.korang pernah rasa tak?

Salam.

Hari ni sampai tempat kerja awal. Kite jadik orang kedua datang. Yang pertama, amoi-muka-kerek-nak-kene-penyepak-lapan-belas-das. Zzzzz. Bukan lah tak suka dia tapi tak suka dia sangat sangat. Bila cakap dengan dia, dia buat muka. Ish ! (-.-")

Ok. Bukan nak cerite pasal tu sebenarnya. Err..nak tanya, korang pernah tak mengalami situasi cenggini. Bila malam sebelum tidur, gaduh pung pang kebabom dengan boipreng/tunang hihi pastu menanges melalak lalak pastu bila penat, tertidur. (-.-")

Pastu kan, bila bangun pagi dapat sms panjang lebar sayang sayang mintak maaf dari pihak yang hampes-sampai-buat-korang-nanges-tu pastu kan korang terus ok. Dah tak de nak mengamuk ngamuk macam malam tadik.

Sms dia kengkadang panjang lebar, kengkadang cuma, "Good morning sayang. Muah. :-*"

Itu aje sms dia.
Pastu terus ok.

Buat penat je mengamuk macam orang gile malam tuh.
Dapat sms kontot cenggitu, terus riang ria.
(T__T)

Okbai. 
Nak start kerja. :-P