.chacha ni lawak lah hahaha

Salam.

Adoii..Tak sangka lah kite ada adik yang kelakar camni. Hahahaha. Penat nak gelak. Kite tengah edit edit belog pastu dia datang bilik kite. Main main atas katil, sambil sambil tuh kite layan die borak.. Biasa budak kecit cakap tebalik tebalik. Haha. Sengal~

Lompat lompat atas katil pastu tetiba dia cakap nak keluar kejap pergi kat Mama.. Mama tengah tengok TV dengan Along..

Angah : Chacha nak pergi mana?
Chacha : Alaaa kite nak pergi dekat Mama kejap.
Angah : Alaaa tidur lah sini. Angah boring lah takde kawan.
Chacha : Kite pergi kejap je laa..
Angah : Berapa lama?
Chacha : Aaaaa....sepuluh hari.

(-.-") 
Bengong punya budak kecit.
Penat haku gelak. 
HAHAHAHA.

Tak lama tuh (bukan 10 hari hahaha) dia masuk bilik kite lagik.. Nak sambung buat sepah lettew! Lepas tu...

Chacha : Hai Encik.. Wa'alaikumussalam...
Angah : HAHAHAHA. Woi, bukan Wa'alaikumussalam laa.. Tapi Assalamualaikum! Hahahahaha. *gelak tak benti benti*
Chacha : Alaaa angah jangan ketawakan kite. Tak baek lah ketawakan orang.
Angah : Hahahahaha. *gelak tak benti benti lagik*
Chacha : Angah ni... *nanges*

Kah kah. 
Lawak betei.
Lepas tuh pujuk pujuk sikit, dah ok.
Hihihi.

Pastu sambung main main dengan dia. Main order order makanan. Siap ada note book dengan pensil lagik. Huhuhuhu.

Chacha : Angah nak makan apa?
Angah : Nak Mi Goreng.
Chacha : Ok, Mi Goreng satu. (tapi tulis nombor satu jer, ayat Mi Goreng takde) Angah nak minum apa?
Angah : Hmm..Angah nak Air kopi.
Chacha : Ok, Air Kopi dua. (tulis nombor 2 je)
Angah : Aik, kenapa dua?
Chacha : Sebab Chacha punya lagik satu.

(^__^)
Comel betul perangai.

Sayang sangat dekat Chacha.
Dia jer lah kawan kite dekat rumah neh.
(^________^)

Angah Sayang Chacha sampai bila bila.
:')