.semoga berbahagia wahai ex-boipren

Salam.

Bila dah nak dekat hujung hujung tahun neh, ramai pulak yang nak kawen kan? Kan? Lepas raya, sampai lah ke bulan doblas, banyak dah booking tarikh. Nak nak time cuti sekolah. Kompem penuh kad kawen dekat rumah kite neh tak lama lagik.

Yang lebih menyayat hati, bila ex-boipren dah nak kawen. Bagaikan makan ikan tercekik tulang, bagaikan jalan jalan, seluar terkena duri pohon semalu dan bagaikan hati di tusuk sembilu. Pedulikan perumpamaan perumpamaan yang tidak berasas itu ok. (-.-")

Walaupun mereka mereka ini adalah kisah silam, tapi mesti lah ada terasa sikit walaupun 1%. Kan? Dan kite yang sangat kuat..... kuat nanges haruslah tetibe je terkeluarkan air mata tanpa sedar. Dem. Mangkuks ayun tengkorak ayam betul lah Dak Intan neh. (-.-")

Ex masa zaman sekolah nak kawen pun, nak ternanges. Ex masa zaman diploma nak kawen pun, nak ternanges jugak. Soang bulan sembilan, soang lagik bulan sepuluh. Apesal semua nak kawen secara berjemaah tahun neh?  (T___T)

Tak pe lah. Apa-apa pun, Semoga Berbahagia lah hendaknya. Maaf tak dapat hadirkan diri kalau pun di jemput. Kang tak memasal ternyanyi lagu Pelamin Angan Ku Musnah. Kikikiki. :-P Sebab aritu, ex yang masa sekolah tu ada sms, dia cakap, nanti dia kasik kad kawen. Ohh pilunya hati ini.. (T___T)

Sebenarnya kite takde langsung kot perasaan dekat mereka mereka semua neh. (banyaknye ex aku woi. haha) Sikit pun takde. Serius. Cuma terganggu emosi sikit kot. Dan maybe sebab kite tak kawen lagik. Kui kui kui. Ok betul. Ni sebab utama kot. Isk. (-.-")

Tiba tiba teringat lirik lagu Alyah - Tak Mungkin Kerna sayang...

Begitu hidup ini.. Tiada yang abadi.. Yang patah tumbuh, yang hilang berganti.. Kau telah jauh, jauh dariku.. Tiada ruang di hati buatmu.. Namun harusku akui.. Ada ketika di minda kau menjelma kembali.. Sekali segala ada.. Ada rindu yang datang tiba2.. Tak mungkin kerana sayang.. Cuma terganggu oleh perasaan...

Tadi sms kesayangan ku, si jantung hati intan payung gunung meletuppp.. Zzzz.. (-.-")

Kite : Ex kite tuh dah nak kawen dah. Bla bla bla... (mengadu)
Dia : Alahai, pedulikan lah sayang.
Kite : Asal semua nak kawen ni? Zzzzz.
Dia : Doang semua dah sampai seru. Tak lama lagi kita. Tenang lah..
Kite : Hmm..ok.

Tak pe lah. Betul cakap Irfan. Doang semua dah sampai seru. Tenang je lah.. Tak lama lagi, turn kite pulak. Aminnnnnn.... Tenang tenang je Intan! :-)

Pak pak bung bung..
^__^