.putus tunang dah jadik trend tahun 2011 ?

Salam.

Kite jarang buat entry entry pasal isu semasa atau gosip artis. Biasa entry pasal diri sendirik dan pakwe je. Huhu. Tapi tadi since terbaca INI, kite rasa macam nak komen sikit kot pasal trend zaman sekarang neh. PUTUS TUNANG. Zzzzzzzz.

Rasa sedih pulak bila apa yang di rancang, tetiba tak jadik. Nak nak kalau majlis kawen tuh dah tak lama, pastu salah satu pihak nak putus-kan. Ada sesetengah pasangan putus tanpa bincang. Main ikut suka je. Macam Kes KFCM dengan Jejari Runcing. Yang KFCM cakap lain, yang JR cakap lain. =.=" Macam media jadi perantara antara mereka. Kenapa tanak bincang betul betul lepas tu baru umum pada media? >_<"

Lepas tuh, pasal Kes Ally Iskandar. Sebenarnya kite tatau pun dia dah bertunang. Huhu. Gila tak ikut perkembangan media kite neh. Hakhak. Tapi lepas baca dekat Oh Bulan, baru tau yang dia dah bertunang dan dah putus pun. Tapi yang bagusnya Ally ni, doang putus secara baek. Tak de lah dok berbalas balas statement dekat surat khabar. 

Kite tertarik dengan satu komen dekat artikel pasal Ally putus tunang tuh... Bukan ayat Ally, tapi ayat readers...
Ally is career minded and workerholic…..kadangkala tidak semua butiran nasi yg disuap sampai kedalam mulut, masih ada sebiji dua yg jatuh kepinggan atau ke lantai. Jangan tengok ayam kawin kita pun nak kawin…tak perlu risau tentang umur, Allah terlebih dahulu menetapkan buku hidup anda. Perlu muhasabah diri lagi kot…Abg Anuar Zain pun single lagi, tapi cool and maintain , pandai bawak diri lagi…saham makin tinggi lagi. :)
Paling suka ayat neh;
Jangan tengok ayam kawin kita pun nak kawin…tak perlu risau tentang umur, Allah terlebih dahulu menetapkan buku hidup anda. Perlu muhasabah diri lagi kot
Hmm...semuanya Allah SWT dah tentukan. Kalau jodoh kite datang pada umur 89 tahun pun, terima je lah. Hihi. Pandai je aku neh cakap kan? =.=" Mungkin kite akan bertemu dengan orang yang lebih baik? Kan kan.. Ada jugak orang cakap, tak payah tunang, kawen terus! Tak de membazir duet buat majlis masa time bertunang. Tapi pada kite, kena lah bertunang walaupun sekejap sebab masa bertunang tu lah tempoh kite mengenali hati pasangan masing masing. Bertunang tak sama dengan couple biasa.

Kalau couple, bebudak sekolah pun ada. Bertunang ni lebih kepada belajar menyesuaikan diri dengan pasangan supaya nanti dah kawen, tak timbul masalah. Masa bertunang, kite pergi kursus kawen. Nanti sama sama dapat belajar dan mengenali hati budi pasangan masing masing dengan lebih dalam lagik. Kalau time bertunang dah bermasalah, ashane time kawen nanti? Kang time kawen, dok bercerai berai, lagik haru. Tamau lah.. Mintak simpang! T_T

Suka sangat cincin macam ni!
^_______^
.
.
.
.
.
.
Tak best lah bila orang cakap tahun 2011 neh 
trend putus tunang. 

Kenapa tak cakap, tahun 2011 neh, 
TREND BERTUNANG?

Ngeeeeeeeeee........
(^.~)v