.hari hari chacha

Salam.

Kite neh hari hari cerita pasal Chacha kan.. Agaknya dah tak de modal nak cerita kot. Hihihi. Nak cerita pasal diri sendirik, bukan ada menda menarik pun. Nak cerita pasal boipren, lagik lah orang menyampah. Hihihi. So, mari membebel pasal Chacha.

Hari ni pagi pagi lagik Chacha dah ketuk bilik kite. Bila tanya nak apa, "Alaa..kite saje nak tengok Angah.." Eleh, nak buat sepah bilik orang lettew ! Pas dia amek barang barang yang dia tinggalkan semalam, dia keluar balik dan kite pun sambung tidur.. Ngeee...

Pastu lepas kite bangun tidur, mandi mandi semua. Lepak dulu depan PC dan reply segala email yang masuk. Then suruh Chacha mandi sebab kul 2 kang nak pergi sekolah fardhu ain.. So, macam biasa lah.. Lepas mandi, siap siapkan dia. Pakai kan dia tudung. Mesti lah time tuh dia gelak gelak. Ngek betul budak kecit neh.

Kite nak amek gambar dia, dia tak kasik.
"Angah, mana ada orang amek gambar nak pergi sekolah!"

PEDULI HAPE HAKU ! :-P

Masa ni dia cakap dengan Mama, nampak lah dia senyum sikit. Nampak tak kaki kanan dia tuh. Siap pakai seluar panjang. Chacha neh memang jenis suka pakai seluar panjang. Seluar pendek memang dia tak suka. Dia cakap, pelik. (-.-") Tapi kalau baju tak de lengan, dia suka plak. Zzzzzzz! (-.-")


Soh pandang camera pun tanak !

Yang pakai baju melayu tuh Adik laki kite yang kecit.
Baru lepas abes SPM.

Chacha balik sekolah fardhu ain pukul 6 petang. Gila lama. Busan betei tak de kawan dengan rumah. :'( Balik sekolah nanti mesti dia dah penat.  Ah pedulik ape. Hihihi. Ok, nak sambung buat kerja. Tata !