.dia comel sangat bila kelam kabut

Salam.

Ewah. Memalam buta nak hapdet entry jiwang. Pheww~~ *lap peluh* Kikikiki. Bismillahirrahmanirrahim.... Emm..Skang neh kan, mood tersangat lah baek. :') Makin hari makin sayang pulak dekat encik pakwe.

Hari ni dia soppink barang hantaran untuk kite dengan mak die. Hihihi. Rasa comel bile dia call kite tanya itu, tanya ini. Dan bila dia call tuh, tetiba ada kawan dia tegur dia masa dia tengah pilih pilih barang untuk kite, then dia cakap pasal majlis kiteorang kat kawan dia tanpa dia sedar yang dia belum letak tepon lagik. :') So, dapat dengar ape dia cakap dan dapat rasa eksaited dia cane.. Suka sangat ! <3

Biasanye, lelaki ni kurang sikit eksaited dia nak compared dengan pompuan yang kejap kejap hapdet, kejap kejap hapdet. (-.-") Tapi kan, dalam seminggu dua neh, dah nampak dah betapa kelam kabut nya dia sebab majlis dah nak dekat. Er..tak de lah dekat sangat. Kui kui. Tapi since dia busy, dan kite pun akan busy sebab dah start intern Isnin nanti, mesti tak de masa nak membeli belah.

Macam pagi tadi, kite call dia banyak kali tapi tak angkat. Ok fine. Wiken memang kena bangun lambat kan? !@#$%^& Pastu kan, dia call kite balik tapi kite tak sempat angkat. Bile kite tengok ada miskol, call la dia semula. Tanya dia, baru bangun tidur ker? Pastu dia cakap, "Ha'ah, baru bangun.." Pastu terus dia tanya kite pasal dulang hantaran tu semua cane. Mana nak dapat...

Hihihi terus kite macam tergelak gelak. Sebab, "Ek eleh..gelabah gile mamat neh. Ni mesti malam tadi mimpi pasal hantaran.." Bila kite dok gelak gelakkan dia, dia cakap dia mana ada pengalaman semua neh. Kite dah penah ada pengalaman sebab akak kite dah tunang, dah kawen dan dah ade anak pun. So, tau lah sket sket. Huehue. Kalau dalam adik beradik dia, dia yang 1st nak ada majlis cenggini.

Dua tiga hari lagik, dia cakap nak datang sini pulak, nak sambung beli barang dengan kite. Start kite habes study, tak pernah jumpe dia lagik. Dekat sebulan dah. Ghindu. Hukhuk. InsyaAllah nanti, kite balik kerja, dapat lah buka puasa dengan dia. ^_~

Doakan semuanya berjalan lancar yer. Makin dah nak dekat tarikh, makin neves. Dok gelakkan Ifan sebab dia gelabah, tapi kite pun gelabah jugak sebenarnya. (-.-") Harap semuanya di permudahkan. Aminnn.

Yes, he told the world in his own way ! 
:-P