.segmen bersilat di dapur | biskut dahlia suka hati

Salam.

Hoyeahhh! Another biskut yang berjaya kite buat. *angkat kening sikit* Kui kui kui. Ada orang panggil, biskut neh, biskut semperit, ada orang panggil biskut dahlia. Padahal guna bahan yang sama. Guna beza pada bentuk dia je kot. 

Dah siap letak dalam bekas.
Nak kasik MIL-to-be Sabtu nanti.
Keh keh keh.

Kalau semperit, dia panjang panjang. Kalau dahlia, bentuk bunga. (^__^) Biasa orang letak ceri kat tengah tengah sebagai hiasan tapi kite terlupa nak beli ceri. So, guna je apa yang ada. Letak bintang bintang. Baru lah nampak muda. Huhuhu.

Nak resepi ker? Ngeee.. Sama je macam resepi biskut semperit hari tuuu.

Bahan-bahan
1) 300g butter
2) 160g gula aising
3) 100g tepung jagung
4) 160g tepung kastard
5) 240g tepung gandum *kawan kite cakap, goreng dulu tepung ni kalau nak sedap dan kite goreng!
6) 2 biji kuning telur

Cara-cara
1) Pukul butter, gula aising hingga kembang.
2) Masukkan kuning telur, kacau sebati.
3) Masukkan semua jenis tepung, gaul dan uli sebati.
4) Terap atas loyang. Untuk hiasan ceri, coklat rice atau coklat chip, boleh letakkan sekali.
5) Bakar 150C selama 20 minit.

Credit resepi dekat SINI.

So far, kite dah buat 4 jenis biskut raya. Klik nama biskut untuk resepi.

  1. Biskut Cornflakes
  2. Biskut Coklat Chips
  3. Biskut Coklat Badam
  4. Biskut Semperit/Dahlia

Ingat lepas kawen nanti, kalau Irfan tak kasik kerja, nak bukak bakery. Kah kah. Tapi before tuh kena lah pergi kelas buat kek atau biskut. Kite suka buat benda benda macamneh, cuma tak cukup skill jer. Hihihi. 

Rasa macam nak buat biskut lain
tapi tatau nak buat biskut apa. 
Any idea?