.segmen bersilat di dapur | Ikan Siakap 3 Rasa Maveles !

Salam.

Tadi kan, kite dengan housemate masak Ikan Siakap 3 Rasa. Macam tak percayaaaaa jer. *gosok gosok mata* Dah lah sedap. Rasa nak makan tambah lagik, tapi tetiba teringat ada 2 orang housemate tak makan lagik. Wuuuu~~ Ni percubaan pertama kiteorang untuk masak lauk neh.

So, meh sini kite share ashane nak masak Ikan Siakap 3 Rasa tuh ekk.. Ni resepi style orang bujang. Keh keh keh.

Memula goreng dulu ikan tuh berasingan.. Time nak goreng tuh, macam biasa lah goreng ikan kan. Letak kunyit dengan garam. Ikan tuh kiteorang potong siap siap dekat pasar. Sebab kuali kiteorang kecit. Nak goreng ikan tuh besar besar, tak muat. Kui kui kui.

Mari kite belajar ashane nak buat sos untuk Ikan Siakap 3 Rasa neh pulak ek..

Bahan bahan untuk sos
1) Separuh bawang besar (potong dadu)
2) 3 ulas bawang putih (di penyekkan)
3) Sedikit halia (di hiris)
4) Serai (di penyekkan)
5) Cili api (5 merah, 5 hijau di hiris)
6) Karet separuh (potong dadu)
7) Tomato separuh (potong dadu)
8) Nenas (potong dadu)
9) Sos cili, sos tomato, sos tiram
10) Daun limau purut 2 helai (di hiris)
11) Sedikit air

Cara-cara
1) Tumis bawang putih, halia dan cili api. Lepas tuh masukkan serai.
2) Masukkan sos cili, tomato dan sos tiram. Agak agak jer ekk berapa banyak.. Tapi kite lebihkan sos tomato.
3) Masukkan secawan air. Masak sampai mendidih.
4) Masukkan karet, bawang besar..
5) Masukkan tomato dan nenas.
6) Then masukkan daun limau purut.
7) Siap !!!

Senang kan kan? Tetiba rasa macam senang gila masak benda neh. Nak masak untuk bakal suami lah nanti. Keh keh keh. Ok dah lulus satu resepi.... Nexttttt! :-P


Selamat Mencuba !
(^__^)