.segmen bersilat di dapur | kerepek pisang

Salam.

Ek eleh.......... Buat kerepek pisang pun kecohhhh! Kah kah. Mesti lah kecoh sebab first time buat lepas tuh siap kena minyak panas lagik. Dem.

Semalam dok kupas kulit pisang tuh. Baru tau yang susah rupanya nak kupas kulit pisang muda. Siap kena getah getah dia tuh lagik. (T___T) 

Kite ingatkan buat kerepek pisang tu senang. Mungkin pada orang lain senang, tapi pada kite macam susah je. Lagi lagi untuk mendapatkan kerepek pisang yang sedap, rangup, tak masin sangat dan tak hangus. 

Semalam, masa dok goreng kerepek pisang tuh, terhangus sikit. Last last buang. Zzzzzzzz. Bazir je! Tu lah, bukak api besar sangat. Lepas tu kan, kite kan pakai gelang tangan silver dekat tangan kanan, lepas tu bile api tu besar sangat, gelang silver tu jadi panas lepas tu kan, tangan kite melecur. Ada kesan corak gelang ni kat tangan kite. Huwaaaaa...sakit..... (T_T) Tak pe lah, kire souvenir lah neh. Wuuuuu~

So, malam ni nak sambung lagik buat kerepek pisang dan berharap agar malam ni dapat buat kerepek pisang yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Baru lah tak segan bila pakwe datang rumah time raya nanti. Hihihi.

Gugel sudeyh!
Tapi kerepek pisang kite lagi santek dari ni :-P

Eh, sebelum terlupa. Abah dah janji nak belikan oven baru esok! Hoyeahh! Boleh buat biskut raya pulak esok. So, malam ni nak siapkan kerepek pisang cepat cepat! :-P

Bahan bahan
1) 4 biji pisang tanduk
2) Minyak utk menggoreng
3) Sedikit garam

Cara cara
1) Panaskan minyak. Letakkan sedikit garam didalamnya.
2) Bila minyak dah panas sagat terus pisang ke dalam kuali. Api biar sederhana besar.
3) Goreng sampai kuning. Angkat dan toskan minyak.
4) Sedia untuk dimakan.

Senang je kan? Ok, nak sambung kerja dekat dapur. Nanti Mama pot pet pot pet sampai lah pisang tu masak. Last last, tak buat kerepek pisang, buat pisang goreng je kang. Hihihi. Tata! :-)