.segmen bersilat di dapur | kuih cek mek molek

Salam.

Yeayyy! Percubaan pertama membuat Kuih Cek Mek Molek berjayaaaaaaaaa. Nak senyum lebar sikit lah! Heeee.. ^______^  Ektuali, ingat nak buat puding caramel jek hari ni tapi Yeop request suruh buah Kueh Cek Mek Molek. Macam biasa, kite akan gugel dulu resepi. Tengok, kalau agak agak macam senang, nak try buat. Sekali, mak ai.. Sumpah senang!

Bahan bahan
1) Keledek
2) Tepung gandum
3) Gula dan garam
4) Minyak untuk menggoreng

Itu saja! Hakhak. Jom kite belajar ashane cara nak buat kuih cek mek molek neh yer.

Cara cara
1) Rebus keledek sampai empuk. Masa nak rebus tuh, letak lah garam sikit.
2) Lepas dah siap rebus, kupas kulit keledek dan penyek-kan keledek tu sampai penyek. Keh keh keh.
3) Lepas dah betul betul hancur dan penyek, masukkan sedikit tepung gandum. Jangan letak banyak sangat, nanti keras. Uli tepung dan keledek yang telah penyek sampai menjadi doh.
4) Lepas tuh, buat bulat bulat adunan tadi. Lubangkan tengah tengah dia untuk isi satu sudu kecik gula. Lepas tuh, buat bentuk macam gambar bawah neh.

5) Bila dah siap, goreng dekat kuali dengan api yang kecik. Tapi pastikan kuali betul betul panas. Dan, tadaaaa..... Inilah hasilnyaaa...

Kuih Cek Mek Molek yang tak berapa molek.
Heeeee....

Tadi kan kite cakap kite buat buat Puding Caramel kan? Ni lah hasilnyaa.. Heee. ^_^ Ni kali kedua kite buat. Kalau nak try, boleh refer SINI untuk resepi. ^__^

Hebat jugak budak tak berapa kecit neh masak. 
Heeeeee. 

Padahal resepi senang gile. 
HAHA.

#kbai!