.segmen bersilat di dapur | puding roti caramel

Salam.

Heeeee. Dah lama tak main masak masak dekat dapur. Sebab malas :-P Ok, semalam tertarik dengan gambar soang blogger kat pesbuk. Then kite tanye dia resepi ashane nak buat puding roti. Terus dia kasik link ke belog dia. Mekasih Amy ^^

Jom kite share resepi.

Bahan bahan karamel
- 1/2 cawan gula
Bahan bahan puding
- 10 keping roti (dikoyakkan)
- 1 tin susu cair (40ml)
- 1 cawan air
- 1 tin air buah pic (di dalam tin)
- 2 biji telur
- 1/2 cawan gula halus
- 1 sudu teh esen vanilla
- 2 sudu makan tepung kastard


Cara cara :
1. Masakkan gula di dalam kuali tidak lekat.
2. Apabila gula kekuningan, masukkan air dan kacau sehingga gula larut dan mendidih.
3. Tuangkan karamel ke dalam loyang. Ketepikan.
4. Kemudian gaul rata semua bahan bahan puding di dalam mangkuk besar.
5. Panaskan kukusan sehingga mendidih.
6. Masukkan bancuhan ke dalam loyang yang ada karamel tadi.
7. Kukuskan selama 30 minit - 40 minit.
8. Sejuk dan terbalikkan perlahan lahan ke dalam pinggan besar.
9. Sedia untuk di makan !

Resepi asal klik SINI.
(^__^)

Bahan bahan..

Roti yang dah di koyakkan.

Tuang adunan dalam loyang berisi caramel.

Ni sebenarnya puding roti yang tak jadik.
Kite terlupa letak telur !
(T_____________T)

Cuba korang nengok balik gambar bahan bahan kat atas.
Mana ada telur. 
(-.-")

Itu lah, pesen main ingat ingat resepi dalam otak.
Terlupa yang otak kite neh otak orang tua.
Cepat lupa !
(T__________T)

MAKA OLEH ITU, 
KITE BUAT LAGIK SEKALI !
*semangat betul !*

Tapi karamel dia kite tak buat coklat sangat.
Dan ini hasilnya.

Sedapnyaaaaaa...
Tak manis sangat. 
Sedang sedang jer.. 
(^__^)

Ok, dah boleh kawen !
Sayang, jom! :-P