.tips untuk memenangi hati bakal mertua, cewah!

Salam.

Yeeeehaaa! Lama I tak buat tips kan kan? Kali ni I nak share tips ashane nak memenangi hati bakal mertua. Kah kah kah. Selain daripada mempamerkan sikap yang sopan dan tawaduk (cewah), kita juga perlu tau tips tips menguruskan hal rumahtangga untuk masa depan kelak. [Eh?] :-P

Mesti lah kadang kadang korang ada buat lawatan mengejut ke rumah bakal mertua korang kan? Nak amek hati mak mertua lah konon. Hihihi. Mana lah tau, kot kot masa tuh bakal mak mertua korang baru lepas angkat baju baju yang dah kering lepas sidai dekat ampaian. Maka berlonggoklah baju baju tersebut di depan TV dekat ruang tamu sebab masa tuh memang time mak mertua korang layan hindustan. Heeee...

Maka masa neh lah korang boleh pikat hati bakal mak mertua korang dengan menunjukkan skill lipat baju yang ohsem! Kah kah. Nak tau ashane skill yang ohsem tuh? Mari kita tonton video di bawah.

Teruja tak?
Keh keh keh.

Confirm lepas tuh bakal mertua korang terus hantar rombongan meminang dekat rumah korang. Selamat mencuba! :-)

*credit to Kak Nonita untuk video neh.