.3 hari 2 malam tu macam 3 abad 2 dekat lamanya (T__T)

Salam.

Semalam, kite pergi JB dengan Super K. Konon Super K nak gerak dari rumah pukul 8 pagi tapi gerak pukul 10.30 pagi. Pastu konon nak sampai rumah kite pukul 11.30, tapi pukul 12.00 pm baru sampai. Eleh. :-P Tapi pape pun, alhamdulillah dia selamat sampai sebab dia bawak keta laju sangat. (T__T)

Kiteorang gerak pergi JB dalam pukul 12.30pm sebab mesti lah dia kena paksa makan dulu dekat rumah kite. Teheee. Pastu kiteorang selamat sampai JB pukul 2.30 pm. Memula pergi rumah kazen dia dulu, hantar kek. Sebelum tuh, call Mak Super K, ingat nak jumpa tapi Mak ada program sampai pukul 8 malam. So, tak sempat nak jumpa.

Lepak lepak makan lemang dekat rumah kazen Super K sampai pukul 3.30 petang then baru pergi rumah pengantin. Lepak rumah pengantin sampai pukul 6 petang then gerak balik Melaka. Hukhuk.

Dengan Cikjo (Tuan Rumah Pengantin)
Tapi dengan pengantin, tak snap picca pun.
Cuma snap guna photographer doang. 

Intan - Syasya - Wawa

Anak 1st Wawa- Wafi

Anak 2nd Wawa - Manda
Comeyyy killer!

Tak de gambar dengan Super K sebab takde siapa nak snap-kan.
Hmm.. :'(

Lepas Super K hantar kite dekat rumah sewa, dia terus balik rumah dia dekat Alor Gajah tuh. Nak packing barang, baju segala sebab malam tuh juga dia nak patah balik ke JB dengan kazen kazen dia. Doang semua ada trip memancing dekat Pulau Tioman, 3 hari 2 malam. Kazen dia ajak dia pergi trip tuh sebab wiken neh kazen dia dah kawen, so ni kira trip last sebagai bujang senang lah kononnyaaaaa. (-.-")

Untung laaa 3 hari 2 malam tak dapat contact langsung. Hukhuk. Bot doang gerak kul 9 lebih pagi tadik. (T___T) Doang mancing kat tengah laut, memang tak dapat contact langsung.

Hari Khamis neh, insyaAllah dia balik Melaka semula tapi itu pun tak confirm sebab kazen dia yang ajak pergi trip tuh kan nak kawen wiken neh. So, Super K kena ikut sebagai ahli rombongan tapi dia sakap, dia akan balik Melaka dulu, jumpa kite. Hukhuk.

Gila kau 3 hari 2 malam tak dapat contact rasa macam 3 abad 2 dekat tauuuuu. Biasa kalau gado gado pun, 3 minit jer kot. (T__T) Dia sakap, ni baru mancing kat tengah laut, bukan belayar balik. Hukhuk. Dah lah tak lama lagik dia naik kapal semula. Dia sakap, skang neh dah kena biasakan kehidupan cinta jarak jauh semula. Huwaaaaaaaaaaaa... 

Sangat tak best bila send meset pastu tak delivered. Call kompem kompem tak dapat. Dulu, masa dia atas kapal, 3-4 hari baru dapat contact. Paling lama seminggu kot tak dapat contact. Tak ingat sangat. Kena baca balik entry entry time bulan doblas tahun lepas.

Yang dia pulak atas kapal, bila dah nampak daratan jer, terus pegang henpon duduk dekat deck. Bila line henpon ada jer even satu bar, meset berderet deret masuk. Teheeee. Meset kite lettew. Rindu sangat masa tuh. Tapi bila tak dapat contact, melalak pulak. Dem Intan. (T__T)

Hoii..busannya malam neh.
Tatau nak kacau siapa.
(T________________T)

2 days to go~
Hmmm.... :'(


Semoga Irfan selamat pergi dan balik.
Aminnn....