.angah, bila kite nak tengok wayang dengan abang ipan?

Salam.

Dua hari lepas, kan kite sakap, pakwe kite datang rumah hantar lemang kan kan? Ektuali dari petang lagik kite dah tunggu. Tapi memula macam tak jadik datang. Last last lepas maghrib camtu dia gerak dari rumah dan selamat sampai rumah kite pukul 10 malam. Wuuu~~ 

Kite kan, kalau dekat rumah, selalu pakai suar pendek jer. Alaa biasa lah kan, dekat rumah sendirik tapi bila ada 'orang asing' kena lah sopan santun sikit, pakai seluar panjang. Huhu. Tapi memandangkan kite neh takde seluar panjang sangat, terpaksa pakai seluar jeans. (>___<)

So, nak di jadikkan cerita, bila Chacha nampak kite pakai seluar jeans, terus dia sakap, "Angah nak pergi mana?" Lepas tuh haruslah kite kelentong dia. Kite sakap, "Angah nak tengok wayang dengan Abang Ipan." Pastu dia sakap pulak, "Boleh tak Chacha nak ikut?" Pastu kite sakap, "Ikut lah.." 

Bukan kite soang yang tunggu Irfan datang, Chacha pun sama sebab dia dah eksaited nak pergi tengok wayang. Kah kah. Ape laa.. Takkan esok nak raya, hari neh nak pergi tengok wayang. Kan kan kan? Eh kejap. Macam lah Chacha tuh faham kalau raya kena kemas rumah duduk rumah diam diam diam kan? (-.-")

Lepas tuh, bila malam, dia siap tanya Mama lagik, boleh tak nak ikut kite pergi tengok wayang dengan Irfan. Kah kah. Kesian pun ada dekat budak neh. Keh keh. Masa Irfan dekat rumah kite, borak borak lepak lepak gelak gelak lah macam biasa. Tapi dia lepak rumah kite tak lama sebab dah lewat malam..

Masa borak borak tuh, Mama tegur Irfan.. "Irfan dah gemuk sikit lah sekarang. Dah lama kan Irfan tak datang sini. Ada dekat 2 bulan." Then Irfan sengih sengih jer lah. Dia sakap, dia kerja kat darat tak teruk sangat macam masa belayar dulu. Sebab tuh gemuk. ELEH, ALASAN TAK NAK MENGAKU DIRI TUH GEMUK LETTEW! HAHA. Hamek kau, caps lock and bold terus. :-P

Sebelum dia balik, Mama suruh ajak Irfan jamah nasik sikit. Kiteorang makan berdua jer dekat dapur since semua family kite dah makan. Masa makan tuh, dia sakap, "Abang tanak makan banyak banyak. Nanti kang kalau Abang datang sini lagik sekali, nanti Mama sakap Abang makin gemuk." Haha. Comel betei pakwe haku neh. Takut gemok rupanya. Keh keh keh.

Pas makan, Irfan mintak diri nak balik. Salam salam semua orang. Tapi Chacha masa tuh macam dah buat muka sebab tadi petang dah janji dengan dia nak tengok wayang. Hehe. Masa Irfan dah masuk dalam kereta, kite pun masuk kereta jugak, duduk sebelah dia. Chacha dah pelik dah, ingat kite nak pergi tengok wayang dengan Irfan. Kah kah. Ngek betul.

Sebenarnya kite masuk kereta sekali dengan Irfan sebab nak kunci pintu pagar. Jarak antara rumah kite dengan pagar tuh macam jauh sikit. Kite malas nak menapak. (Nampak sangat kite sayang nak bakar lemak kite kan kan?) Haha.

Lepas kunci pagar dan babai segala, Irfan pun pecut balik rumah. Kite pun terus lah masuk rumah balik. Lepas tuh online lepas tuh tunggu Irfan sampai rumah lepas tuh tidur lah woit, apa lagik! Hihihi. Takkan nak tidur peluk lemang yang Irfan kasik kot. Kikikikiki. :-P

Pastu the next day, tetiba Abah tanya kite. The next day tuh dah pagi raya lah kan. Abah tanya camni.. "Angah nak pergi tengok wayang ke dengan Irfan bawak Chacha." Lepas tuh mesti lah kite gelak. HAHA. Pastu Abah sakap lagik, "Dari tadik Chacha sakap nak tengok wayang dengan Angah dan Irfan. Kalau nak tengok, nanti Abah bagi duet." Hahaha. Ingat pasal semalam tuh dah habes, rupanya sambung lagik cerita neh. Kesian betei haku tengok adik haku neh.

Nanti Abang Ipan datang sini lagik,
kite tengok wayang sama sama ye dik! 
(^_____^)