.ehem ehem, its my birthday :-)

Salam.

Teeheee. Gila lame tak hapdet belog. Tapi tak de lah sampai seminggu kan kan? Hihi. 4 hari lepas, genap kite 25 tahun. Macam tak caya jer yang kite dah 25 tahun. (-,-")

Ektuali tak plan apape pun untuk besday kali ni. Sebab ntah lah ek. Dah besar (kot). Keh keh. Dan sebenarnya, nak balik rumah weekend lepas. Tapi since kite neh macam tak berapa larat (tak suka sebenarnya) naek bas untuk balik rumah, sebab nanti kite demam. (-,-") Ni betul, tak tipu. Penat lah naek bas. Isk isk.. Lemah betul.

Lepas tuh Abah pulak busy, tak dapat cuti. So, Mama sakap, tak yah lah balik. Kalau Mama dah sihat sikit, Mama nak datang jumpa kite dekat rumah sewa. Tapi, kena tunggu Abah cuti lah. Hmm..rindu aaa kat doang semua terutamanya Chacha. (T__T) Hadiah besday Chacha pun kite dah beli, cuma belum ada kesempatan nak kasik.

Dan Encik Boipreng pulak dekat KL. Bukan dekat Melaka. Emosi pada malam besday agak tak stabil. Susah ah nak explain tapi kite cuma harap, Irfan ada depan mata. Thats my birthday wish. And he fulfilled it. :-)

Kiteorang jumpa petang 10 December. Then dia bawak kite pergi rumah kazen dia. Memula lepak lepak macam biasa jer lah, borak borak dengan kazen dan maen maen dengan anak buah dia. Tengah tengok tv, tetiba dia datang dekat kite, bawak sebijik kek, dengan 25 batang lilin yang menyala. Ceh, ada lilin tuh tak tahan. :-P Saja lettew nak buat kite ingat yang kite neh dah tua.

Masa tuh, memang agak terkezut lah kan. Sebab dia sebelum tuh, buat selamba jer. Dan kite pun konon konon dah sakap dalam hati, tak mau apape. Hihi. (konon) Pastu bila dapat kek, terus macam malu macam nak nyorok bawah meja. Time tuh, kazen kazen dia ada snap picca tapi tak teringat pulak nak transfer. Tak pe lah. Next entry nanti kite hapdet k! :-)

Adik - Kakak - Cik Intan

Tapi best lepak rumah kazen dia sebab anak anak buah dia best. Ada dua orang, Kakak dan Adik. Yang Adik manja gila. Yang Kakak banyak sakap. Tapi best. Hiiii...

Cik Intan & Adik

Then the next day, kiteorang pergi The Mines. Makan makan, and tengok muvee. Memula tengok muvee ceta Puss In Boots. Best hokeyh. I recommended korang semua untuk tengok ceta tuh. Berbaloi baloi ~~ Lepa tengok muvee, makan dekat Kenny Rogers, then order kek sebagai deserts. Santek pulak kek askem tuh. Sayang nak makan. (Padahal dah kenyang). Mesti lah Irfan kena habeskan. Teheeee~

Licin.
Nampak sangat lapar. :-P

Mata rabak.
(>___<)

Love !

Summer & Winter.

Then balik Melaka dan sampai Melaka, lapar lagik. Apa jenis perut ntah. Macam bela saka pulak. Huhu. Kiteorang pergi makan dekat satu restoran yang agak best. Sebab time makan, ada band nyanyi. Band tuh pulak, bebudak kecit. Tengah tengah makan, tetiba dengar orang nyanyi lagu Happy Birthday. Band tuh yang nyanyikan, so, satu restoran lah dengar.

Tapi sila jangan perasan. Dia bukan nyanyi untuk kite tapi untuk soang laki neh. Kawan kawan dia buat seprais untuk dia. Heeee. Tapi Irfan soh anggap macam doang nyanyikan untuk kite jugak. Hihihi. Belasah jer laaa... :-)

Masa on the way balik, Irfan ada nyanyikan satu lagu untuk kite. Lagu yang sama macam tahun lepas, cuma tahun lepas, dia atas kapal, dia main gitar dan tahun ni, dia depan mata kite dan dia tengah drive keta sebelah kite. :-)

video 
(^________^)

Kalau tak jelas sangat lirik dia, boleh search lagu dekat Youtube
Jamrud - Selamat Ulang Tahun

Lepas dia hantar kite balik rumah sewa, memula dia sakap dia nak balik KL terus tapi tak larat sebab dah lewat malam. Then dia balik rumah Abah dia yang dekat Melaka ni jer. The next day kiteorang date lagik. Hihi. Konon konon nak jumpa last before dia balik KL. Kiteorang pergi makan makan dekat Jusco Bandaraya Melaka. Then pergi karaoke. Lame tak karok sesama. 

Muka nak gembira.
(-.-")

Time neh makan dekat A&W.
Rasanya dah berkurun tak makan dekat sini.

Apesal lah rambut kite serabai sangat neh? (-.-")

Time karaoke. :-)

Lepas tu, 
balikkkkkkk~~
(^__^)

So, kalau orang tanya, apa yang Irfan kasik time birthday kite akan jawap... Tak de apape. Cuma dia bagi doa semoga kite sentiasa di lindungi tuhan, semoga semua angan dan cita cita kite tercapai, di beri umur panjang dan juga sihat selama lamanya... Sama macam dekat lirik lagu yang Irfan nyanyi time dalam kereta tuh. (video ada dekat atas)

Thanks untuk 'hadiah hari jadi' yang sangat bernilai.
Terima kasih. :-)

Maaf tak dapat reply semua birthday wish dekat FB.
PC rosak, ni pun pinjam lappy kawan. :'(