c tuh, salinan saksi lelaki. Macam kite, kite amek kawan Abah 2 orang. Orang kampung kite neh jugak. Nanti 2 orang saksi neh kena sain dekat 2 tempat dekat borang nikah tuh. 

Yang d pulak, surat akuan bujang. Memula kite tatau surat akuan bujang ni apa. Setelah di gugel, biasanya surat akuan bujang neh, boleh mintak dari majikan atau ketua kampung. Kalau majikan, mesti ada letter head. Contoh macam dekat bawah neh. Kite kopipes dari belog ini. Maceh awak! ^^

LETTER HEAD – KEPALA SURAT (NAMA SYARIKAT ANDA BEKERJA)

No rujukan:
Tarikh:

Penolong Pengarah,
Bhgn Nikah, Cerai dan Rujuk
Pentadbiran Undang-undang Syariah
Tingkat 3, Blok Perpustakaan
Kompleks Pusat Islam, JAWI
Jalan Perdana 50480, Kuala Lumpur
TEL: 03-22749333
@ Alamat pejabat agama daerah anda

Tuan,
PER: SURAT AKUAN BUJANG.
Merujuk perkara di atas, bahawasanya xxxx Bin/Binti xxxx, No kad pengenalan:777777-02-7777, bekerja di syarikat kami sebagai Financial Manager.
Mengikut rekod di Syarikat kami, XXXX Bin/Binti XXXX masih BUJANG dan BELUM PERNAH BERKAHWIN.
Surat akuan bujang ini hanya boleh diterima pakai sehingga selesai permohonan perkahwinan beliau.

Sekian terima kasih.




Saya yang menjalankan tugas,




..........................................
NAMA ORANG YANG MENGELUARKAN SURAT
cop syarikat DAN TANDA TANGAN pegawai

Yang f pulak, sijil kursus kawen. Nak yang original dan salinan. Yang g pulak, laporan HIV test macam kite dok pung pang pung pang kat memula entry neh. Dekat check list yang Pejabat Kadi Muar bagi neh, HIV test cuma boleh buat dekat Hospital atau klinik kerajaan SAHAJA. Swasta tak boleh okeyh! ^^

Dan akhir sekali, yang h tuh, sijil nikah Mama dengan Abah. Nak yang original dan salinan. Phew. Banyak jugak nak kena carik neh. Minggu neh memang tak boleh nak setelkan. Nextweek harap harap setel sebab lepas setel dekat pejabat kadi, nak kena hantar borang nikah neh kat tok kadi. Kang lelambat hantar, tak dapat nikah dekat tarikh yang kite nak. (-.-")

Ok kejap ! Dekat step yang pertama tadik, kan kite cakap, kena register permohonan online e-ncr kan? Ektuali, kite dah register hari tuh, tapi ni kite nak login balik, dia kuar skrin neh. 

*klik untuk tumbesaran maksimum*

Ektuali, tahun ni baru tahun pertama johor buat sistem online. Mungkin tak berapa update sangat sistem neh. Banyak kelemahan. Tapi tak pe, kite hantar dulu borang manual dan segala bagai yang kena kepilkan neh dekat pejabat kadi tuh. Harap harap, doang paham masalahku ini. Ke ada sesiapa yang baca belog kite menghadapi masalah yang sama? Jeng jeng jeng !

Oh ye. Lupa nak kasi tau. Time hantar segala borang neh kat Pejabat Kadi tuh kan, nanti ada intebiu. Nanti doang tanya acane nak bace doa qunut, cara mandi wajib, surah al-fatihah, pasal jenis jenis najis. Alaaa soklan stendet. Kan dah belajar masa sekolah dan dah pun praktikkan kan? Heeee. Jangan neves Intang ! 

Yeay, dah boleh kawen ! :-P

Ok!
Penat dah membebel. 
WISH ME LUCK ! 

Dadaaaaaaaaaaaaaaaaaadiduuuuuu
^___^