.jodoh itu rahsia tuhan

Salam.

Sejak dua menjak neh, selalu sangat terfikir, siapa jodoh kite yang sebenarnya? Adakah betul Irfan akan jadik suami kite satu hari nanti? Hmmmm..

Lagi dekat tarikh ex-ex boipren kite nak kawen, lagi lah perasaan tuh bercampur campur. Zzzzzz. Kite redha jer. Lagipun benda dah lepas. 5-6 tahun lepas kot.. Isk.. (-.-")

Tapi kan, bila fikir fikir balik, kenapa lah perlu buang masa 5-6 tahun bercinta, tapi ending nya tidak bersama. Buang masa sangat sangat sangat. Masa bercinta, janji sehidup semati. Tapi bila clash, dia dengan orang lain, kite dengan orang lain. Aigoo~ Mana pergi semua janji. Haish...

So pengajaran nya, tak payah lah nak janji janji bagai. Ni semua pengaruh TV. Tersangat lah cinta monyet dan penuh dengan DRAMA! Wuuuu~ (T_T)

Tapi semua Tuhan dah tentukan. Mungkin sebagai pengajaran dan panduan untuk masa hadapan. Untuk kehidupan yang lebih baik. Kan? (^__^) Maka, senyum lah kerana perjalanan hidup masih panjang jika kite masih lagi diberi kesempatan oleh Tuhan untuk menikmati kehidupan itu.

Jadi kalau korang semua terfikir, siapa agaknya jodoh korang semua, ingatlah bahawa.... 

"Jodoh itu rahsia Tuhan. Apabila selesai tangan berjabat dan sempurna lafaz ijabkabul di ucapkan....maka dialah jodohmu.."

Shhhh!
(^__^)