.doa untuk adik dhiaiz

Salam.

Semalam tengahari, Irfan call kite. Dia cakap, adik kazen dia masuk hospital. Kritikal.. Menurut cerita dia, adik tuh dengan ayah dia singgah masjid, untuk solat. Then adik tu tak perasan pintu kaca, dia terlanggar. Then pintu tu pecah lepas tu hempap dia lepas tuh kaca tu kena dekat leher dia.. :'(

Adik tuh kena masuk hospital, sebab urat banyak putus.. :'( Lepas tuh dengar cerita, lidah terpotong sikit. Dalam proses nak sambung balik.. Adoii..dengar pun rasa ngilu dan ngeri. Apa-apa pun, mintak korang semua berdoa agar Adik Dhiaiz kuat dalam lawan sakit dia tuu.. Semoga umur dia panjang sebab dia baru Darjah 1 kalau tak silap. Kecik lagik.... :'(

Terima kasih kepada pakcik makcik, saudara mara, kazen kazen yang sudi menderma darah sebab Adik Dhiaiz banyak sangat kehilangan darah. Memula Adik Dhiaiz di masukkan ke Hospital Penawar dekat Pusat Bandar Pasir Gudang tapi sekarang dah dipindahkan ke Hospital Sultan Ismail JB. 


Hospital Penawar.

 Saudara mara datang ziarah..

Menunggu berita dengan sabar..
Sedih pulak kite tengok muka Irfan camtuh.. :'(

Perbincangan Bujang Senang.

Tolong sedekah-kan al-fatihah yang berterusan untuk Adik Dhiaiz ye kawan kawan. Semoga Allah SWT dapat membalas jasa korang semua.. Aminnn... 

BE STRONG ADIK!

Credit picca : Team Bujang Senang