.senarai semak bagi bakal pengantin

Salam.

Ewah. Kemaen sekarang ni nak hapdet pasal kengkawen sajeeeeeeeeee. :-P Ngeee. Ok. Bagi kengkawan yang bace belog kite dari zaman kite muda muda dulu. Dari kecik, sampai masih kecik. :-P Dari kurang cerah, sampai cerah lah jugak. :-D Dan dari kurus kering, sampai lah sedikit berisi.

Sebelum kite nak ceta pasal senarai semak bagi bakal pengantin, kite nak tunjuk gambar perubahan demi perubahan, dulu tak pakai tudung. Malas ah nak tepek. :-D

Gile macam kekanak.

Gambar neh masa raya puasa hari tuh. Apesal ntah muka tak matang gile pork. (>__<) Tapi kan, lepas tunang aje, otomatik kite rase muke kite macam macik macik. :-P

Ewah.
Muka macam Mama kite laaaaaaaa. :-D

Tak de lah sama sangat.
Mama kite lagik cantek kot.
(>____<)

Time neh beberapa hari selepas bertunang.
Masa nak jumpa advisor dekat UiTM KBM. 
Mintak tolong bakal suami hantarkan.
(^______________^)

Ni gambar latest.
Masa raya haji baru baru neh. 
:-D

Ok dah membebel pasal gambar. (-.-") Out of topic plak. Ektuali, kite nak ceta pasal senarai semak bagi bakal pengantin macam kite. Uhuk! :-D Tadik, kite dok nengok folder folder dekat dalam PC kite neh. Pastu terjumpa senarai semak kaweng tuh. Kite pun tak ingat kat mana kite donlod. Mahap ye kepada tuan punya notes neh. Kalau terbaca entri ni, tinggal komen dekat ruangan komen ye. Nanti kite bagi credit dekat awak. :-)

Kite dah lama carik senarai semak kaweng ni, cuma tak de masa nak nengok. Err..sebenarnya malas nak nengok. :-P Bila baca balik senarai semak tuh, ok, baru macam paham sikit ape yang nak di buat dalam masa beberapa bulan sebelum kaweng. (Yeayyy ! :-D)

Eh kejap. Macam skema je cakap Senarai Semak. Cakap CHECK LIST sudehhhh :-P Ok, jom kite semak ! Kite ada lebey kurang 152 hari lagik bersamaan beberapa bulan lagik-kira-lah-sendirik untuk ke majlis indah itu.. Ngeee. :-D


LAPAN – ENAM BULAN SEBELUM perkahwinan: 

Bakal pengantin lelaki dan perempuan perlulah berbincang terlebih dahulu tentang beberapa perkara seperti berikut: 

Bagi pengantin lelaki dan perempuan
• Berbincang hal-hal perkahwinan (adat perkahwinan) dengan ibu bapa dari kedua-dua belah pihak bakal pengantin. Done ! Hihi.
 • Menentukan perbelanjaan yang akan dikeluarkan oleh kedua-dua belah pihak pengantin untuk majlis perkahwinan tersebut. Sudah bincang jugak... Ngeee.
• Menentukan konsep majlis perkahwinan (hantaran, pelamin, bilik tidur dan lain-lain hiasan) yang anda ingini.(Majlis di hotel atau taman.) Buat dekat rumah aje. 
• Rujuk direktori perkhidmatan perkahwinan (jurusolek, koleksi pakaian pengantin, bunga, kad jemputan perkahwinan dan lain-lain) di majalah, internet, buku atau melalui rakan-rakan yang telah berkahwin bagi mendapatkan gambaran awal. Boleh katekan tetiap ari kite dok gugel segala bagai. 
 • Mengenalpasti baju pengantin serta tetapkan bilangan pakaian persalinan yang diingini. (bagi yang bertudung, pastikan anda memilih pakaian yang disediakan sekali dengan pakaiannya) Dah booking dah bridal dan baju baju semua. Yeay!
 • Tempah jurusolek/juruandam untuk majlis perkahwinan anda. I'm stick with SalinaBridal, MUA time kite tunang hari tuh. :-)
• Mencari rumah baru, sama ada sewa atau membelinya. Memang kiteorang sekarang tengah house hunting. InsyaAllah, soon will get that house. Aminn~
• Kenalpasti Jabatan Agama Islam, Pejabat Agama Islam Daerah atau badan-badan Islam (swasta) yang berdekatan dengan kawasan anda, untuk mendaftar kursus pra perkahwinan. Kursus kawen dah selamat pergi dah hari tuh. :-D

Bagi pengantin lelaki: 
• Semak semula jumlah sebenar wang hantaran yang dikenakan, (jika berlaku perubahan pada wang hantaran yang telah ditetapkan pada hari pertunangan anda) dan lain-lain hantaran. Tak de pape perubahan, insyaAllah.


LIMA BULAN SEBELUM perkahwinan: 

Bagi pengantin lelaki dan perempuan
• Menghadiri kursus pra perkahwinan di tempat dan pada tarikh yang telah ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam, Pejabat Agama Islam Daerah atau badan-badan Islam swasta. Dah pergi dahhhh. Bestttt !
• Menempah tok kadi untuk majlis pernikahan anda. Belum tempah lagik. Yang ni Abah yang akan tempahkan.
• Menempah videografi atau jurufoto untuk merakamkan detik-detik indah majlis perkahwinan anda. Still hunting for OP n OV. Maybe amek OP n OV time tunang hari tuh tapi nak tunggu hasilnya. Doang cakap, tak lama lagik siap ! :-)
• Membeli cincin kahwin. Kite tak mintak cincin, tapi mintak gelang untuk batal air smayang. Sebab cincin dah banyak. (Dah ada cincin risik n tunang. Tak mo lah cincin agik.)
• Tentukan sama ada anda ingin memasak sendiri atau menggunakan khidmat katerer. Jika ingin menggunakan khidmat katerer bincangkankan menu hidangan untuk majlis anda, serta harga yang ditawarkan. Rewang aje. Kami orang kampung. (>__<)
• Menyediakan senarai tetamu yang akan dijemput Belum senaraikan pong. Hukhuk.
• Menempah sekumpulan pemuzik dan DJ. Macam nak kugiran. Burink ah karoke :-P
• Lakukan rawatan muka, badan dan rambut. Ok. Will do ! :-)
• Jika ingin berbulan madu (dalam negara atau luar negara), tentukan tempat dan budjet untuknya. Segerakan bayaran pendahuluan bagi mengelakkan tempat ditempah orang lain. Baru plan, tapi tak decide lagik nak pergi mana.


 TIGA BULAN SEBELUM perkahwinan: 

Bagi pengantin lelaki dan perempuan

• Memilih dan mencetak kad jemputan kahwin. Baru survey. Nextmonth baru tempah.
• Mengesahkan tempahan di hotel atau taman termasuk jumlah meja dan kerusi, menu dan sebagainya. Ai buat kat rumah aje. Nanti kene kompemkan dengan vendor kanopi.
• Melakukan pemeriksaan kesihatan di klinik atau hospital. Kena buat HIV test.
• Rawatan intensif muka, badan dan rambut. 

Bagi pengantin lelaki
• Memaklumkan kepada saudara-mara tentang hari berlangsungnya majlis pernikahan anda.
• Mengenalpasti beberapa orang (saudara mara atau jiran-jiran) yang akan menyertai rombongan pihak lelaki. 

Bagi pengantin perempuan
• Kenalpasti dua orang saksi untuk majlis pernikahan anda. 
• Bagi wanita yang kematian bapa, sila pastikan siapa wali nikah anda. Jika anda tidak mempunyai wali nikah, sila dapatkan wali hakim, dari mana-mana Jabatan Agama Islam untuk menikahkan anda. 


DUA BULAN SEBELUM perkahwinan: 

Bagi pengantin lelaki dan perempuan
• Membeli barang kemas
• Tentukan pengapit anda, jika perlu carikan baju yang bersesuaian untuk pengapit anda. 
• Menghantar kad jemputan kepada para tetamu yang ingin dijemput. 
• Merujuk kepada Jabatan Agama Islam dan Pejabat Islam Daerah untuk proses mendaftar pernikahan anda. 


TIGA MINGGU SEBELUM perkahwinan: 

Bagi pengantin lelaki dan perempuan
•  Pastikan pakaian pengantin anda telah siap dan ambil pakaian tersebut jika anda telah berpuashati. 
• Pastikan ada seseorang yang akan menjaga barang-barang anda semasa majlis perkahwinan berlangsung. Bagi pengantin perempuan: 
• Pilih gaya rambut yang anda ingini semasa majlis perkahwinan anda (bagi yang bertudung, pastikan gaya tudung yang akan dikenakan pada majlis perkahwinan anda nanti). 


TIGA – SATU HARI SEBELUM perkahwinan: 

Bagi pengantin lelaki dan perempuan
• Menghias pelamin, bilik tidur pengantin, membuat sirih junjung dan lain-lain hantaran. 
• Sediakan seterika, papan seterika, cermin, jarum dan benang, bagi memudahkan anda jika berlaku kecemasan. 
• Jika perlu ingatkan tetamu anda tentang majlis perkahwinan anda melalui telefon. 
• Hubungi jurufoto, juruvideo dan lain-lain (kompang, silat dan sebagainya) anda dan minta mereka datang awal pada majlis tersebut.
• Sediakan (packing) barang-barang yang perlu dibawa ke majlis tersebut. Elakkan melakukannya di saat-saat akhir kerana dikhuatiri ada barang yang tertinggal. 
• Mandi air panas bersama aromaterapi untuk kesegaran badan. 
• Tidur awal dan bersedia untuk menghadapi hari bahagia anda.

Bagi pengantin lelaki
• Tentukan siapa yang akan menjadi jurucakap bagi rombongan pihak lelaki dan tuan ruamh pada majlis pernikahan. 

Bagi pengantin perempuan
• Hubungi hair dresser anda dan minta mereka datang awal pada majlis tersebut.
• Kenalpasti siapakah yang akan ditugaskan untuk menyambut tetamu pada hari perkahwinan anda. (begitu juga bagi majlis di pihak lelaki) 


PADA HARI PERNIKAHAN: 

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
• Pastikan anda membawa kad pengenalan, gambar, dan apa-apa dokuman yang diperlukan semasa majlis ijab dan kabul. 

Bagi pengantin lelaki
• Pastikan anda telah menyediakan wang mas kahwin pada hari pernikahan anda. 
• Pastikan wang hantaran (terutamanya wang tunai) diamanahkan kepada orang yang boleh dipercayai.
• Pastikan anda telah menyediakan wang (upah) untuk diberikan kepada tok kadi.
• Cincin / gelang tangan / rantai. 
• Sirih junjung dan lain-lain hantaran.
• Pihak lelaki dan pengiring mestilah datang lebih awal sekurang-kurangnya setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan. 
• Pastikan mereka yang menjadi saksi dan wali turut ada pada majlis pernikahan tersebut.
• Pastikan tok kadi yang akan menikahkan anda, telah diberitahu lebih awal tentang hari pernikahan anda. (Sila klik di sini untuk senarai Kadi seluruh Malaysia)
• Pada malam majlis pernikahan, majlis persalinan baju (jika perlu) diadakan. Pakaian yang biasa dipakai ialah baju yang menjadi kebanggan sesebuah negeri seperti baju Sari, Cheongsam, Minangkabau, Jawa, Mendaling dan lain-lain. 


PADA HARI PERKAHWINAN: 

Bagi pengantin lelaki dan perempuan
• Ambil sarapan seawal tujuh pagi, bagi mengelakkan anda lapar, mengantuk dan tidak bermaya.
• Jangan takut untuk menghadapi hari bahagia anda. Bertenang dan sentiasa senyum.
• Pastikan majlis anda berjalan lancar seperti yang telah dirancangkan.

Bagi pengantin lelaki
• Pastikan anda datang tepat pada masanya atau sekurang-kurangnya sepuluh minit awal dari waktu yang telah ditetapkan 
• Pastikan kesemua hantaran telah dibawa termasuk sirih junjung 

Bagi pengantin perempuan
• Pastikan anda telah bersiap satu setengah jam lebih awal sebelum pengantin lelaki sampai ke rumah anda. 


 TIGA HARI SELEPAS perkahwinan
• Melawat keluarga dan sanak saudara kedua-dua pihak.

Ok done ! Ehem.. Korang nebes tak? :-D Gila banyak benda ek nak buat. Aiyooo~~ Tu yang malas nak nengok check list. Macam banyak benda aje kena buat. Biase pompuan je suka benda details cenggini. Lelaki buat dunno aje. :-P (Harap Si Tunang tak bace entry neh.) Tapi memang betul. Lelaki neh, bila majlis dah nak dekat, baru nak gelabah. I speak based on my experience. Macam masa nak tunang hari tuh, seminggu before tunang, baru Super K (lama tak guna ganti nama ni) gelabah. Kite awal awal lagik dah gelabah. Kikikiki. :-D

Merenung masa depan.

(Sempat ke nak buat semua neh?)
(T____________T)

Semoga berjumpa lagi di laen entri.
Daaaaaaaa ~