.segmen bersilat di dapur | kek sarang semut

Salam. 


Ehem. Kan tadik kite bagitau kite ada buat kek kan kan kan. Yeay ! Kek tuh dah jadik. Kite buat Kek Sarang Semut. Tapi sarang dia tak berapa nak jadik. Zzzzzzz. Kek ni senang je sebab tak payah dok bakar. Kena kukus dalam 1 jam suku je. (^_~)v

Mengikut daripada resepi yang kite gugel, sebenarnya lepas siap adunan, kena perap dulu dalam 3 hingga 4 jam. Lepas tuh baru kukus. Tapi kite kan pesen tak sabar. So, kurang lah sarang die. (T___T)

Ni lah kek tak berapa nak sarang tuh.
Huhuhuhu.

Ni resepi dia. Kite kopipes dari website neh.

Bahan-bahan (5-8 org makan )
  1. 1 cawan tepung gandum
  2. 1 cawan gula pasir
  3. 4 biji telur
  4. 1 cawan air
  5. 1/2 tin susu pekat manis
  6. 1 1/2 sudu makan butter
  7. 1 sudu kecil soda bikarbonat
  8. Sedikit esen ros

Cara-cara
  1. Panaskan gula dan kacau sehingga gula hangus.
  2. Perlahankan api, masukkan air sedikit demi sedikit. DIINGATKAN : Perlu berhati-hati sbb takut gula panas terkena tangan.
  3. Masukkan butter. Biarkan mendidih. Kemudian biar ia nya sejuk.
  4. Dalam bekas yg lain, pecahkan telur dan pukul hingga kembang.
  5. Masukkan susu.. diikuti dengan tepung dan soda bikarbonat.. Dipukul hingga sebati.
  6. Kemudian barulah dimasukkan gula yg dihanguskan tadi.
  7. Pukul hingga rata.
  8. Masukkan sedikit esen ros. Kacau.
  9. Perap adunan 3-4 jam (bertutup) supaya kek ni bile masak, nampak berlubang2 cantik.
  10. Kukus selama 1 1/4 jam atau sehingga masak.

Bahan bahan dia pun mudah nak dapat. Tak payah sesusah pergi kedai bahan kek, pergi kedai runcit pun dah boleh dapat. Lepas tuh kan, kaler kek kite tak gelap sangat sebab kite memang SANGAT tak reti nak menghanguskan gula. Aritu buat Puding Caramel, rosak gula, terus tak boleh guna sebab over hangus. Keh keh. 

Yang kali ni, kurang hangus pulak. Sebab tuh warna dia coklat, tak hitam. Tapi, apape pun, rasa dia sama je macam kek sarang semut tuh. Kalau nak kurangkan manis, kurangkan lah gula. 

Ok, selamat mencuba (^_~)v

P/s: Untuk resepi yang simple yang lain, leh nengok sini.